Showing posts with label BUKU. Show all posts
Showing posts with label BUKU. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Fiesta buku ALAF 21, KARYA BESTARI

Fiesta Buku kembali lagi! Sememangnya dinantikan acara gilang gemilang ini oleh peminat buku Karya Bestari / Alaf 21 / Buku Prima dan Oasis. Dapatkan semua jenis genre buku dengan diskaun terhebat 30%. Novel, buku kanak-kanak, resipi, kraf, umum dan banyak lagi menanti anda. Bukan buku lama sahaja malah juga buku terbaru turut diberikan diskaun 30% fresh dari kilang. Jangan lupa singgah tau.

TARIKH: 29-31 OKTOBER 2010
TEMPAT: PREMIS ALAF 21, KARANGKRAF

ALAMAT: LOT 12, PERSIARAN KEMAJUAN 16/16,
40200 SHAH ALAM,

NO TEL: 03-55118820

_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, October 14, 2010

Buku AKNK sudah boleh dilanggan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah, Buku Akidah Kita Nyawa Kita sudah keluar dari Kilang percetakan.

InsyaAllah kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini boleh membuat langganan secara terus dari saya.

Hubungi saya di alamat emel : yussamiryusof@gmail.com untuk langganan. Sertakan bukti pembayaran dan alamat anda.

Harga sebuah buku RM16.00 (tidak termasuk caj pos).

Moga ada manfaat yang dapat diambil dari buku ini.

Sekian.

Terima kasih,
Yussamir Yusof

_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, October 5, 2010

AKIDAH KITA NYAWA KITA

Akidah Kita Nyawa kita

NAMA BUKU: AKIDAH KITA NYAWA KITA
OLEH : YUSAMMIR YUSOF
MUKA SURAT: 320
ISBN: 978-967-86-0355-3
HARGA: RM 16.00
PENERBIT: GRUP BUKU KARANGKRAF (KARYA BESTARI)

AL-MASIH ISA putera Maryam, seorang Rasul mulia utusan ALLAH untuk semua Bani Israel pada ketika itu. Ajaran baginda ditaati para hawariun, pembantu setia yang tidak pernah lelah berjuang mempertahankan tauhid pada Yang Esa. Paul hadir lalu mencorak citra baru ajaran baginda. Kristianiti muncul dan lakarannya pula tidak senada. Tapi ia mampu mencapai agenda, mencuri hati para pemujanya. Islam datang lantas diterima warga dunia. Katanya “ALLAH itu Esa, Isa itu kekasih-NYA.”

Inilah yang diuar-uarkan saat Muhammad menjadi pesuruh-NYA. Dan ia akan terus berkumandang sehingga tibanya saat yang pasti… Namun, jalan tauhid itu penuh cabaran. Diuji para hamba-NYA sebagai bukti tanda keimanan.Sesungguhnya Islam sudah lama bertapak di sini. Kehadirannya tidaklah semudah yang disangka. Banyak cabaran yang dilalui hingga menggugat kedudukannya di tanah bertuah ini. Justeru, bagaimanakah cara terbaik untuk menghadapinya? Ingatlah... pertahankanlah akidah! Jangan ragu-ragu! Inilah satu-satunya harta yang kita ada! Bekalan saat bertemu dengan-NYA...

* Biografi Jesus Dalam Dua Agama Besar
* Jesus Bukan Beragama Kristian
* Hawariun yang Setia
* Sejarah, Objektif & Pendekatan Kristianisasi
* Mengapa Islam Menjadi Sasaran?
* Isu Murtad di Malaysia
* Isu Penggunaan Nama ALLAH
* Muslim di Malaysia: Apa Tindakan Kita?

_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu."

memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Friday, August 27, 2010

BUKU PERTAMA SAYA

UNTUK PAPARAN JELAS SILA KLIK GAMBAR

Alhamdulilah,
Selepas berbagai halangan dan perbincangan yang berterusan. Buku saya akhirnya bakal diterbitkan.

Puji-puji bagi Allah dan selawat salam ke atas Rasulullah saw. Halangan, cubaan semasa menulis dan proses mencari penerbit dan semasa diedit amat sukar untuk saya ceritakan di sini. Tapi yang pasti Allah telah merancang semuanya dengan adil dan hikmah.

Terima kasih saya ucapkan kepada Editor buku saya yang hebat, Kak Rosmawati. Seorang editor yang turut mempunyai pengetahuan dalam ilmu perbandingan agama, dan juga seorang yang teliti.

Tidak dilupakan kepada Karya Bestari yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berkarya.

Terima kasih juga kepada seluruh mereka yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembukuan karya ini.

Tulisan ini hanyalah beberapa tulisan yang terlalu jauh untuk dibandingkan dengan buku-buku lain yang jauh lebih bermanfaat. Namun begitu, saya mengharapkan hasil kajian, pengalaman dan usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua orang.

Moga buku ini menjadi antara bekal untuk saya di akhirat sana.

Bangsar, Kuala Lumpur.