Saturday, July 30, 2011

BEBERAPA PERSOALAN DI BULAN RAMADHAN

Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa. [al-Baqarah 2:183]

Saya menulis artikel ini bagi menjawab beberapa perkara yang sering disalahfahami atau tidak diketahui oleh kita. Mungkin persoalan ini agak remeh, namun yang remeh itulah yang banyak memberi kesan buruk kepada amalan puasa pada Ramadhan nanti.

Metod saya menulis artikel ini:

Pertama, saya akan merujuk al-Quran dan Hadith

Kedua, saya merujuk perbingan antara para ulama mengenainya. Bahkan mengambil fatwa-fatwa mereka sebagai jawapan.

Ketiga, saya condong kearah ‘keringan’ berbanding menyusahkan.

Keempat, saya tidak memaksa atau menafikan pandangan para ulama melainkan saya membawa beberapa pandangan lain.

Kelima, saya condong mengambil pandangan al-Imam Yusuf al-Qardhawi.


PERTAMA: MENGGUNAKAN INHALER KETIKA BERPUASA

Antara perkara yang telah ditinggalkan umat ialah memanfaatkan kemudahan dan kelonggaran hukum yang diberikan oleh syariat Islam kepada orang yang berpuasa. Islam adalah satu agama yang mudah lagi memudahkan. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman. “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” [al-Baqarah 2:286].

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah memberi beberapa kemudahan atau kelonggaran hukum di dalam syariat Islam. Sangat dianjurkan untuk memanfaatkan kemudahan dan kelonggaran ini sebagaimana pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, “Sesungguhnya Allah menyukai keringanan-keringanan hukum-Nya diamalkan sebagaimana Ia benci larangan-larangan-Nya dikerjakan” (Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya – hadis no: 5866 dan dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan.).

Salah satu perkara dalam masalah ini ialah Penggunaan Inhaler. Penggunaan inhaler biasanya digunakan oleh mereka yang mempunyai penyakit lelah. Pengharaman penggunaan inhaler berdasarkan hujah, “Tidak memasukkan sesuatu pada rongga badan” tanpa ada penjelasan dan pengkajian lanjut, sebenarnya sesuatu yang zalim kepada mereka yang mempunyai lelah.

Bagi menjawab persoalan ini, Syeikh At-Tantawi, dan Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226).

Begitu juga dengan Syeikh Ahmad Kutty (Pensyarah kanan dan Ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Kanada) ketika menjawab persoalan mengenai ini di laman web Islamonline. Kata beliau, “According to the preferred view of scholars, using inhalers by asthma patients does not break their fast. The drug inside an inhaler, we are told, goes straight into the airways; while the airways are treated, very little of the drug itself gets into the rest of the body. This being the case, it is perfectly comparable to rinsing the mouth with water or gargling, brushing the teeth, or using eye or ear drops; such actions should never be reckoned as consumption of foods or drinks. Therefore, you may use them if need be. Rules of Islam, we may do well to remember, are not at all intended to make life hard for people. Almighty Allah says in the Qur'an, [He [Allah] has imposed no difficulties on you in religion] (Al-Hajj 22:78).”

Selain itu, Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil. Pembantu Profesor Fakulti Fiqh Universiti al-Qasim dalam bukunya Mufattirat al-Siyam al-Mu’asarah menjelaskan bahawa penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa. Beliau turut mengemukakan beberapa nama ulama besar Saudi seperti Syeikh ‘Abd al-Aziz Abdullah bin Baz r.h., Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin r.h., Syeikh Abdullah bin Jibrin r.h., Syeikh Dr. al-Siddiq al-Dharir, dan Dr. Muhammad al-Khayyath yang mengeluarkan fatwa yang sama iaitu Tidak membatalkan Puasa.

Menurut Dr Ahmad, Para Doktor mengesahkan bahawa siwak mengandungi 8 jenis bahan kimia yang berperanan membersihkan gigi dan kotoran yang penyebab sakit. Dan unsur kimia ini akan meresap bersama air liur dan akan masuk ke dalam tekak. Sedangkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari menunjukkan Nabi s.a.w. sentiasa bersiwak ketika berpuasa. Daripada ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. bersiwak ketika baginda berpuasa, dalam kekerapan yang tidak boleh dihitung.” (H.R. al-Bukhari secara ta’lik di dalam Bab Siwak)


Oleh itu, unsur kimia yang masuk ke dalam badan ketika bersiwak termasuk perkara yang dimaafkan disebabkan jumlah yang sedikit dan tidak dimaksudkan. Maka penggunaan inhaler juga adalah termasuk dalam perkara yang sama.


KEDUA: BERENDAM ATAU KERAP MANDI SEMASA RAMADHAN

“Jangan mandi lama-lama sangat, batal puasa itu nanti.” Jerit ibu mengingatkan saya.

Manakan tidak, cuaca panas terik, salah satu cara untuk merehatkan badan ialah mandi. Kalau dulu-dulu, selalu sangat ditegah untuk mandi siang hari atau berendam dalam kolam. Waktu itu tanpa membantah, terus keluar dari bilik air atau kolam.

Takut puasa batal katanya.Namun, bila kita kaji dan membaca kembali hadith-hadith Nabi serta perbincangan para ulama. Mandi di siang hari atau berendam untuk menyejukkan badan adalah sesuatu yang dibolehkan dan tidak membatalkan puasa. Terkejut?

Dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud, dikatakan bahawa Abu Bakar bin Abd al-Rahman radhiallahu 'anh berkata, “Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya sedangkan pada waktu itu baginda berpuasa. Yang demikian itu kerana kehausan atau kepanasan.”

Menurut al-Imam Syams al-Haq al-‘Azhim rahimahullah, hadith ini terdapat dalil bahawa dibolehkan bagi orang yang berpuasa yang merasai kepanasan untuk menyiram air ke atas sebahagian badannya atau keseluruhan badannya. Ini merupakan pendapat jumhur dan mereka tidak membezakan antara mandi kerana suasana genting, sekadar perlu atau tanpa apa-apa alasan sekalipun. (Kitab Aun al-Ma’bud Syarh kepada Sunan Abu Daud)

Bagaimana pula dengan berendam?

Mungkin ada sesetengah orang melihat berendam di bulan Ramadhan pelik, malah ada yang mencela mereka yang berendam. Namun pada zaman Nabi berendam semasa bulan Ramadhan adalah sesuatu permandangan biasa, bahkan boleh dikatakan sesuatu yang sunnah kerana ia dilakukan oleh Rasulullah.Salah seorang sahabat Nabi iaitu Anas bin Malik antara sahabat yang pernah dinukilkan berendam di dalam air semasa puasa.

Imam Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitab Fathul Bari syarah kepada Sahih Bukhari menukilkan kata-kata Anas bin Malik, “Sesungguhnya aku memiliki penampungan air yang aku masuk ke dalamnya dan aku sedang berpuasa.”Menurut Ibnu Hajar, Seakan-akan penampungan tersebut dipenuhi air, sehingga apabila udara panas, maka dia masuk ke dalamnya untuk mendinginkan badan. (Fath al-Bari, Bab Mandi Orang Yang Berpuasa)


KETIGA: KOREK HIDUNG SEMASA PUASA

Boleh saya katakan, majority umat Islam di Malaysia masih ada stigma bahawa korek hidung membatalkan puasa. Malah ada yang lebih kronik, memberi sebab mengapa korek hidung membatalkan puasa kerana ia boleh MENGENYANGKAN.

Ada juga sebahagian memberi hujah berdasarkan hadith ini:“Sempurnakanlah wudhuk dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.” (Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah)

Mereka berhujah bahawa perkataan “…menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.” adalah sebuah bentuk larangan menyedut air kedalam hidung ketika berpuasa. Jika dimasukkan air maka perbuatan tersebut membatalkan puasa. Pemahaman ini kemudian diluaskan kepada semua rongga tubuh berdasarkan analogi (qiyas).


Perbuatan mengqiaskan perkara ini kepada seluruh rongga tubuh adalah tidak tepat. Pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah bukan ditujukan kepada “menyedut air” ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut.

Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhuk dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.” (al-Imam Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh al-Siyam)

Segala puji bagi Allah, semoga Allah memberi petunjuk dan ilmu kepada mereka yang sering mengada-adakan cerita di dalam agamaNya.

Jawapan sebenar dalam isu ini ialah Tidak Membatalkan puasa. Menurut Syaikh Attiyah Saqr, “Puasa tidak terbatal dengan meletakkan jari ke dalam telinga atau kerana membersihkannya dengan cotton pad atau dengan larutan. Memandangkan tiada yang dapat meresap melalui gegendang telinga dan sampai kepada kepala, yang mana ianya juga bukan organ menerima makanan yang menyuburkan tubuh badan.”



KEEMPAT: TELAN AIR LIUR KETIKA BERPUASA

Semasa kecil saya suka telan air liur. Kononnya dapat menghilangkan sedikit rasa haus di tekak. Lucu kan? Setiap kali terasa haus atau lapar, saya akan telan air sebanyak mungkin. Sehinggalah satu hari itu, ada seorang pakcik melarang katanya boleh membatalkan puasa. Aduh, setiap kali air liur terkumpul, saya akan cepat-cepat meludah untuk mengelakkan ia tertelan. Hasilnya, saya kuat meludah. Hahahaha….

Benarkah dakwaan pakcik tersebut? Menelan air ludah membatalkan puasa?

Dakwaan tersebut tidak benar. Menurut Jawatankuasa tetap Al-Lajnah al-Daa'imah Lil-Buhuth wa Al-Ifta', menelan Lendir selsema atau hingus semasa berpuasa adalah sama sahaja dengan hukum menelan air liur. Jika seseorang itu telan air liur atau atau hingus tidaklah membatalkan puasa. Apa yang dinasihatkan oleh ulama ialah agar lendir atau hingus tadi dikeluarkan.

Imam Ibnu Qudaamah dalam kitab Al-Mughni berkata, “ Apa-apa yang tidak dapat dielakkan seperti menelan air liur, tidak membatalkan puasa. Ia seperti debu-debu dijalanan dan dilantai (sukar untuk dielak-penulis). Walaupun seseorang itu mengumpulkan air liurnya dan menelan kembali, ia tidak membatalkan puasa kerana air liur itu sampai ke perut seperti ia menelannya tanpa mengumpulkannya terlebih dahulu.”

Perkara ini juga disokong oleh Syeikh Attiyah As-Saqr rahimallah di dalam fatwanya.

Ustaz Zaharuddin dalam artikelnya menulis, “Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.”



KELIMA: MUNTAH SEMASA PUASA

Ada beberapa pandangan mengenai muntah semasa puasa.

Pandangan pertama: Batal puasa jika secara sengaja muntah dan tidak batal jika ia tidak disengajakan. Menurut Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni, “Seseorang yang muntah secara sengaja puasanya batal dan perlu diganti, jika tidak secara sengaja maka ia dimaafkan.”

Pandangan ini berdasarkan sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Abu Daud yang diambil dari Abu Hurairah, “Barangsiapa yang tidak sengaja muntah tiadalah qadha baginya, dan barangsiapa yang sengaja muntah maka hendaklah dia qadha”.

Syeikh Muhammad Salleh bin Uthaimin turut menyatakan bahawa puasa seseorang itu terbatal jika secara sengaja muntah. Dalilnya berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah seperti di atas. Pandangan ini turut disokong oleh Syeikh Abdul Aziz bin Bazz dalam fatwanya (Fataawa Ramadhaan - Volume 2, Page 481, Fatwa No. 424)


Pandangan Kedua: Tidak batal puasa, sama ada muntah secara sengaja atau tidak.Hadith dari Abu Hurairah yang dijadikan pegangan di atas sebenarnya ada kecacatan. Malah kecacatan tersebut dikenalpasti sendiri oleh para ulama hadith awal seperti Imam Bukhari, dan Imam Ahmad.

Menurut Imam Bukhari “Tidaklah ia terpelihara (iaitu tidak sahih), sesungguhnya telah meriwayatkan Yahya bin Abi Kathir dari Umar bin Al-Hakam, sesungguhnya Abu Hurairah tidak berpegang bahawa muntah membatalkan puasa” (I’lal Al-Tirmizi Al-Kabir, hadith no. 126)

Tambah Imam Bukhari lagi, “Telah menceritakan kami Yahya dari Umar bin Al-Hakam bin Thauban, bahawa dia mendengar Abu Hurairah berkata: “Tidaklah batal puasa apabila muntah, kerana mengeluarkan bukan memasukkan, dan disebut bahawa dari Abu Hurairah dia berkata (seseungguhnya ia batal puasa), riwayat yang awal yang menyatakan tidak batal adalah lebih benar dan tepat. Dan berkata Ibn Abbas dan Ikrimah bahawa (yang membatalkan) puasa adalah daripada hal-hal yang masuk bukan hal-hal yang keluar.” (Dalam Sahih Bukhari, di bahagian muqaddimah bab “berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa”)


Imam Ahmad turut menafikan hadith ini sepertimana yang dikatakan oleh Imam Al-Son’ani, “Dan mengingkari Ahmad akan hadith ini, katanya “Tiada apa-apa”, kata Al-Khattabi, “yang diinginkan oleh Ahmad dengan kata-katanya itu ialah hadith itu tidak terpelihara”.

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya Taisir Al-Fiqh fi Dhaw’ Al-Qur’an wa Al-Sunnah: Fiqh Al-Siyam ketika mengupas persoalan ini membawa pendapat bahawa, “Ibn Batthal telah menaqalkan dari Ibn `Abbas dan Ibn Mas’ud bahawa mereka menyatakan bahawa muntah adalah tidak membatalkan puasa, tidak mengira samada sengaja atau tidak. Dan Al-Bukhari telah meriwayatkan secara mu’allaq dari Ibn `Abbas dan Ikrimah, bahawa mereka berkata: (yang membatalkan) puasa ialah dari hal-hal yang masuk, bukan hal-hal yang keluar, apa yang diinginkan oleh Al-Bukhari dengan athar ini menunjukkan bahawa sesungguhnya mazhab (iaitu pegangan) Al-Bukhari ialah muntah tidak membatalkan puasa secara mutlak (tidak mengira samada sengaja atau tidak)”

Bagi yang bertanya sama ada batal atau tidak. Saya katakan kedua-dua pandangan ini boleh diterima berdasarkan hujah yang diberikan.

Namun jika ditanya pandangan peribadi, saya memilih pandangan al-Imam Yusuf al-Qardhawi yang menyatakan tidak batal sama ada muntah secara sengaja atau tidak.


“Secara hakikatnya, sesungguhnya pendapat bahawa muntah membatalkan puasa adalah tidak bertepatan dengan maqasid (maksud dan tujuan) puasa (itu sendiri)” (al-Imam Yusuf al-Qardhawi - Taisir Al-Fiqh fi Dhaw’ Al-Qur’an wa Al-Sunnah: Fiqh Al-Siyam)





Salam Ramadhan

Yussamir
Bandar Seri Putra
sehari sebelum Ramadhan
______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.


Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.


"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, June 14, 2011

CINA MUALAF MENGULAS AKNK





Artikel ini adalah ulasan dari seorang Mualaf berbangsa Cina. Boleh pergi ke blog beliau :
http://lifemualaf.blogspot.com/2011/03/tanpa-ilmu-hilang-akidah.html

Terima kasih saudara Ikhwan ng kerana sudi menulis tentang AKNK dan memberi komen di blog ini. Jom baca ulasan beliau di bawah ini:




Reading is the best activity..There are various kind of book at market, cooking, history, machinery, IT, and many more.. A good book can be a good guide for cherish your life, but a wrong book also can be a toxic in your mind. It is just like having the right and wrong food in daily life, there's vegetables food that seems not attractive but it is good for our health.. At the same time the delicious Fast food service that amazed most of us also can be a threaten cause of Cancer Disease.

There's too many conflict in this world. Everyone have their own perception in explain specific things... Only by reading more and more Islamic book can build up muslim's Iman and Strenght.

However there's one thing already forgotten by most people that's "Akidah".

"Alaa... Akidah tu dah lama saya belajar kat sekolah, ok je..."

"Akidah bukan untuk saudara baru saja ke? Tak berminat la.."


I guess that would be the first thought while everyone look at this book's cover.However while I flipped this book, I found out that this book is actually explaining about Religion Comparison between Islam and Christian. Unlike other books which insult Islam (Santanic Verse) or trying to explain god in philosophy (The history of god)..


This book is explain more about Akidah in Islam.Iman (Aqidah) :

Iman menurut bahasa ialah al tasdid ertinya pembenaran. Menurut syarak adalah pengakuan dan amalan, yang mana ia boleh bertambah dan berkurang, ertinya iman itu adalah pengakuan hati dan lidah serta menjadi amalan hati, lidah dan anggota badan yang lain. Iman boleh juga diertikan sebagai tunduk patuh, mengikhlaskan diri, taat, penuh rasa cinta dan berkeinginan mengerjakan amal soleh. There are so many things and people trying to distract us from Akidah, means believe into other god.

As muslim, we must be reading Sifat 20, Al-Asmaul Husna (99 Nama Allah SWT). Learn more and strengthen our faith into the one and only God. Apparently "Isu Penggunaan Nama Allah" is the most serious issue in Malaysia ever due to Akidah too, the definition of Allah SWT is can't be explained from other religion's spectacles.

A lot of answers is already inside Al-Quran and Hadith, and also a lot Islamic books to explain further about it. If most muslim nowadays willing to learn more and read more, I believe there's a lot of religion conflicts can be settled easily.

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah ) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu." (Surah Fatir : 28)

Unfortunately, among reprinted books in Karya Bestari Carta Reprint (Link) , the "Akidah Kita Nyawa Kita" is not listed.

Seems like muslim readers more interested in "Hati" and "Maksiat" topic. Are muslim nowaday already forgotton that Allah SWT forgive every sin we have if He will, but there's one sin that Allah SWT never forgive.

ALLAH pengamun segala dosa. Jangan putus harap dengan ALLAH.

Az-Zumar [53] "Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Semua dosa diampunkan kecuali dosa syirik.

An-Nisa [116] "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."


That's why we must be very careful with Akidah, Syirik is the most terrible sin. As muslim we should read the right book, know the right friends and behave the right way like what Islam been told. I was raised up in non muslim family, I don't know anything about Islam while I was teen.

There's already too much different aspect religion I listen, too many definition of "god". It could be funny when someone come to me and trying to explain his "god" while I already been believe in Allah SWT, but I also realize it could be a hazard if the same statement goes to other muslim who never know much about other religion.These days, I keep on thinking about this Akidah issue..How can be Akidah problem solved while some people not willing to read?

Are they going to depend on "speech" from someone that might be influenced with his emotion or misunderstand in specific statement? Just like one of my friend told me people nowadays are more interested in "Listening to someone" instead of reading, it's more easily absorbed by mind.

I am wondering... is this also the reason of why history of Prophet Muhammad SAW is "more interesting" while it transform into cartoon in youtube instead of reading Sejarah Nabi books? or does muslim need Documentary about Prophet Muhammad in youtube which narreted by many different people including non muslim (Karen Armstrong, Author History of god?) instead of reading Hadith Sahih which narrated by Prophet Muhammad SAW followers?


Menuntut ilmu adalah fardu kepada setiap muslim, lelaki mahupun wanita. - Riwayat Ibnu MajahI am not a expert in religion issue, also not Pakar Perbandingan Agama.When I have questions about Islam, the first thing I look for is my islamic books. Alhamdulilah, most of the answer already printed in these islamic book. It's even surprising while I go to library and reading 90's islamic book, most of the knowledge is remain the same but it never outdated.


Some people even criticized muallaf is being "Brainwashed".There's no such thing in Islam, those who get Hidayah is mostly knowledge seekers... Who are able to think wisely and love to read the right book. (Also they must be have ustaz/mentor who willing to guide them or following Islam Class)

And the most important is Muslim found God without human's self perception.
"Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata."(Al-Jumu'ah : ayat 2)





___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.


"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Sunday, May 22, 2011

LAGI ULASAN TERHADAP AKNK




Ulasan ini diambil dari blog: http://rimbunhijau91.blogspot.com


Alhamdulillah, buat pertama kalinya sempat jua saya megkhatamkan buku ini. Walaupun sudah lama memiliki, tetapi baru kini diberi masa untuk 'menghadamnya' dek kerana sekatan final exam di hujung sem.

Buku terbitan Grupbuku Karangkraf setebal 317 muka surat ini berjaya menarik minat saya dan alhamdulillah, akhirnya telah tertunai tanggungjawab saya kepadanya.

Walaupun begitu, diri ini sedar masih banyak lagi tanggungjawab terhadap agamaNya yang belum lagi terlunas.... dan membaca buku ini cuma wasilah yang diambil untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang cetek di kepala.

Saya nekad, selagi buku ini tidak dikhatakamkan, keinginan untuk menulis terpaksa dipendam seketika.

Akhirnya idea penulisan diambil dari buku ini.

Teringat saya pada awal ketika saya membeli buku ini...

"Tak berani lah nak baca buku-buku macam tu sorang-sorang..."

Seorang hamba ALLAH berkata.

Itu belum lagi berbicara tentang Bible...ya, masih ramai lagi di antara kita yang masih takut memegang Bible.

Apatah lagi membaca dan mempelajarinya...

"Takut terpesonglah..."

"Ilmu Islam pun tak cukup lagi..."


Alahai...

Perlukah takut? Bible bukan ada kuasa sihir atau apa-apapun yang boleh memukau manusia hingga terpesong akidahnya.

Hakikatnya Bible bukan Injil pun...

Jika kita meyakini Bible itu Injil, kita wajib juga mengimaninya. Dan, berhati-hatilah kerana itu akidah!

Jika mahu ditunggu ilmu cukup di dada, sehingga mati pun kita tidak kan pernah tahu sama ada sudah cukupkah atau tidak.. Tidak pernah lagi saya mendengar segolongan manusia yang murtad hanya semata-mata kerana membaca Bible. Malah, yang memeluk agama Islam setelah membaca Al-Quran, ya...sangat-sangat ramai.

Kerana apa?

Kerana Al-Quran adalah kalam ALLAH

Tapi, Bible?

Semuanya telah ditokok tambah dengan tangan-tangan manusia. Tika dulu, saya sering tertanya-tanya hakikat sebenar sejarah penyaliban Jesus dan punca terpesongnya ajaran Jesus yang merupakan penyambung ajaran Nabi Musa itu.

Akhirnya, buku ini memberi jawapan terhadap persoalan-persoalan itu. Bermula dari program Friendly Comparative Religion yang saya hadiri, semakin membara hati ini ingin mengetahui sejarah agama Kristian ini.






_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, April 28, 2011

ULASAN PEMBACA BUKU SAYA


Suatu petang, saya bertemu dengan seorang kawan lama dan kami bertanyakan khabar mengenai kehidupan masing-masing setelah hampir tiga dekad kami berpisah. Saya namakan dia sebagai Santha walaupun nama penuhnya saya masih ingat kerana dalam kelas kami beliau adalah seorang lelaki yang paling tinggi dan mempunyai rambut Afro, yakni seperti sarang tebuan. Setelah tamat belajar (bidang kewartawanan) beliau bekerja beberapa tahun sebelum melanjutkan pendidikan di luar negara dan akhirnya mencerap bidang teologi, khususnya mengenai agama Kristian.

Agama asalnya ialah Hindu, tetapi setelah belajar teologi dan berkahwin dengan seorang wanita Jepun ketika melanjutkan pelajaran tertarik dengan Kristian. Katanya pilihan tersebut adalah kerana sangat memahami bahawa Nabi Isa a.s. adalah juruselamat yang diutuskan oleh Allah s.w.t untuk mendidik manusia agar memahami fungsinya sebagai makhluk ciptaan-Nya. Santha terus menghambakan diri kepada agama Kristian sehinggalah mendapat kedudukan yang baik dalam struktur agama tersebut dan kini mengajar sebagai pakar teologi Kristian di sebuah pusat pendidikan di Petaling Jaya.

Saya masih belum banyak berubah, tetapi tidak bermakna saya tidak cuba memahami Islam dengan baik. Saya tidak berguru dengan banyak orang, terutama dengan ustaz-ustaz yang berceramah di masjid dan surau kerana saya pernah berdepan dengan satu insiden yang menyebabkan keyakinan saya terhadap apa yang disampaikan oleh ustaz dengan apa yang dipraktikkan menjadi sesuatu yang bersifat ketidaksehaluan kognitif. Dalam banyak hal, ustaz sering memperkatakan sesuatu yang amat dituntut oleh Islam dan banyak perkara, saya melihat ustaz banyak melakukan kesilapan sehingga menjejaskan keyakinan perilaku.

Saya mempunyai pilihan, kerana saya lebih gemar membaca buku. Hasil bacaan saya, saya kongsikan dengan banyak orang, termasuk melakukan banyak pertanyaan secara peribadi dan dengan lain-lain orang yang rasa rasa mampu memberikan jawapan. Selebihnya saya menemui banyak pengetahuan melalui buku, kerana terus melihat buku sebagai sumber ilmu pengetahuan yang besar selain saya boleh membacanya berulang kali dan melakukan contengan tertentu bagi menguji ingatan serta kefahaman saya.

Salah sebuah buku yang menarik minat saya dalam pencarian jawapan mengenai pandangan Kristian terhadap kedudukan Nabi Isa a.s. ialah buku karangan Yussamir Yusof, Akidah Kita Nyawa Kita yang diterbitkan pada tahun lalu (2010) oleh Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Saya mencari jawapan itu setelah mendengar keterangan-keterangan mencolok dari seorang paderi Melayu yang menuduh bahawa al-Quran adalah ciptaan manusia manakala Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang nabi palsu.

Pencarian saya adalah untuk meneguhkan keyakinan bahawa sebenarnya Nabi Isa a.s. bukanlah nabi untuk umat Kristian, tetapi seorang nabi yang diutuskan untuk memperbetulkan akidah manusia setelah terlalu banyak kebohongan yang berlaku. Agama Kristian bukanlah agama yang diajar oleh Nabi Isa a.s yang dianggap sebagai juruselamat, tetapi ia adalah rekaan seseorang yang mempunyai agenda tertentu bagi memperbudakkan manusia.

Orang yang dimaksudkan itu seseorang menggelarkan dirinya sebagai Paul. Nama sebenarnya ialah Saul. Saya juga ingin mengetahui bahawa kenapa nama Paul atau Paulus menjadi sangat popular dalam masyarakat Krsitian sehingga seekor sotong kurita yang dikatakan mempunyai kuasa psikik dan telah meramalkan dengan tepat pasukan yang menang dalam Bolasepak Piala Dunia 2010 diberikan nama Paul. Jawapannya mungkin secara tidak sengaja, tetapi dalam agama Kristian nama Paul adalah suatu nama besar, suatu nama yang mempunyai kaitan dengan beberapa perkara, termasuk menulis semula kitab Bible menjadi New Testament atau Kitab Perjanjian Baru.

Paul adalah seorang lelaki Yahudi yang dilahirkan di Tarsus, sebuah kawasan di Cilicia. Cicilia adalah sebuah bandar lama di selatan Turki. Bersempadanan dengan banjaran gunung Tarsus di bahagian barat dan Anti-Tarsus di sebelah timur. Laut Mediteranean terletak di sebelah selatan. Keturunan Yahudi tetapi mempunyai taraf kewargenaraan Rom dan bercita-cita menjadi ulamak Yahudi. Ketika berusia 13 tahun, beliau belajar undang-undang di Jerusalem dan berguru dengan seorang ulamak Yahudi bernama Gamalei. Hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan belajar dan boleh menjadi Rabai atau Farisi (ulama Yahudi).

Sejak awal lagi Paul memasang dendam, memusuhi dan turut membunuh pengikut Nabi Isa a.s. Saki baki pengikut Nabi Isa a.s. telah diburu dan Paul sendiri mengakui membunuh dengan zalimnya, malah Paul juga turut memberikan kebenaran agar membunuh Stephen, seorang yang gigih menyebarkan ajaran al-Masih setelah baginda diangkat ke langit. Banyak tindakan tidak berperikemanusiaan telah dilakukan oleh Paul dicatatkan dalam Bible (hal.132).

Paul juga pernah mengakui telah berjumpa dengan al-Masih dan dilantik sebagai pesuruh yang berhak menyampaikan ajaran tersebut sehingga menampakkan sikapnya yang bohong dan kejam. Menurut catatan lain dalam Bible, Paul sebenarnya tidak pernah menemui Nabi Isa a.s. dan mendapat watikah perlantikan sebagai penyebar agama tersebut (hal.135-136). Semasa berada di Arab, Paul telah mencipta beberapa perkara baru, antaranya menolak undang-undang Nabi Musa a.s. (hal.142), boleh berhubung terus dengan Nabi Isa a.s. (hal.143), menjadi perisik dalam agama Nabi Isa a.s. (144), mengeluarkan perintah bohong sebagaimana dipesan oleh Nabi Isa a.s. (hal.145) dan sebagainya.

Apa yang lebih menarik mengenai doktrin ciptaan Paul ialah sebagaimana ditulisnya dalam Mathew, iaitu buku pertama dalam NewTestament ialah mengenai konsep dosa warisan dan Nabi Isa a.s. sebagai “anak Tuhan” (hal.170). Semasa di Arab, Paul turut mencipta beberapa doktrin berdasarkan paganism Arab Kuno dengan menyesuaikannya ke dalam ajaran Nabi Isa a.s. (hal.170) dan menurut Dr Maurice Bucaille:“Paul adalah figura yang amat kontroversi dalam agama Kristian. Dia boleh dianggap sebagai pengkhianat kepada ajaran Jesus melalui tulisan-tulisannya”.

Bagi Humphrey Carpenter, “ramai sarjana Kristian mempercayai bahawa Paul dan beberapa orang yang terlibat dalam zaman awal Kristian adalah pengasas sebenar agama Kristian. Dan bukannya Jesus yang mengasaskan ajaran tersebut.” Kenyataan ini berpunca daripada sifat ajaran Nabi Isa a.s. sendiri yang tidak pernah mengisytiharkan kandungan dakwahnya sebagai Kristian dan berniat untuk menyebarkan agama baru. Nabi Isa a.s. hanyalah mengikut dan meneruskan ajaran-ajaran Musa (Judaic Tradition) dengan tindakan membersihkan kekalutan ajaran asing yang masuk ke dalamnya (hal.171).

Michael Hart, penulis buku 100 Orang Yang Paling Berpengaruh meletakkan pengasas agama Kristian sebenarnya ialah Paul dan bukannya Nabi Isa a.s. Ini kerana Paul telah memperkenalkan konsep dosa warisan, penyaliban Nabi Isa a.s., doktrin trinity dan Nabi Isa a.s. sebagai anak Tuhan. Mengenai Dosa Warisan, Paul dikatakan memulakan konsep itu dalam sepucuk surat yang ditulisnya kepada penduduk Rom. Dalam surat tersebut Paul menjelaskan” Sebab kematian adalah upah daripada dosa;tetapi hidup sejati dan kekal bersama Jesus kita adalah pemberian yang diberikan oleh Tuhan.” (hal.172).

Doktrin Dosa Warisan menyifatkan bahawa semua manusia mempunyai dosa secara turun temurun disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s. Setelah melanggar perintah Tuhan, memakan buah larangan, sejenis buah yang dipercayai mampu memberikan kehidupan kekal abadi, maka seluruh keturunan Nabi Adam a.s. ikut menanggung dosa tersebut tanpa mengambil kira ia adalah seorang bayi ataupun dewasa.

Dosa Warisan itu hanya boleh dihapuskan melalui satu proses penyucian di mana seseorang yang suci perlu berkorban. Ia harus dilakukan melalui pertumpahan darah melalui proses penyalipan. Oleh kerana semua manusia mempunyai dosa, hanya Nabi Isa a.s. yang seharusnya berkorban untuk menghapuskan dosa warisan itu kerana baginda tidak pernah melakukan dosa.

Dalam doktrin triniti, Tuhan Bapa telah menghantar anaknya, iaitu Nabi Isa a.s. sebagai penebus. Bentuk penebusan itu adalah kerana keadilan dan kasih sayang Tuhan (hal.175). Syarat seseorang yang boleh menebus dosa ialah manusia sejati, Tuhan sejati dan Benar, iaitu tidak berdosa. Ketiga-tiga syarat tersebut hanya ada pada Jesus. Maka sesiapa yang mahukan keampunan dari dosa warisan seharusnya menerima Jesus sebagai juruselamat semua manusia.

Konsep Dosa Warisan menurut pengarang adalah berasal dari dongeng dan telah dibuktikan oleh seorang ahli arkeologi Jerman pada tahun 1903. Tradisi itu ditemui dalam dua papan batu zaman Babylon yang mencatatkan kisah Passiepel Baal (Tuhan sembahan Babylon) (hal. 182).

Nabi Isa a.s. disalibkan selama tiga hari tiga malam, kemudian hidup sekali lagi selama 40 hari 40 malam sebelum diangkat ke langit. Penyalipan ini sebagai memperlihatkan kasih sayang Tuhan dengan mengorbankan anak-Nya sebagai penebus dosa dan dari peristiwa penyalipan itulah agama Kristian dilaporkan mula diberi nama oleh Paul. Hal itu amat bercanggah dengan kenyataan sebenar kerana dalam Bible, Nabi Isa a.s. turut mempersoalkan kepada individu yang mahu membunuhnya” Bukankah Musa sudah memberikan perintah-perintah Tuhan kepadamu? Tetapi di antara kalian tiada yang menurut perintah-perintah itu. Mengapa kalian mahu membunuh Aku? (John 7:19).

Turut disorot secara lancar oleh pengarang dalam buku ini ialah mengenai Nabi Isa a.s.(Bab 1), Kristiankah Baginda (Bab 2), Hawariun yang setia (Bab 3), Menyelidiki Diri Paul (Bab 4), Pengasas Agama Kristian (Bab 5), Gerakan Kristianisasi (Bab 6), Murtad (Bab 7) dan Penggunaan Nama ALLAH (Bab 8). Seluruh kandungan buku ini mempunyai perbincangan yang mendalam. Perbincangan yang disusuli dengan pelbagai petikan dari Bible (New dan Old Testament), ayat-ayat al-Qur’an bersama kajian pakar teologi (Islam dan Kristian) menjadikan buku ini terasa mampu meningkatkan kejernihan iman kita.

Pembacaan buku ini mampu memberikan kefahaman malah saya menjadi lebih bersedia untuk berhadapan dengan Santha jika kami ditakdirkan ketemu sekali lagi. Saya mungkin mampu memberikan sentuhan nilai dan keyakinan Islam bahawa Kristian sebenarnya agama yang telah banyak diselewengkan oleh doktrin kotor penganut Yahudi yang tidak mahukan ada agama lain yang lebih baik daripada mereka. Ini kerana Yahudi amat tercabar dalam putaran keturunan nabi-nabi, apabila Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir yang membawa agama Islam bukan dari jurai keturunan Bani Israel.

Setelah ajaran Nabi Musa a.s yang diteruskan oleh Nabi Isa a.s telah diselewengkan dengan jayanya, menyebabkan Yahudi mula menyasarkan pula kepada Islam. Yahudi tidak mengkhianati Islam secara langsung, tetapi menggunakan penganut Kristian sebagai “tentera upahan” setelah mereka berjaya menguasai ekonomi dan politik global. Itulah Yahudi, lempar batu sembunyikan tangan, dan terus berselindung dalam selimut sekularisasi, liberaliasme dan pelbagi bentuk pertubuhan kemanusiaan antarabangsa.

Saya benar-benar puas membaca buku ini, malah dapat menarik minat saya untuk meneroka samudera pengetahuan perbandingan agama yang bernuansa ilmiah. Saya sebenarnya ingin memberikan kredit kepada pengarang kerana berjaya menulis sebuah buku yang baik dan tidak menjemukan pembaca. Saya tidak menganggap melalui buku ini saya mendapat jalan pencerahan, kerana itu adalah jalan fikiran agama Kristian, tetapi dapat membantu saya menolak asakan propaganda memburuk-burukkan Islam yang semakin menggila oleh kerana Islam semakin pesat berkembang dan bakal menyaingi penganut Kristian dalam tempoh kurang seratus tahun lagi.



Judul Buku : Akidah Kita Nyawa Kita

Nama Pengarang : Yussamir Yusof

Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, 2010

Jumlah Halaman : 317 halaman

Harga : RM 16.00

Pengulas : KAMARUN KH

_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, March 22, 2011

HAPUSKANLAH AIR MATAMU


Semua makhluk mengerah keringat untuk mencari rezeki. Bahkan burung sekalipun harus terbang keluar mencari rezeki untuk anak-anaknya. Namun terbang atau berjalannya kita mencari rezeki tidak akan memberi apa-apa jika tiada niat ibadah untuk-Nya. Hanya penat dan harta, tetapi tiada keberkatannya. Betapa ramai insan yang keluar mencari rezeki, tetapi tidak pernah berasa cukup dengan apa yang dinikmati.

Sering mengeluh itu dan ini, masih terus menagih janji dari-Nya. Kita terlupa bahawa kehidupan bukan sekadar keluar mencari rezeki dan meneruskan kehidupan. Tetapi kehidupan ini adalah sebuah perjalanan mencari benih-benih Rahmat untuk dituai di Syurga sana.

Kita lupa meletakkan diri di tangan-Nya. Kita sering bersikap sombong kepadaNya dan bergantung sepenuhnya di atas usaha. Sedangkan tawakal kepadaNya adalah punca utama rezeki, dan perkara inilah yang sering ditinggalkan dan dilupakan.

Lupakah kita dengan sikap tamak Qorun dan rakusnya Firaun? Mereka hidup seperti tiada ajal yang bakal menjemput. Mereka lupa bahawa ada yang lebih agung sedang memerhati dan mengawal hidupnya. Namun insan-insan agung seperti Ismail sering mendapat Rahmat dan Kurnia dari Allah hanya kerana Tawakal.

Ketika Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih Ismail, tiada apa yang diragukan, tiada apa yang ditakutkan. Berkata Ibrahim kepada Ismail, “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pandanganmu?” Ismail menjawab, “Wahai ayah, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah ayah akan mendapati aku termasuk dari orang-orang yang sabar.” (Surah as-Saffat:102)


Lihatlah ayat yang dituturkan oleh Ismail kepada ayahandanya. Baginda menghapuskan peranan dirinya dan menafikan kehadirannya dalam melaksanakan perintah Allah. Baginda tidak mengaku sebagai seorang yang berani dan berjiwa satria. Baginda menyerahkan segala urusan baginda kepada penciptanya, iaitu Allah dengan mengatakan “insyaAllah ayah akan mendapati aku termasuk dari orang-orang yang sabar”.

Indahnya hidup. Hidup yang penuh kehambaan dan mengetahui bahawa peranan insan di dunia hanyalah untukNya.

Sedikit atau banyak rezeki yang dicari, akan berasa nikmat jika dinilai atas dasar ibadah dan takwa. Hidup atau mati, tiada siapa yang tahu. Teruskanlah langkah dan larimu di muka bumi, hati-hati jangan sampai tersadung. Dunia ini ibarat sebuah kapal yang sedang belayar.

Kadang-kadang dilambung ombak, kadang laju ditiup angin yang deras. Tetapi tujuan akhir pelayaran ada destinasi. Destinasi yang tidak pasti, sama ada berakhir dengan baik atau buruk. Namun, belayar tetap belayar.




Hapuskanlah air matamu,…



YUSSAMIR
Kerinchi
.

_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Monday, March 21, 2011

KEMBALI MENYENGAH




Kalau rumah yang ditinggalkan lebih 3 bulan, saya pasti lalang dan rumput makin meninggi. Sarang labah-labah pun sudah mula menguasai seluruh siling rumah, disamping habuk yang semakin menebal di cermin tingkap.

Tapi kalau blog yang sudah lama ditinggalkan, ia tidak seperti rumah tinggal tetapi ia lebih seperti sebuah makanan yang semakin membasi. Lihat sahaja blog yang sudah lama ditinggalkan tanpa sebarang nota dan cerita seperti Paradigma. Saya sendiri sebagai penulis blog ini tertanya-tanya kemana perginya semangat dan cita-cita besar blog islami ini.





Terhimpit dengan kerja dan tekanan menyiapkan urusan perkahwinan mungkin itu antara penyebab utama. Tapi bagi saya ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk tidak berkongsi dan bercerita.


KONFLIK SEORANG USTAZ

Pagi-pagi sebegini mungkin sesuai untuk saya ceritakan beberapa pengalaman besar saya menghadapi konflik bersama insan bergelar ustaz. Maafkan saya, tidak ada niat untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar berkongsi pengalaman untuk panduan bersama.

Sebelum ini saya sangat mengkagumi beberapa insan yang saya anggap sebagai Murabbi hidup saya. Lebih-lebih lagi dalam bidang agama yang menjadi teras untuk saya memahami Islam. Bahkan saya merasakan hubungan dan keakraban kami membolehkan kami sering nasihat-menasihati antara satu sama lain. Tetapi saya silap, seorang ustaz tetap seorang ustaz.

Sikap ego dan tidak mahu menerima teguran antara masalah yang dihadapi. Terasa pelik, apabila selalunya ditekankan konsep nasihat-menasihati dan sering berlapang dada tidak diaplikasi. Paling saya merasa terkejut, ketika mahu menjadi orang tengah di atas beberapa konflik antara dua ustaz, saya pula menjadi sasaran, disindir dan dimarahi.

Ustaz tetap Ustaz. Kita tidak boleh memandang mereka tinggi hingga ke puncak awan. Sikap taklid saya memakan diri. Taklid kah? Bukan, tetapi sikap terlalu menyanjung memakan diri.

Bukan semua begitu. Lihat kembali tajuk di atas “Seorang Ustaz” bukan semua. Saya merindui pengalaman saya bersama Dr Zulkifli al-Bakri yang sangat tawaduk, merendah diri, dan sentiasa bercakap lembut. Hatinya penuh nilai-nilai insan sufi, tetapi amalannya penuh dengan nilai-nilai salafi. Tutur katanya penuh dengan hikmah, pandangannya penuh dengan karamah.


Maafkan saya ustaz. Saya kian belajar bahawa manusia setinggi mana ilmunya, jika tidak dibawa nilai tawaduk dan rendah diri bagaikan tidak ada apa-apa disisi manusia dan Allah.
Maafkan saya…


InsyaAllah saya akan menyambung…





Yussamir Yusof
Kerinchi




_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Wednesday, January 26, 2011

PESTA BUKU KARYA BESTARI


KARNIVAL KARANGKRAF... Medan santapan minda buat semua!!!

Pesta buku dan majalah datang lagi! Acara tahunan gilang gemilang ini akan bermula dari 28 - 30 Januari 2011.

Luangkanlah sedikit masa dan kunjungi kami dari jam 9.00 pagi - 7.00 malam. Bawalah bersama seisi keluarga dan sahabat handai ke acara tahunan yang dijangkakan meriah ini.

Andai sebelum ini anda tidak berkesempatan berkunjung ke kedai buku untuk mendapatkan produk kami, maka gunakanlah peluang keemasan selama tiga hari ini sebaiknya. Kami di Karangkraf menghargai setiap pengunjung dengan menawarkan potongan harga 20-30% bagi setiap pembelian. Malah, lebih jimat dan berbaloi-baloi lagi jika membeli PAKEJ JIMAT. Konsepnya... `Beli satu.. murah tapi beli pakej LAGIIIII MURAHHH!!!


IQRA... Bacalah! Ya... himpunan ratusan buku Alaf, Prima, Oasis n Karya Bestari @Grupbuku Karangkraf menanti anda. Anda minat buku yang bagaimana? Untuk kanak-kanak, remaja, motivasi, islamik, novel, kraf, resipi atau umum?

Usah risau.. macam-macam ada! Rambang mata dibuatnya nanti. Pastikan datang awal pagi bagi mengelakkan kesesakan . Insya-ALLAH bakul disediakan bagi yang hendak memborong sakan!


Dan... buat peminat majalah kami, ratusan pilihan majalah untuk semua peringkat usia pasti menggamit hati.

Juga, temuilah secara live penulis kesayangan anda dan sertailah segala aktiviti, demo, pertandingan, ceramah selain berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan. Surau yang selesa disediakan di samping pelbagai juadah lazat untuk dinikmati bersama.


Jom... pakat-pakatlah serang kami beramai-ramai okey! Kehadiran anda dinanti dengan tangan dan hati terbuka.



JANGAN LUPA UNTUK MEMBELI KARYA YUSSAMIR YUSOF YANG BERTAJUK AKIDAH KITA NYAWA KITA.
_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.
Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Saturday, January 1, 2011

Teologi Kristian di dalam Akidah Syiah

Teologi Kristian di dalam Akidah Syiah

Kebelakangan ini sibuk orang memperkatakan tentang Syiah, malahan telah banyak kenyataan akhbar tentang kesesatan Syiah. Namun, kebanyakkannya lebih menjerus kepada persoalan Feqh dan Akidah, tanpa menyedari bahawa Syiah sebenarnya membawa teologi agama Kristian.

Apatah lagi, kesamaan dan keselarian yang wujud dalam beberapa konsep yang wujud dalam agama Kristian dan Syiah adalah sesuatu yang kritikal. Bahkan, apabila habis membaca dan meneliti rencana ringkas ini, kita akan memberi kesimpulan bahawa Syiah bukan lagi sebuah mazhab tetapi lebih kepada sebuah AGAMA.

Saya akan cuba mengupas beberapa konsep dari sudut teologi yang pada pandangan saya sebuah ‘kebetulan’ yang secara disengajakan.

Justify Full
Konsep Jesus ciptaan pertama

Dalam buku saya yang bertajuk “Akidah Kita Nyawa Kita” saya ada membincangkan tentang perbalahan antara dua Pemikir Kristian tentang kedudukan Jesus. Sebahagian menyatakan bahawa Jesus adalah sebahagian dari Tuhan, manakala sebahagian lagi mendakwah bahawa Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan.

Untuk rencana ini, kita akan mengambil dakwaan kedua iaitu Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan. Ciptaan yang terhasil dari kalimah Allah, menurut agama Kristian.

Perhatikan ayat seterus ini yang saya ambil dari sebuah magnum opus Syiah iaitu Bihar al-Anwar, Ali berkata “Allah adalah Esa dan unik dalam keesaanNya, Allah mengucapkan satu kata yang kemudian menjadi cahaya, dari cahaya itu Dia menciptakan aku dan keturunanku. Allah kemudian mengucapkan kata lain yang kemudian menjadi roh, dan roh itu Dia masukkan dalam cahaya. Kemudian cahaya itu Dia masukkan dalam tubuh kita. Maka kita adalah Roh Tuhan dan Kata-katanya..”

Menurut para ulama syiah, Saidina Ali menuturkan ayat ini merujuk kepada dirinya, dan para keturunannya, para Imam Sebelas. Manakala berdasarkan daripada ayat ini juga, para ulama Syiah telah menafsirkan bahawa para Imam adalah perantara sejati antara Allah dengan manusia. Sejak bermulanya kehidupan dunia ini, mereka para imam adalah ciptaan Allah yang pertama. Daripada merekalah, semua ciptaan dimulakan, dan melalui mereka ciptaan itu pada akhirnya akan dinilai dan disempurnakan.

Perhatikan petikan-petikan tersebut. Kedua-duanya membawa satu konsep yang sama iaitu Para Imam Dua belas Syiah dan Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan!

Pertanyaan yang boleh kita bangkitkan ialah, adakah ini pegangan islam yang sebenar? Adakah Allah memerlukan sesuatu sebelum menciptakan manusia yang lain? Dari petikan-petikan tersebut kita akan dapati bahawa kedua-duanya mempunyai doktrin “Setiap permulaan bermula dari sesuatu yang bermula, iaitu para Imam yang dimulakan/Jesus yang dimulakan, kemudian barulah ciptaan yang lain wujud dan terhasil”.

Apakah pandangan Ahlu Sunnah wal Jamaah dalam perkara ini? Ahlu Sunnah wal Jamaah berpegang bahawa Allah tidak memerlukan perantaraan untuk menciptakan apa sekalipun. Cukup dengan kekuasaan dan keagungan Allah, cukup dengan firmannya iaitu “Jadi, maka jadilah.” Sepertimana Firman Allah dalam Surah Yaasin 36: 82, “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.”



Konsep Jesus sebagai juruselamat

Kristian menganggap bahawa Jesus sebagai Juruselamat kepada seluruh manusia. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Paul. Paul menyatakan Jesus sebagai “Tuhan dan Juruselamat kita yang besar”. Ia berdasarkan kepada Bible Titus 2:13, “dengan menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Allah yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus Kristus”. Dalam masa menurut Paul, kita seharusnya dengan rendah hati memuji Tuhan dan mengasihi Dia dengan kasih yang tidak berkesudahan, sepertimana yang disebutkan dalam Bible Efesus 6:24, “Kasih kurnia menyertai semua orang, yang mengasihi Tuhan kita Jesus Kristus dengan kasih yang tidak hilang.”


Baiklah, perhatikan pula petikan di bawah yang datangnya dari Syiah.

“Pada Imam adalah sumber keSELAMATAN pada hari pembalasan bagi orang-orang yang mengakui statyus mereka sebagai teman (Auliya’) dari Allah, dan para ahli waris yang sebenarnya dari para Nabi. Sebaliknya para imam akan menjjadi hakim ya gjekas terhadap orang-orang yang menentang status kemuliaan mereka. Manakala Jesus akan turun dari Syurga untuk membantu Imam Dua Belas sehingga beberapa bahagian dalam PENEBUSAN DOSA dan penghakiman terakhir oleh para Imam”. Rujukan ini diperolehi dari sebuah Tesis yang ditulis oleh Mahmod Mustafa Ayoub yang bertajuk “Redemtice Suffering in Islam: A study of Devotional Aspects of Asyura in the Middle Age”.


Dua konsep ini sebenarnya sangat kritikal dan besar. Kerana ia menyakut masalah Akidah yang pastinya akan memberi petunjuk bahawa Syiah bukan lagi sebuah Mazhab, tetapi sebuah agama.

Saya tinggalkan dua perkara ini untuk dinilai dan diperhalusi oleh semua tentang keberadaannya. Sama ada kita masih mahu mengaku dan menerimanya sebagai sebuah mazhab dan dipraktikan di Malaysia, atau kita akan perangi habis-habisan.


Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda.

Alhamdulilah, saya Muslim.


_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Wednesday, December 15, 2010

CERPEN 1 - JESUS TURUT BERDOSA

Yusuf duduk termanggu di ruang depan rumah. Membelek-belek buku-buku lama yang tersusun rapi di rak-rak besar rumah aku. Aku membiarkan sahaja, tidak mahu menganggu.

“Ahmad, sudahkah kau habis baca semua buku-buku ini?” Rupa-rupanya Yusuf menyedari kehadiran aku.

Aku datang ke arahnya, kemudian mengambil sebuah buku, “Ini buku pertama yang aku beli menggunakan duit aku sendiri.” Ujar aku kepadanya sambil menunjukkan buku tulisan Prof Dr Yusuf al-Qardhawi yang bertajuk Feqh Kenegaraan.

“Ambillah mana-mana buku yang kau minat.”

“Percuma?” Soal Yusuf beriya-iya.

“Ambillah, tapi harus baca bukan simpan sahaja.” Jawab aku tersenyum.


“Kau percaya Jesus?” Soal Yusuf kembali. Tanpa memberi aku perluang untuk menjawab Yusuf telah berjalan perlahan menuju ke meja kayu buatan Indonesia yang baharu sahaja dibeli oleh ibuku.

“Kau percaya?”, Soal Yusuf lagi.

“Sudah pasti aku percaya, tetapi kepercayaanku tentang kedudukannya sebagai apa barangkali berbeza dengan kau.” Aku menarik kerusi di hadapannya, sungguh berat memang benar-benar asli dari Indonesia.

“Percaya yang bagaimana? Percaya yang Jesus ini tidak berdosa sehingga membuatkan dia layak menjadi Tuhan?”

“Ya, aku percaya!” Jawab aku ringkas, Yusuf seperti tidak percaya, matanya bulat seperti saga, mulut terkunci rapi.

“Tapi....”

“Tapi apa?” Yusuf beriya-iya.

“Tapi hanya separuh percaya. Separuh percaya bahawa Jesus tidak berdosa, separuh lagi tidak percaya bahawa Jesus itu Tuhan.” Aku berteka-teki dengannya. Peduli apa, kadang-kala Yusuf juga berteka-teki malah kadang-kadang berpuisi sakan dengan aku bila berbicara.

Yusuf memandang tepat ke arahku, mengharapkan sesuatu keluar dari mulutku lagi, “Ah kau ini suka bercanda, kalau tidak berdosa pastilah dia itu Tuhan. Benarkan begitu?”

“Baiklah, kalau benar sekalipun bahawa penanda aras “Tidak Berdosa” itu boleh menjadikan seseorang itu sebagai Tuhan, adakah kau pasti bahawa Jesus tidak berdosa mengikut kitab sucimu?”


Rantai berbentuk T yang tergantung kemas di lehernya itu dimain-main oleh Yusuf. Yusuf tidak terus menjawab, dia seperti cuba mengingat kembali petikan-petikan di dalam Bible tentang Jesus.

“Kau yakin bahawa Jesus tidak berdosa?” Soal aku lagi, malas menunggu jawapan yang pasti tidak ada.

“Benar Jesus tidak pernah berdosa.” Tergetar-getar suara Yusuf bila menjawab soalanku.

“Dosa itu apa?” Soal aku kembali untuk memulakan dialog tentang isu ini.

“Perbuatan dosa bagi aku semua agama member definasi yang sama. Iaitu Dosa ini adalah sesuatu perbuatan yang dilihat mengganggu-gugat kehidupan orang lain, menyakiti orang, tidak menghormati orang lain, dan hal-hal yang merugikan orang lain.”


“Mungkin benar, dan mungkin tidak benar definasi yang kau berikan. Tetapi baiklah, kita gunakan sahaja definasi Dosa kau itu sebagai premis untuk menentukan sesuatu perbuatan itu dikira sebagai dosa atau tidak.” Aku cuba mendapatkan persetujuan darinya. Yusuf bersetuju denganku, dan dia terus tegak membatu menunggu jawapan balas dariku.


Aku tidak terus memberi jawapan, biar berasa teruja sedikit. Yusuf sudah mula mendesak, aku biarkan sahaja gelagatnya. Kemudian aku bangun dan mengambil sebuah Bible versi NIV (New International Version) dan kuhulurkan kepada Yusuf.

“Adakah berdosa jika kita mengherdik ibu kita?” Aku memberi jawapan dengan memulakannya dengan soalan.

Yusuf mengangguk tanda bersetuju bahawa mengherdik ibu adalah perbuatan yang berdosa.
“Kalau begitu Jesus sudah berdosa, kerana dalam Bible John 2:4, dikatakan Jesus telah mengherdik ibunya sendiri. Cuba kau buka dan bacakan untukku.” Yusuf cepat-cepat membuka helaian demi helain, kemudian dia terhenti.

“Bacakan.” Kataku kepadanya. Yusuf menggeleng tidak mahu membacakan untukku.

Saja aku menyuruhnya membacakan untukku, padahal aku sudah menghafal seluruh isi kandungan Bible.

“Tak mengapa, biar aku bacakan untuk kau. Kata Jesus “Engkau mahu apa dariku ibu! SaatKu belum tiba” (John 2:4).


“Kau percaya yang Jesus menurut Bible pernah bersama dengan seorang pelacur?” Aku cuba menambah kusut di kepala Yusuf. Matanya yang tadi bulat seperti saga, sudah kuyu memandang tanah.


“Tidak mengapa, biar aku bacakan untuk kau. Kata Jesus dalam Bible Luke 7:44-47, Engkau lihat perempuan ini? Aku masuk ke rumahmu, namun engkau tidak memberikan Aku air untuk membasuh kaki-Ku, tetapi dia membasahi kaki-Ku dengan air mata dan menyekanya dengan rambutnya. Engkau tidak mencium Aku, tetapi sejak Aku masuk ia tiada henti-hentinya mencium kaki-Ku. Engkau tidak meminyaki kepala-Ku dengan minyak, tetapi dia meminyaki kaki-Ku dengan minyak wangi.”


“Kau tahu siapa perempuan yang dikatakan oleh Jesus ini?” Soal aku lagi.

“Perempuan yang dikatakan oleh Jesus itu adalah seorang pelacur terkenal yang penuh dengan dosa.”


“Cukup-cukup, tak perlu lagi kau teruskan. Aku mahu balik, aku mahu balik.” Yusuf bingkas bangun, matanya penuh dengan air. Air yang sukar untuk disela, air mata yang pelbagai tafsiran boleh diberi.

Aku tidak mengejar mahupun menghalang. Aku pasti, hidayah Allah akan hadir bagi mereka yang benar-benar ikhlas mencari kebenaran.

“Itu yang aku pasti!” Bisik aku mengiringi derap-derap langkah Yusuf yang laju meninggalkanku dibelakangnya.







_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Wednesday, November 10, 2010

ANDA BERLABEL APA?




“Dia itu Sesat ke?”

“Kafir ke?”

“Taklah, dia wahabi!”

“Eh bukankah dia itu Sufi”

“Eh mereka Islamlah!”


Label-label itu dahulunya menjadi ringan dan sentiasa bermain di bibir saya. Tidak pernah berfikir apa impaknya atau kesannya terhadap orang yang dituduh atau sekeliling. Semuanya di ‘larung’ habis-habisan tanpa melihat kiri dan kanan.

Ketika itu tabiat melabel-label menjadi tren yang sangat berleluasa, bukan saya sahaja yang mengalaminya tetapi orang lain juga begitu.

Jika Salafi akan bermusuh dengan Syiah, Syiah pula bermusuh dengan Salafi, Sufi bermusuh dengan Salafi, Jamaah bermusuh dengan Salafi, dan rupa-rupanya permusuhan itu berlingkar antara Muslim dan Muslim.

Akhirnya pertengkaran demi pertengkaran, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Tren ini jika dilihat sebenarnya diwarisi dari kelompok pemikiran yang sempit dan ekstrim.

Semakin membarah apabila sebahagian Salafi Literalis menghentam dan menyesatkan para ulama’ yang telah banyak berjasa kepada dunia Islam. Sehingakan mengheret tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin dalam senarai ‘orang-orang yang sesat’.


Justify Full
SAYYID QUTB

Misalnya Sayyid Qutb, seorang reformis Islam yang banyak berjasa dalam lapangan dakwah dan jihad. Kebanyakan dari Golongan Literalis ini menggunakan Fi Zilalil Quran sebagai sasaran untuk menyesatkan tokoh ini. Bahkan ada yang turut serta walaupun belum atau tidak pernah membaca Fi Zilalil Quran sehingga habis.

Saya melihat usaha menyesatkan tokoh ini melalui Fi Zilali Quran adalah sesuatu yang tidak adil. Tulisan itu ditulis ketika berada di dalam penjara, bahkan dengan keterbatasan bahan rujukan tidak mustahil boleh berlaku banyak kesalahan dan kesilapan.

Ya saya sering mengatakan “Jika mereka masih hidup sudah pasti mereka akan menarik kembali tulisan-tulisan mahupun pemikiran salah yang telah mereka tulis di dalam karya-karya mereka.” Saya percaya akan hal tersebut, kerana para pemikir dan sarjana Islam yang jujur dan ikhlas dalam mencari redha Allah pasti akan tunduk dan berlapang dada.

Saya tertarik dengan jawapan balas Syaikh Bakr Abu Zaid (anggota Hay`ah Kibar Al-‘Ulama di Saudi dan anggota Al-Lajnah Ad-Da`imah lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah wal Ifta`) kepada Syaikh Robi’ Al-Madkhali ketika diminta untuk menulis kata-kata aluan dalam buku Syaikh Robi’ al-Madkhali.


Kata beliau, “Meremang bulu roma saya ketika saya membaca daftar isi buku Anda (buku Syaikh Robi’ al-Madkhali), dimana tertera “Sayyid Quthub Membolehkan Orang Lain Selain Allah Untuk Membuat Syari’at.” Maka, saya pun segera membaca semua perkataan Sayyid dalam bukunya “Al-‘Adalah Al-Ijtima’iyyah,” dimana engkau menukil perkataannya; namun ternyata apa yang dikatakannya tidak layak untuk diberi judul yang kontroversi seperti yang engkau lakukan. Letaklah apa yang dikatakannya terdapat ibarat yang masih samar maknanya, tapi bagaimana engkau boleh mengubahnya menjadi sesuatu yang mengafirkan? Engkau telah melenyapkan semua kebaikan yang telah dibawa oleh Sayyid Rahimahullah sepanjang hidupnya dan juga segala yang ditulis oleh penanya dalam rangka dakwah kepada Allah Ta’ala dalam masalah hukum dan syariat, dimana beliau menolak undang-undang buatan manusia serta berdiri tegak menentang kemungkaran ini.”


“Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata.” [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya - hadis no: 60]



USAH MELABEL

Saya bukanlah menyokong mahupun menjadi pendokong tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin. Bahkan saya tidak banyak buku-buku mereka, malahan tidak khatam pun buku Maza Ya’ni tulisan Fathi Yakan. Tetapi dalam beberapa perkara, saya merasakan perlu ada sesuatu yang dilakukan bagi menjernihkan tren label-melabel ini.

Dahulu apabila sebut tentang Tasauf, saya merasakan ia adalah sesuatu yang bodoh dan menjengkilkan. Semuanya kerana saya jahil tentangnya, malah tidak mengambil ‘port’ untuk mempelajari tetang dunia tasauf ini.

Tidak semua ahli Tasauf adalah ahli bida’ah. Bahkan sejarah menunjukkan sungguh ramai dari kalangan salafusoleh dikenali sebagai Sufi. Ibnu Taimiyah yang sangat perhatin tentang penyelewengan tasauf juga turut dikenali sebagai ahli Sufi. Bukan itu sahaja beliau juga banyak mengarang kitab-kitab yang berkonsepkan Tasauf.

Betapa ramai dikalangan ‘Salafi Literalis’ keras hatinya, kasar dakwahnya dan jumud fikirannya sebenarnya memerlukan terapi tasauf. Terapi hati, agar lebih lunak dan tenang jiwannya apabila berhadapan dengan manusia.

Manusia itu fitrahnya lembut, datanglah dengan kelembutan, usiklah jiwa-jiwa mereka dengan halus. Yang tua jangan diberat-beratkan dengan dalil itu dan ini, yang muda jangan dicelarukan, perlahan-lahanlah. Dakwah itu bukan sekejap, reform ini perlu masa, benih yang ditanam tidak tumbuh sehari dua.


“Siapakah yang lebih baik perkataan daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : sesungguh aku termasuk orang-orang yang berserah diri. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antara dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.” [Fushilat : 33-34]



ADA TELINGA DENGAR, ADA MATA PANDANG

Tren label-melabel terjadi apabila kita sekadar mendengar tetapi tidak pernah mencari kebenaran dengan membaca atau bertanya sendiri kepada empunya diri. Misalnya karya-karya tokoh yang kita sesatkan atau kafirkan. Kita sendiri kadang-kadang tidak pernah membaca sepenuhnya karya-karya mereka. Hanya membaca sumber-sumber sekunder, kemudian terus membuat kesimpulan. Itupun dengan mengambil kesimpulan penulis yang mengkritik atau menyesatkan tokoh tersebut.


Tidak adil.

Saya katakan tidak adil bagi pihak yang didakwa. Malah lagi tidak adil bagi tokoh yang didakwa sudah tiada di alam fana ini. Bagaimana mereka mahu bangun dan membela diri? Kita asyik berteriak sana sini, mengatakan kesesatan mereka. Tetapi sedar atau tidak, kita sendiri telah jauh dari batas seorang Muslim yang mempunyai hak antara seorang Muslim.

Ada telinga bukan sekadar mendengar, tetapi harus siasat. Ada mata bukan sekadar melihat, tetapi harus tadabur. Ada kepala bukan biarkan kosong atau dihasut apa-apa secara buta-tuli, tapi harus diisi dengan ilmu yang adil.


“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya”. [an-Nur 24:14-15]





SAYA BERLABEL MUSLIM!

Salam dari Jalan Pantai Baharu 50672,




_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu

."memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Wednesday, November 3, 2010

ISLAM KEBENARAN DAN KETURUNAN



KEBENARAN

Sebuah perkataan yang membawa banyak makna dalam kehidupan manusia. Tidak kira apa sahaja kebenaran, ia tetap akan terus dicari dan difahami oleh seluruh manusia di dunia.

Kebenaran itu boleh datang dari sudut mana sekalipun. Ia juga boleh datang pada bila-bila masa. Cumanya, ia perlu dicari dengan keikhlasan dan niat yang betul. Kebenaran adalah untuk memandu manusia ke arah yang betul. Kebenaran juga akan menghapuskan kebatilan.

Kebenaran dan kebatilan tidak sesekali akan dapat bersama. Manusia harus memilih antara dua, mana yang menjadi idaman kalbu. Jika kebenaran yang dipilih, sama ada cubaan dan dugaan yang akan semakin bertambah dan kemudian meraih bahagia, atau kebatilan yang dipilih. Ya sudah pasti, kebatilan akan menjanjikan pelbagai habuan, tetapi natijahnya sengsara yang bakal dirasai.

Saya pernah ditanya, Islam manakah yang anda akan pilih ; Islam keturunan atau Islam kebenaran?

Pada mulanya saya tidak memahami apakah yang ingin di tanya oleh sahabat saya ini. Adakah Islam ada yang benar dan tidak benar? Akhirnya barulah saya faham, Islam kebenaran itu hasilnya dari pencarian dan pemahaman yang jelas dan bersih terhadap agama Islam. Manakala Islam keturunan, ialah hasil sebuah perkahwinan kemudian menjadi Muslim hanya atas dasar nama dan bangsa.

Kedua-duanya amat berbeza. Islam kebenaran akan lebih dihargai dan dirasai dengan tanggungjawab dan kebahagian. Manakala Islam keturunan terbuka untuk diganggu-gugat dan mudah untuk dicarik-carik, natijah dari kurangnya faham tentang agama Islam. Ya, semuanya apabila Islam hanya atas Nama!

Lihatlah betapa ramai yang kembali kepada Islam selepas berpuluh atau berbelas tahun beragama selain dari agama Islam. Islam yang mereka faham sangat berbeza dari Islam yang hanya berdasarkan keturunan. Tidak percaya? Tanyakanlah tentang Islam kepada kedua kelompok ini. Anda akan bersetuju dengan saya.

Ya memang bukan semua Islam keturunan sebegitu, tetapi kebanyakkan begitu. Janganlah terlalu defensif sehingga kita tidak mahu mengatakan YA. Jikapun berasa malu, anggap sahajalah tulisan ini adalah sebuah ingatan kepada saya dan anda.

Ketika membaca tulisan Cassidy Herrington dalam sebuah laman web http://kykernel.com/, saya semakin bertambah percaya bahawa Islam ini harus dianuti dengan kefahaman. Ya walaupun Cassidy Herrington masih lagi dalam agamanya, dan usaha untuk memakai tudung itu hanya sebuah ‘eksperimen’ tetapi setidak-tidaknya beliau cuba memahami Islam.

Keindahan Islam tidak akan pernah dikecapi selagi mana kita tidak cuba memahami Islam. Solatlah sebanyak manapun, tetapi jika masih tidak memahami mengapa, dan apakah sumbernya perintah solat itu. Selagi itu, kita sama sahaja seperti melaksanakan ritual-ritual yang dilakukan oleh agama lain.

Janganlah marahkan saya dengan umpamaan di atas. Setuju atau tidak, saya tidak pernah memaksa anda untuk membaca artikel ini. Tetapi fikirlah.

Anda solat, tetapi anda tidak tahu mengapa perlu solat. “Perintah Allah” itu mungkin jawapan anda. Tetapi di mana perintah itu dinyatakan? “Dalam al-Quran”. Tetapi Adakah Allah telah memberitahu begitu dan begini secara detail di dalam al-Quran? Ya kemudian bagaimana?

“Ikut sahaja dari orang-orang tua kita yang dah pernah buat!”

Jangan dan terus jangan. Ingatlah peristiwa yang dirakamkan oleh Allah dalam surah al-Baqarah 2:170, “Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?”


Kebenaran itu akan hadir, yang penting usaha. Usahakanlah untuk memahami Islam dengan sumbernya. Jadilah Islam kebenaran bukannya Iskam keturunan. Kita tidak mahu terjadi apabila ada orang bertanya tentang Islam, kita hanya diam seribu bahasa. Ya, kalau yang hanya diam tidak mengapa, tetapi kalau mahu menengkik dan marah-marah itu lagi buruk dan memburukkan wajah Islam.

Jangan kerana kita tidak tahu, kita menjadi duta hodoh Islam kepada masyarakat tentang Islam. Jadilah duta contoh dan duta yang sangat memahami Islam sehinggakan orang ramai mencari anda untuk mengenali islam. Sepertimana Mu’adz bin Jabal, Amru bin As dan lain-lain yang menjadi duta-duta Islam ketika zaman Rasulullah. Begitu jugalah kita harus meneladani dan mencontohi kewibawaan dan kefahaman mereka terhadap Islam.

Islam akan jatuh dan bangun di atas pundak kita semua. Jika kita jatuh, wajah Islam juga akan jatuh, kerana masyarakat sekarang akan mula berinteraksi tentang Islam bermula dari kita. Berbaloi kalau masyarakat kita semuanya seperti Maurice Bucaille, kerana beliau mengenali Islam bukan bermula dari Muslim. Tetapi realitinya, masyarakat khususnya bukan Islam mula berinteraksi dengan Islam daripada Muslim sendiri.

Jangan disebabkan Muslim mereka lari dari Islam. Kita tidak mahu pisang berbuah banyak kali hanya kerana mahu membuatkan masyrakat mengenali Islam. Berubahlah pada diri sendiri dahulu. Jadilah Muslim yang mengenali Islam kebenaran. Bukan sekadar keturunan dan kad pengenalan semata.


Sedar yang kita ini adalah duta besar Islam!





Kerinchi
4 November 2010
_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Friday, October 29, 2010

Fiesta buku ALAF 21, KARYA BESTARI




Fiesta Buku kembali lagi! Sememangnya dinantikan acara gilang gemilang ini oleh peminat buku Karya Bestari / Alaf 21 / Buku Prima dan Oasis. Dapatkan semua jenis genre buku dengan diskaun terhebat 30%. Novel, buku kanak-kanak, resipi, kraf, umum dan banyak lagi menanti anda. Bukan buku lama sahaja malah juga buku terbaru turut diberikan diskaun 30% fresh dari kilang. Jangan lupa singgah tau.



TARIKH: 29-31 OKTOBER 2010
TEMPAT: PREMIS ALAF 21, KARANGKRAF

ALAMAT: LOT 12, PERSIARAN KEMAJUAN 16/16,
40200 SHAH ALAM,

NO TEL: 03-55118820




_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>