Saturday, May 16, 2009

DOAKAN KEJAYAAN SAYA


Saya bakal berhadapan dengan peperiksaan tidak lama lagi. 19 Mei ini semuanya bermula, menjadikan minggu-minggu saya terus bersama buku-buku. 28 Mei adalah tarikh yang dinanti-nantikan, tarikh itu akan melegakan tekak dan melegakkan paru-paru saya. 28 peperiksaan akan tamat, dan saya perlu bersiap-siap pula untuk melangkah ke alam pekerjaan (praktikal) pada 1 Jun. Mohon semuanya berjalan dengan lancar, dan sukses!






BAC3664 ACCOUNTING THEORY - 19/05/2009
BSM3614 STRATEGY - 20/05/2009
BAC3674 ADVANCED MANAGEMENT - 23/05/2009
BAC3684 SECURITIES INVESTMENT AND PORTFOLIO MANAGEMENT - 27/05/2009
BAC4694 FORENSIC ACCOUNTING - 28/05/2009



Jika ada yang belum menonton Filem Perempuan Berkalung Sorban, maka saya menyarankan filem itu untuk ditonton oleh semua orang. Tidak kira sesiapa, yang beragama, tidak beragama atau yang baru mahu mengenal Islam. Jika ada yang kata filem ini menyuarakan pandangan ataupun ideologi Feminisme, maka saya menolaknya. Kita harus memahami definasi feminisme yang sebenar, sebelum kita membantah mereka.

Apa yang jelas, filem ini membawa nafas baru dalam memahami Islam dari sudut perfileman. Filem ini membawa penonton kepada Tuntutan kebebasan atas dasar perikemanusiaan untuk menjadikan manusia lebih aktif, bukannya lumpuh kerana disekat oleh undang-undang ciptaan manusia dan adat resam atau pemikiran sempit (rujuk buku The Rebirth of feminisme oleh Judiht hole dan Allem Levine).

Jika mahu membahas mengenai feminisme, saya bisa untuk membahaskannya berkajang-kajang. Tetapi perbahasan saya masih dalam lingkungan perlindungan Feminisme dibawah dasar-dasar Islam yang tulin. Iaitu, Islam menghormati dan memuliakan wanita, namun ada beberapa perkara yang harus difahami secara tuntas.

Mohon mengundur diri, banyak lagi bab yang harus saya habiskan.

Wanita harus melakukan Tajdid,
Yussamir Yusof

_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, May 12, 2009

COFFEE TALK 23 MEI INI

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (al-Baqarah 2:120)

Ayat di atas mengingatkan kita umat Islam, betapa Yahudi dan Nasrani tidak pernah berputus asa untuk membalik-balikkan hati kita terhadap Islam. Pelbagai usaha telah dilakukan sejak zaman Nabi Isa sehinggalah sekarang, mereka masih tidak putus-putus mencari jalan untuk membawa umat Islam kepada agama mereka.

Pada abad ke-20, usaha dan janji-janji mereka untuk membawa umat Islam kepada agama mereka, dilakukan dengan satu gerakan yang dipanggil “Gerakan Kristianisasi”. Kertas kerja “Kristianisasi menggugat akidah umat Islam” akan membahaskan beberapa aspek yang berkaitan, antaranya definisi, sejarah, konspirasi, organisasi, bahan-bahan ajaran, dan objektif perlaksanaan gerakan ini di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, kita akan menumpukan gerakan Kristianisasi yang berlaku di Malaysia, sejak dari zaman sebelum tertubuhnya Malaysia sehinggalah sekarang.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kertas kerja ersebut, saya menjemput semua pembaca Paradigma untuk hadir ke Coffee Talk yang akan diadakan seperti yang tertera di poster. Program ini dikhususkan untuk semua Mahasiswa, dan tiada sebarang charge dikenakan. Moga perbincangan yang kita akan adakan pada malam itu, membuahkan satu solusi dan resolusi bagi menjamin akidah umat Islam.

Sekian.

Untuk keterangan lanjut sila layari www.insight.org.my
_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Saturday, May 9, 2009

HARGAI IBU BUKANNYA SEHARI

SAMBUT ATAU TIDAK
Ada orang tanya pada saya, “Engkau tak sambut Hari Ibu?” Saya merenung tajam ke matanya? Dia serba salah, kemudian tiba-tiba mulutnya bersuara, “Ah, lupa engkau mana sambut hari-hari macam ini. Bida’ah katanya.” Dia senyum sinis. Saya ketawa.

Saya berjalan perlahan petang itu menuju ke kedai makan yang tak jauh dari hostel saya. Kawan saya tadi masih tersenyum-senyum, dia berada di sebelah saya. “Aku sambut tiap-tiap hari. Tiap-tiap hari aku mengenang jasa dan pengorbanan ibuku. Bagi aku, setiap hari aku doakan kebahagian, keselamatan, dan umur yang panjang untuk ibu dan ayahku. Bukankah, itu yang dituntut agama?” Saya pula tersengih-sengih kambing kepadanya. Mata dia? Ah mata dia tidak merenung tajam seperti yang saya lakukan, tetapi dia hanya tertunduk lesu.


Petang itu, petang yang bermakna. Petang itu juga adalah petang ‘usrah’ saya dengan dia. Tazkirah diberi di mana-mana sahaja, dan petang itu tanggungjawab untuk menyampai dapat dilakukan secara santai tapi bermakna.

Islam meletakkan ibu ditempat yang paling selayaknya, begitu juga dengan bapa. Seorang ibu berhak mengambil haknya terhadap anak-anaknya. Tetapi seorang anak tidak boleh langsung mempertikaikan hak ibu dan bapa mereka terhadap dirinya. Jihad adalah perkara paling utama dalam Islam, namun kerana Ibu, jihad menjadi tempat kedua bagi seorang anak.

Perkara ini dikatakan sendiri oleh Rasulullah ketika ada seorang sahabat yang bernama Jahimah bertemu baginda untuk bertanyakan pandangan untuk ikut serta dalam ekspedisi jihad. Rasulullah bertanya, “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda, “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” (Shahih Sunan al-Nasai, no: 3104)

ADAKAH IA ADIL ATAU TIDAK?
“Jadi adakah satu larangan untuk menyambutnya pada hari-hari tertentu?” Kawan saya tadi bersuara semula. “Eh bukankah kau yang sendiri kata yang orang macam aku akan kata bid’ah?” Saya memulangkan paku buah keras kepadanya. “Tadi gurau.” Dia masih merenung kemuka saya meminta jawapan. “Jika kita menyambutnya hanya pada hari-hari tertentu, maka jawapannya kita tidak adil. Kita tidak adil kepada ibu kita, dan kita tidak adil terhadap hak yang perlu kita berikan kepada mereka.

Saya tidak pernah kata bid’ah atau berdosa walaupun ada sahaja ulama’ yang mengharamkannya dan sebaliknya. Tapi kita kenal lihat dari konteks adil atau tidak jika kita lakukan hanya pada hari-hari tertentu sahaja? “Kau dah besar, boleh fikir kan?” Saya menepuk-nepuk bahunya lembut.

Persoalan yang saya timbulkan hanyalah, adil atau tidak kita perlakukan begitu kepada insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan, seterusnya perit melahirkan kita, dan kini menatang penuh diri kita, tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari. Itupun pada hari-hari tertentu. Jika kita sampai hati lakukan begitu, ucaplah selamat hari ibu hanya pada hari Ahad ini. Hari-hari lain, kita diam membisu dan tidak ada lagi penghargaan buat insan ini.

Bagi saya, setiap hari, setiap bulan, dan setiap tahun akan saya ingati, doakan, hubungi dan ucapkan “Selamat hari Ibu untuk semua ibu-ibu di dunia, terutama kepada ibuku yang bernama Hajah Samsiah binti Kadim. Anak-anakmu akan sentiasa menghargai dan mengingati setiap hari.”



_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, May 7, 2009

KRISIS DI PERAK SEBUAH DRAMA 1MALAYSIA


TENGAH MAKAN PUN KENA TANGKAP

Konflik yang berlaku di Perak semakin lama semakin meruncing. Sebuah negeri yang diperintah oleh Sultan yang sangat berpendidikan dan disayangi, dibinasakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Perlembangaan ditolak mentah-mentah, Sultan yang berdaulat dipinggirkan. Semuanya disebabkan KUASA!. Entah sampai bila kuasa boleh dipegang? Sampai bila?


Sejarah berulang kembali. Mereka tidak belajar dari sejarah yang telah merakamkan segala-galanya. Betullah seperti yang dikatakan oleh George Santayana, “Those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again” (Mereka yang lupakan pengajaran daripada sejarah akan dihukum untuk mengulangi kesilapan mereka berulang-ulang kali)

Riot atau gempuran haram oleh Polis terhadap rakyat jelata mula kelihatan kembali. Rakyat yang memilih pemerintahan, tapi rakyat pula yang dibelasah! Saya tidak menyalahkan anggota polis yang menjalankan tugas ini, kerana mereka hanya mengikut arahan. Walaubagaimanapun, mereka juga harus diberi kritikan. Ayah saya seorang bekas pegawai polis, dan kakak saya pula kini adalah seorang polis. Tetapi mata dan hati saya tidak buta, adakah disebabkan ada dikalangan keluarga saya anggota polis saya akan menutup mata terhadap kesalahan mereka? Kepada anggota polis yang tidak terlibat, syabas saya ucapkan.

Saya suka memetik apa yang dikatakan oleh Farish A.Noor berkenaan dengan Hang Tuah. Seorang lelaki gagah dan perkasa semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Beliau sanggup melakukan apa sahaja, atas dasar TAAT DAN SETIA kepada Pemerintah. Sehinggakan beliau sanggup menikam saudaranya atas dasar TAAT DAN SETIA kepada Sultannya. Kemudian Farish A.Noor mengaitkan kembali KETAATAN membuta TULI Hang Tuah itu dengan keadaan masyarakat Malaysia sekarang. Katanya, “Bayangkan kita hidup di Malaysia yang moden ini bersama-sama sekumpulan Hang Tuah yang sedia mati dan sanggup melakukan kekerasan. Jangan beranggapan hendak mengadakan tunjuk perasaan dan protes yang dilakukan secara aman: Tentu Tuah dan sahabat-sahabatnya akan berada di barisan depan dan membelasah kita semua.”

Kata-kata Farish A. Noor itu memang sudah terjadi tika ini di Perak, Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya disimilasikan oleh para anggota Polis yang TAAT dan SETIA kepada Pemerintah!

Hati saya semakin membuak kepanasan apabila melihat seorang lelaki yang sedang makan ditarik dan ditangkap oleh anggota polis. Adab mana atau budaya mana yang anggota polis ini lakukan? Saya tidak pernah melupakan jasa anggota penguatkuasa, terutama Polis. Tetapi tidakkah kita diajar untuk berfikir sebelum mengikut? Tengah makan pun boleh kena tangkap, adakah kita mahu katakan perbuatan biadap ini sama sahaja seperti zionis? Fikir-fikirkanlah.

BELAJARLAH DARI KEKALAHAN

Saya fikir pihak UMNO akan belajar dari kekalahan yang mereka rasai baru-baru ini di Bukit Gantang. Tapi hampa, mereka tidak belajar dari kekalahan itu. Mesej yang disampaikan oleh rakyat melalui pilihanraya kecil, tidak diendahkan oleh UMNO/BN. Mereka terus angguh mengatakan rakyat masih menyokong perjuangan mereka. Adakah mereka benak atau tuli? Saya akan terus menangis jika negara kita diperintah sebegini macam.


"Patik menjunjung kasih ke atas Sultan yang adil"


*Saya sarankan untuk baca artikel ini: SAIFULISLAM

_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, May 5, 2009

DIALOG KEDUA BERSAMA TASU DUKU


MENCARI KEBERAN BUKAN MENCARI PEMENANG DEBAT

Di bawah ini adalah email kedua yang dihantar kepada saya berkenaan dengan Kristian yang diutarakan oleh Tasu Duku. Untuk memudahkan pembacaan dan membezakan mana jawapan saya dan soalan beliau, saya warnakan merah bagi Saudara Tasu Duku, dan tulisan biasa itu adalah jawapan saya. Moga para pembaca dapat menilainya dengan pandangan akal dan iman. Sekian.

Kepada Tasu Duku: Sebelum saya membalas kembali persoalan saudara, saya ingin jelaskan sesuatu. Perbincangan kita ini bukanlah untuk mencari siapa yang menang dan siapa yang salah, tetapi perbincangan ini tujuannya ialah mencari KEBENARAN. Maka hujah-hujah yang dibawa haruslah berdasarkan kitab suci masing-masing dan kenyataan para sarjana agama masing-masing yang menjelaskan berdasarkan kitab suci masing-masing. Jika saudara dapat menyetujuinya maka saya akan meneruskan perbincangan ini pada masa-masa yang akan mendatang. Di bawah adalah jawapan-jawapan saya terhadap setiap persoalan saudara.


Salam saudara

saya tiada masalah saudara tuliskan dalam blog saudara. silakan.

1. kemungkinan besar saudara tidak membaca ayat alkitab yang saudara paparkan , cuma saudara mungkin menulisnya berdasarkan pendapat orang lain contohnya Dr Ahmed Deedat.
Jawapan saya: Saya mempunyai Bible berbahasa english, dan bible berbahasa Indonesia. Saya mengoreksinya secara tuntas melalui bible dan buku-buku yang ditulis sendiri oleh orang-orang Kristian. Seperkara, mengapa anda memanggilya alkitab, sedangkan Bible bukanlah alkitab kalau mahu dterjemahkan. Bible kalau mahu diterjemahkan harus dipanggil "himpunan buku-buku".


PANDANGAN SAYA: Ayat yang saya maksudkan adlah ayat yang saudara paparkan dalam artikel itu. tapi tidak mengapa lah. "himpunan buku-buku". mmm. satu usul yang baik. mungkin kita perlu beritahu penerbitnya.Hanya untuk sekadar pertanyaan, bukankah Alquran juga terdiri daripada 114 surat/ 30 juz tapi juga disebut Alkitab? tapi bagi saya nama Alkitab sudah tepat.

JAWAPAN SAYA: Menjawab mengenai alQuran. Ya memang benar alQuran mempunyai 114 surah dan 30 Juz, saya mahu bertanya apa masalahnya? Dan ia masih ‘Sebuah Kitab/buku, kerana ia tidak dicerai-cerai sepertimana yang terjadi dalam bible yang kemudian dicantumkan itupun selepas beberapa persidangan yang diadakan antara Christian Theologi dan para ulama’ Kristian.

Antaranya di persidangan yang diadakan di Nicae pada 325 dibawah arahan Pemerintahan Constantine. Dalam persidangan ini hanya Epistle of Jude sahaja yang dikatakan asli dan boleh dipercayai. Manakala buku-buku lain dikatakan meragukan. (Kenyataan ini dinyatakan sendiri oleh St. Jerome salah seorang Sarjana Kristian dan pakar Falsafah. Beliau adalah antara orang yang menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Latin.) Selain daripada itu, saya mahu bertanya pada saudara.

Adakah perkataan Bible terdapat dalam ‘bible’? Kalau saudara teragak-agak untuk menjawabnya, biar saya yang membantu saudara. Perkataan Bible tidak ada satu pun terdapat dalam ‘Bible’ kitab suci yang didakwa oleh penganut Kristian. Manakala perkataan Bible dalam bahasa Greek bermaksud Library of Book yang bermaksud senarai kitab-kitab. Jadi perkatan al-kitab dalam bahasa arab yang bermaksud Sebuah Kitab tidak sesuai untuk maksud Bible.

Menurut Gary Miller, bekas Evangelist Kristian dari Kanada yang telah memeluk Islam menyatakan, “After a through research, it is discovered that BIBLE as a name is not found int the Bible. Nowhere does the bible name itself as a unit. Actually it is a at least 66 seperate writings, which had been bound as one book.”

Berbanding dengan perkatan al-Quran yang sangat jelas terdapat di dalam alQuran. Allah menyebutnya dalam surah Yusuf ayat 2: “Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.” Penggunaan nama alkitab juga disebut oleh Allah: Dan telah kami turunkan kepada kamu al-Kitab untuk menerangkan setiap sesuatu (al-Nahl: 89)

_______________________________________________________
2.jika saudara membacanya, mungkin saudara hanya membaca sepintas lalu atau membaca 2 atau 3 ayat sahaja.

Jawapan saya: bagi sesiapa yang mahu mengkaji Kristian, perkara pertama yang harus dikaji adalah 4 gospel utama atau dikenali dengan nama synoptic. Segala puji bagi Allah, saya sudah membacanya!


PANDANGAN SAYA: Ayat yang saya maksudkan juga adlah ayat yang saudara paparkan dalam artikel itu. Oh nak mengkaji kristian pula.Seperti Islam, Kristian juga banyak denominasinya. Ada kristian yang mengaku Alkitab tuh turun daripada Allah dan ada yang meraguinya ("Tak Full" beragamalah katakan) dan ada yang lansung tidak mempercayainya seperti yang dipanggil kristian saintis. Ada kristian tuh tahu Alkitab turun daripada Allah tapi ajarannya tidak menurut Alkitab. Ada pula kristian tuh menolak perjanjian lama dan hanya mengambil perjanjian baru. tapi bagi saya. tanpa mempelajari perjajian lama kita tidak akan memahami perjanjian baru dan begitulah juga sebaliknya. saya mempelajari Alquran untuk mempelajari intisarinya. Setakat ini, intisari yang saya pelajari dalam Alquran, terus menyokong apa yang saya pelajari dalam Alkitab. saya belum habiskan lagi lah.

ULASAN BUKAN JAWAPAN SAYA : Bagaimana saudara mahu memahami perjanjian baru sedangkan terdapat banyak perbezaan yang berlaku antara perjanjian baru dan lama. Dan perbezaan ini saling bertentangan antara satu sama lain. Seperti ayat yang saya paparkan berkenaan dengan pertentangan ajaran Paul dan Jesus. Jika saudara mengikut ajaran Paul yang majorotinya dari perjanjian baru, maka saudara bukanlah pengikut Jesus tetapi pengikut Paul! Bagaimana saudara boleh kata saudara seorang penganut Kristian sedangkan perkara ini pun saudara tidak dapat membezakannya. Carikan satu pertentangan antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam Quran. Jika saudara menjumpainya, saya akan menganut ajaran Kristian!

_______________________________________________________
3.jika saudara membacanya, saya percaya saudara tidak melihat konteksnya.

Jawapan saya: Adakah konteks yang dilihat saya sama konteks yang dilihat saudara? Sedangkan pengamal Kristian sendiri berbeza-beza dalam meniliai dan mengupas bible dalam pelbagai konteks. Malahan ada yang terus menolak bible dan semua tahu bahawa Bible ada dua versi (protestan dan katolik). Mana satu yang betul, 66 atau 73? Saudara yang harus fikirkan.

PANDANGAN SAYA: Ayat yang saya maksudkan juga adlah ayat yang saudara paparkan dalam artikel itu. konteks yang saya lihat tidak sama dengan saudara. contoh: bukti bahawa ada muslihat disebalik mengapa Paul menganut ajaran Isa dan Farisi berpura-pura memusuhi beliau lihat Acts 19:27-32, iaitu peluang Farisi boleh membunuh Paul tetapi mereka tidak melakukannya, Kerajaan Rom melindungi beliau, lihat Acts 24:24-26, dan banyak lagi Acts 19:27-32 ( mari lihat ayatnya): (27) Dengan jalan demikian bukan saja perusahaan kita berada dalam bahaya untuk dihina orang, tetapi juga kuil Artemis, dewi besar itu, berada dalam bahaya akan kehilangan artinya. Dan Artemis sendiri, Artemis yang disembah oleh seluruh Asia dan seluruh dunia yang beradab, akan kehilangan kebesarannya." 28) Mendengar itu meluaplah amarah mereka, lalu mereka berteriak-teriak, katanya: "Besarlah Artemis dewi orang Efesus!" 29) Seluruh kota menjadi kacau dan mereka ramai-ramai membanjiri gedung kesenian serta menyeret Gayus dan Aristarkhus, keduanya orang Makedonia dan teman seperjalanan Paulus. mmm.... saya rasa bukan ayat ini saudara maksudkan. Untuk melihat konteks dalam Acts 24:24-26 saudara kena membacanya dari Acts 20:21-23 dan Acts 21:27-40 dan Acts 22:1-29 sehingga Acts 24:24-32. (Sebaiknya dibaca seluruh ayat dari bab 20 -bab 24:32 kalaulah saudara rajin). EUSEBIUS, Hist, Eccles. lib. ii. cap. 25 - dibawah pemerintahan kerajaan Roma Simon Petrus dan Paulus dihukum bunuh iaitu dislibkan terbalik dan di pancung.


JAWAPAN SAYA: Anda tidak meletakkan ayat tersebut hingga ayat ke 32. Saya tidak tahu sama ada anda mahu menyembunyikan sesuatu atau anda tidak memahami Bible yang anda sendiri percayai itu.

Biar saya ulang kembali ayat tersebut dari 27 hingga 32.

19:27 Bahayanya ialah bahwa perusahaan kita ini akan mendapat nama buruk. Dan bukan hanya itu, melainkan rumah Dewi Artemis pun akan dianggap remeh serta kebesarannya diinjak-injak; padahal dia dewi yang dipuja oleh semua orang di Asia dan seluruh dunia!"

19:28 Begitu orang-orang itu mendengar itu hati mereka menjadi panas, lalu mereka berteriak-teriak, "Hidup Artemis, dewi orang Efesus!"

19:29 Maka kerusuhan itu meluas sampai ke seluruh kota. Kemudian gerombolan perusuh-perusuh itu menangkap Gayus dan Aristarkhus, yaitu orang-orang Makedonia yang menemani Paulus dalam perjalanannya, lalu menyeret mereka ke stadion kota itu.

19:30 Paulus mau masuk mengikuti mereka, tetapi orang-orang yang percaya kepada Yesus di sana melarang dia.

19:31 Beberapa pembesar provinsi Asia itu pun, yang bersahabat dengan Paulus, menyuruh orang memberitahukan kepada Paulus supaya ia jangan memperlihatkan diri di stadion itu.

19:32 Sementara itu orang-orang yang berkumpul di stadion itu sudah menjadi kacau-balau. Ada yang berteriak begini, ada yang berteriak begitu, sebab kebanyakan dari mereka tidak tahu apa sebab mereka berkumpul di situ.

Dalam ayat ini jelas-jelas bahawa orang-orang Yahudi mempunyai kekuatan yang besar untuk mencari Paul dan menangkapnya dan seterusnya membunuh Paul. Tetapi perkara ini tidak berlaku kerana Paul sendiri mendapat perlindungan dari ‘orang-orang’ tertentu dengan niat untuk menjadi orang dalam bagi menghapuskan ajaran Jesus yang sebenar.


PANDANGAN SAYA: Hanya ada satu jenis Alkitab iaitu 66 buku yang terbahagi kepada perjanjian lama dan perjanjian baru. 7 buku selebihnya diakui oleh prostestan dan katolik bahawa penulisannya tidak diilhamkan oleh Allah. 7 buku itu dipanggil apokripa atau hidden book. katolik menggunakannya sebagai asas pegangan mereka tetapi kurang menggunakan perjanjian lama dan baru. 7 buku itu mengandungi ajaran yang bertentangan dengan ajaran perjanjian lama dan baru. lagipun perjanjian baru (Yesus dan murid- muridNya) tidak pernah memetik daripada 7 buku tersebut.


JAWAPAN SAYA: Saudara tidak jelas dengan kepercayaan Kristian. (sekali lagi saya tidak tahu adakah saudara Kristian atau tidak). Saudara juga tersalah memetik fakta dengan menjelaskan bahawa kedua-dua iaitu Protestant dan Katolik memperakui bahawa Bible mempunyai 66 buah kitab.

Gereja Roman Katolik mengakui bahawa jumlah kitab yang terdapat dalam Bible ialah 73 (46 dalam perjanjian lama dan 27 dalam perjanjian baru). 7 Kitab yang saudara katakan sebagai apokripa itu hanya digunapakai istilahnya oleh Gereja Protestant. Bagi Roman katolik 7 kitab lagi itu dikenali dengan nama Deuterocanonical ataupun second canonical corpus iaitu “Kitab-kitab suci” dan mereka memasukkannya dalam Bible dan memperakuinya. Dan kitab Bible Gereja Roman katolik ini secara generalnya dikenali dengan istilah Vulgate (Rujuk Who wrote the News Testament: The Making of the Christian Myth).

Kenyataan bahawa Roman Katolik memperakui 73 buah kitab dalam Bible dikuatkan lagi dngan kenyatan teks paling berkuasa Gereja Roman Katolik Catechism of the Catholic Church dan disahkan oleh mendiang Pope John Paul 11. Dibawah ini saya tuliskan kembali teks tersebut: “The church accepts and venerates as inspired the 46 books of The Old Testament and the 27 books of the New.” (Catechism of the Catholic Church (Doubleday, New York) 1996)

Manakala Gereja Protestant hanya meyakini dan memperakaui 66 buah kitab. Kitab Bible versi Gereja Protestant dikenali sebagai King James Version (KJV). Dan mereka mengatakan bahawa 7 kitab tersebut adalah senarai kitab yang tersembunyi atau diragui kesahihannya.

Jadi sekali lagi saya tanyakan kepada saudara, Bible manakah yag betul? Jika saudara katakan Protestant maka bermakna Katolik bible adalah palsu. Jika saudara katakan sebaliknya, maka Bible Protestant adalah palsu? Kebenaran harus ada pada salah satunya, jika tidak kedua-duanya adalah palsu dan tertolak!

________________________________________________________

Tambahan, cerita yang merekodkan beliau berjumpa dengan Vision of Jesus pun sudah ada tiga versi cerita yang berlainan dan saling bertentangan. Jadi bagaimana mahu katakan Paul versi bible sama dengan Paul versi al-Quran? Lihat Act 22:9 Vs Act 9:7, Corh 2:9 Vs Isaiah 64:4, dan Act 22:10 Vs Act 22:11-15.


PANDANGAN SAYA: 1.Act 22:9 Vs Act 9:7 Acts 9:7-Maka termangu-mangulah teman-temannya seperjalanan, karena mereka memang mendengar suara itu, tetapi tidak melihat seorang jugapun. Acts 22:9 -Dan mereka yang menyertai aku, memang melihat cahaya itu, tetapi suara Dia, yang berkata kepadaku, tidak mereka dengar. Wah.. kelihatan bertentangan bukan hehehe. Ini sebenarnya kekurangan perbendaharaan kata. mmm.. mungkin saya ilustrasikan seperti ini: Kasih = love, sayang =love, cinta = love. Ini menunjukkan English kekurangan Perbendaharaan kata bagi kasih, sayang, dan cinta. Ilustrasi kedua: Kata "bersalah" tepat seerti " guilty" dalam bahasa inggris.

Tapi tidak ada kata yang tepat bagi kata "bersalah" dalam bahasa kaum Bushmen (Afrika). pembelajaran yang berhati-hati dan teliti menolong untuk menjelaskan dua ayat yang seolah-olah tidak konsisten ini.
Cuba kita lihat ayat ini dalam bahasa (asalnya) yunani(Greek). 29:7 'mendengar suara' -'akouontes.....tes phones' manakala 22:9 'tidak mendengar suara' - 'ten..... phonen ouk ekousan' kata kerja 'akuo' -' mendengar' merujuk, samaada kepada kebolehan telinga untuk mendengar bunyi (lihat Matt 11:15; 13:15) atau kepada kebolehan minda untuk mengerti apa yang didengar (lihat Mark 4:33; 1 Cor 14:2).

Dalam 9:7 kata "suara" atau "voice" (phones) diterjemah dalam kes genitif. Dalam bahasa Yunani, ini menunjukkan teman-teman Saulus/Paulus mendengar hanya bunyi suara itu tapi tidak mengerti. Dalam 22:9 kata yang diterjemah "suara" (Phonen) adalah dalam kes acussatif, dan ini, dengan negatif "tidak", menunjukkan bahawa mereka tidak mendengar dengan cukup nyata untuk mengerti apa yang dikatakan, jika dibandingkan dengan Paulus yang memahaminya (lihat 9:4 'mendengar suatu suara' - 'ekousen phonen') Pemjelasan ini seterusnya disokong oleh fakta iaitu 22:9 menyatakan bahawa mereka "memang melihat cahaya", sementara dalam 9:7 menyatakan "termangu-mangu.....tidak melihat seorang pun".

Mereka melihat cahaya menyilau itu, tapi penglihatan mereka tidak cukup nyata untuk melihat Dia yang menyatakan diri kepada Paulus dalam cahaya itu. Ianya sama dengan memahami bahawa mereka mendengar bunyi suara itu tapi tidak cukup nyata untuk mereka mengerti kata-kata yang dikatakan. Ini dikukuhkan lagi dalam 1 Cor 14:2 - Siapa yang berkata-kata dengan bahasa roh, tidak berkata-kata kepada manusia, tetapi kepada Allah. Sebab tidak ada seorangpun yang mengerti bahasanya; oleh Roh ia mengucapkan hal-hal yang rahasia. Jadi ayat itu saling menyokong. __________________________ 2.Corh 2:9 Vs Isaiah 64:4 1 Cor 2:9 - Tetapi seperti ada tertulis: "Apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, dan tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah timbul di dalam hati manusia: semua yang disediakan Allah untuk mereka yang mengasihi Dia."

Isaiah 64:1- 4 (1) Sekiranya Engkau mengoyakkan langit dan Engkau turun, sehingga gunung-gunung goyang di hadapan-Mu (2) --seperti api membuat ranggas menyala-nyala dan seperti api membuat air mendidih--untuk membuat nama-Mu dikenal oleh lawan-lawan-Mu, sehingga bangsa-bangsa gemetar di hadapan-Mu, (3) karena Engkau melakukan kedahsyatan yang tidak kami harapkan, seperti tidak pernah didengar orang sejak dahulu kala! (4) Tidak ada telinga yang mendengar, dan tidak ada mata yang melihat seorang allah yang bertindak bagi orang yang menanti-nantikan dia; hanya Engkau yang berbuat demikian.


Dengan minda yang teliti dan positif dan ingin mencari kebenaran, sekali baca, kita akan tahu ini bukan cerita mengenai Paulus melihat Tuhan di perjalanan. saya pendekkan sahaja.

Engkau = -Mu = Allah.

allah = ilah/dewa/allah kafir yang bukan Allah.
Jadi ayat-ayat itu saling menyokong. _________________ 3. Act 22:10 Vs Act 22:11-15. Act 22:10-15 sila bandingkan dengan Acts 9:7-17. kita dapati ayat-ayat itu saling menyokong bukannya bertentangan. Dalam Act 22:10-15 Paulus menceritakan secara ringkas mengenai kejadian itu. Manakala dalam 9:7-17 mencerita bagaimana kejadian itu terjadi. Oleh itu tiada cerita tiga versi. ianya cerita yang sama. dan ayat itu saling menyokong antara satu sama lain.


JAWAPAN MUDAH SAYA: Semua yang saudara tulis tidak beerti, kerana bahasa asli Bible ialah dalam bahasa Hebrew (kecuali Hosea dan Daniel yang ditulis dalam bahasa Aramaic). Jadi bagaimana penjelasan saudara dapat menjelaskan pertentangan ini? Kerana saudara menjelaskan dalam konteks bahasa Greek bukan Hebrew!

Maka mana yang betul? Jika penjelasan digunakan dalam konteks Greek, maka penjelasan saudara juga salah kerana bukan dalam konteks yang asli. Maka perntentangan tersebut tidak dapat dijelaskan oleh saudara.


SAUDARA BERTANYA KEPADA SAYA: Saudara apakah ajaran Paulus yang bertentangan itu? JAWAPAN SAYA: Cukuplah saya membawa sebuah pertentangan besar yang dibuat oleh Paul terhadap ajaran Jesus, iaitu Original Sin ( dosa warisan).

Mari kita lihat apa yang dikatakan oleh Jesus dalam Old Testament: “The soul who sins is the one who will die. The son will not share the guilt of the father, nor will the father share the guilt of the son. The righteousness of the righteous man will be credited to him, and the wickedness of the wicked will be charged against him.” (Ezekiel 18:20, NIV)

“Orang yang berbuat dosa, dialah yang akan mati. Anak tidak harus menanggung akibat dari kesalahan ayahnya; sebaliknya, ayah pun tidak harus menanggung akibat dari dosa-dosa anaknya. Orang yang baik akan mendapat ganjaran yang baik karena perbuatannya yang baik. Dan orang yang jahat akan menderita akibat dari kejahatannya.”

Manakala ajaran Paul pula: “Therefore, just as sin entered the world through one man, and death through sin, and in this way death came to all men, because all sinned.” (The letter of Paul to the Romans 5:12, NIV)

“Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dari dosa itu timbullah kematian. Akibatnya, kematian menjalar pada seluruh umat manusia, sebab semua orang sudah berdosa.”

“Nevertheless, death reigned from the time of Adam to the time of Moses, even over those who did not sin by breaking a command, as did Adam, who was a pattern of the one to come.” (The letter of Paul to the Romans 5:14, NIV)

“Namun, dari zaman Adam sampai pada zaman Musa, kematian menguasai seluruh umat manusia. Malah orang-orang yang tidak membuat pelanggaran dengan cara yang sama seperti yang dibuat oleh Adam, orang-orang itu pun turut juga dikuasai oleh kematian. Adam adalah gambaran daripada Dia yang akan datang kemudian.”



Segala puji bagi Allah TUHAN YANG SATU. Sekian..


___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Monday, May 4, 2009

CATATAN MALAM HARI KEDUA

MALAM ITU.

Malam semalam, saya, abang Sab dan Effan mengetuai program Muhasabah diri untuk para peserta. Gabungan metod ala-ala ESQ, ditambah pengalaman saya dan juga abang Sab membuatkan malam itu seperti sebuah malam kembali mengenali asas diri manusia. Manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan, dan manusia tidak akan sunyi dari sebarang kritikan. Malam itu semuanya kembali kepada asas, asas paling utama mengenali bahawa kehidupan yang dipinjam oleh Allah bukan selama-lamanya dapat dirasai. Daripada Allah kita perolehi, dan kepada-Nya juga kita semua akan kembali.

Mainan lagu instrument yang menyentuh perasaan, menggulit perlahan memasuki ruang-ruang hati dan fikiran para peserta. Menyerap perlahan sambil diisi dengan untaian-untaian bermakna untuk bekal adik-adik itu menghadapi cabaran dan dugaaan yang akan mendatang. Lumrah manusia yang mudah terusik apabila berbicara tentang ibu dan bapa. Saya dan abg Sab memanipulasikan lumrah itu untuk menyedarkan adik-adik bahawa kehidupan tidak akan dirasai tanpa kehadiran kedua-dua insan yang bernama Ibu dan Bapa.

Menyedarkan mereka bahawa peri-pentingnya mereka menjaga kedua ibubapa mereka, dan sentiasa menghormati keduanya serta memberi peringatan bahawa redha Allah berada di atas redha ibubapa. Berselang-seli dengan ucapan dari hadith-hadith Nabi serta kalam Allah, sedikit sebanyak memberi bukti bahawa agama sentiasa berkait-rapat dengan kehidupan manusia. Agama sentiasa memandu manusia untuk berjaya, dan agama juga sentiasa memberi petunjuk kepada mereka yang mencari jalan pulang dari kesesatan.


(adik-adik bersama fasi masing-masing)


Segala puji bagi Allah, aktiviti muhasabah diri berjalan dengan lancar. Walaupun ada sebahagian dari adik-adik lelaki yang kurang mengambil perhatian, tetapi kami yakin bahawa sedikit sebanyak aktiviti ini dapat memberi satu suntikan kepada mereka untuk berubah.

“Abang diberi tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti ini bukan kerana abang orang terbaik. Tetapi di sebabkan abang adalah orang yang pernah gagal dalam kehidupan sebagai seorang pelajar dan anak, abang merasakan yang abang perlu berkongsi bersama dengan adik-adik betapa pedih dan peritnya menjadi orang gagal dan tak berguna. Tidak perlu merasai pengalaman jika kita sendiri boleh mempelajari sesuatu dari pengalaman orang lain. Belajarlah untuk belajar, insyaAllah adik-adik semua akan jadi orang terpelajar.” Saya mulakan bicara sambil memerhatikan setiap wajah-wajah adik-adik yang berada di depan saya.

Melihat mereka, saya teringat diri saya ketika berada di zaman seperti mereka. Ketika itu saya tidak punya cita-cita, tidak ada semangat untuk bersaing, dan tidak ada semangat untuk berjaya. Kini apabila saya mempunyai peluang, saya mahu adik-adik di depan saya malam itu untuk tidak merasai seperti apa yang saya rasa. Cukuplah saya sahaja yang merasainya, biar mereka mengecapi kejayaan tanpa jalan yang terlalu payah. Malam itu aktiviti muhasabah berakhri selepas mereka dipulangkan semula kepada fasilitator yang menjaga mereka sepanjang program. Saya puas, abang Sab dan Effan juga pasti puas, kerana dapat berkongsi bersama mereka. Moga ia menjadi azimat kepada mereka.


_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Friday, May 1, 2009

HARI KEDUA DI PULAU TUBA



Hari Jumaat- hari kedua saya berada di Pulau Tuba.

Awal pagi lagi saya sudah berusaha untuk bangun. Penat semalam masih belum hilang. Cuaca panas dan bahang masih lagi mengintai-ngintai batang tubuh kami semua. Subuh di sini 5.45 pagi. Saya sekadar menggosok gigi dan bersiap ala-kadar sebelum turun ke surau untuk solat berjamaah bersama peserta.

Hampa! Tidak ada seorang pun yang datang untuk berjamaah. Pagi itu, saya berasa sedikit kecewa melihat motivasi peserta yang pudar. Manusia memang perlu motivasi, tetapi apabila motivasi tidak disertakan dengan keakraban Tuhan, maka motivasi sekadar motivasi.

Jam 8.30 pagi saya dan semua fasilitator membimbing peserta dengan senaman ponco-ponco. Sejenis senaman tarian dari Indonesia. Saya mengenali senaman ini semasa berada di Perlis. Ketika itu, senaman ini sangat asing bagi saya, senaman tarian! Tetapi selepas 4 kali mengikuti program Sek@MMU yang rata-ratanya menggunakannya sebagai 'senaman rasmi', saya sekarang boleh dikatakan pakar ponco-ponco. :)


(sekitar di makmal komputer)



Kelas IT seperti biasa di jalankan. Kantuk saya tidak tertahan-tahan, mengajar sambil mata tertutup. Adik-adik yang perasan kantuk saya, kadang-kadang menumbuk-numbuk belakang badan saya.

"Bagi segar sikit mata itu bang." Kata Rofidzi sambil tangannya ligat menumbuk-numbuk belakang badan saya.

"Terima kasih." Ujar saya, sekuntum senyuman yang sedikit segar sedikit layu dihadiahkan.

Selepas solat Jumaat, para peserta yang dibahagikan kepada 10 kumpulan mula bersaing antara satu sama lain. Mereka bersaing dalam aktiviti 'Explore Race'. Para peserta diuji dari pelbagai sudut, mental (Soduku), Fizikal (makan mee yang dicampur dengan cencaluk), dan macam-macam lagi.


(makan mee dengan cencaluk. sampai menangis jadinya.)





Malam ini akan diadakan malam kebudayaan, malam terakhir sebelum majlis penutup pada hari esok. Semasa saya sedang kemaskini blog ini, para Fasilitator sedang mempersembahkan pentomen mereka. Kejap lagi pula saya bersama Effan akan 'memberi' tangisan kepada para peserta. Moga semuanya berjalan lancar.. Ameen.



_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, April 30, 2009

CORETAN DARI PULAU TUBA


Alhamdulilah,
Sekarang ini saya berada di SMK Langkawi Pulau tuba. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 jam, sangat memenatkan kami semua. Dari Cyberjaya kami terus menuju ke Jeti Kuala Perlis. Berehat sebentar untuk solat Subuh dan sarapan, kemudian bertolak menaiki feri terus ke Langkawi.

Tiba di Langkawi lagi sekali kami meneruskan perjalanan menaiki bot laju ntuk ke Pulau Tuba. Cuaca yang panas dan bahang, mengiringi kami sepanjang perjalanan. Tapi hati yang penuh dengan erti hidup pada memberi tidak pernah mengendahkannya.

Hari ini adalah hari kedua kami di Pulau Tuba bersama dengan anak-anak pulau yang sangat berdidikasi. Cita-cita mereka menggunung tinggi, harapan mereka pula menjulang ke langit. Biar sesusah mana hidup di pulau ini, mereka tidak pernah berhenti untuk bermimpi! Kami di sini berusaha untuk merealisasikan mimpi-mimpi mereka, InsyaAllah.

Cukuplah sekadar coretan ringkas. Saya mahu sarapan, insyaAllah saya akan kemaskini dari semasa ke semasa.

salam,
Yussamir Yusof
Pulau Tuba, Langkawi.

"Jangan berhenti untuk bermimpi"

______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

Baca Artikel Penuh>>

Wednesday, April 29, 2009

PAUL VERSI QURAN DAN BIBLE SATU PERSOALAN



Saya mendapat email dari seseorang, saya tidak pasti adakah beliau beragama Kristian atau Islam. Saya paparkan persoalan beliau dan jawapan yang saya berikan. Jika ada sebarang kesilapan atau penambahan sila tuliskan di bahagian komen atau emailkan kepada saya.

Salam kepada saudara! saya telah membaca artikel saudara mengenai Paulus di website saudara. ianya sangat menarik cuma saya tidak bersetuju dengannya. disini saya sekadar memaparkan pendapat saya. tidak bermaksud apa-apa.


Selepas membaca artikel saudara itu, saya tidak bersetuju atas sebab-sebab di bawah:

1. kemungkinan besar saudara tidak membaca ayat alkitab yang saudara paparkan , cuma saudara mungkin menulisnya berdasarkan pendapat orang lain contohnya Dr Ahmed Deedat.

Jawapan saya: Saya mempunyai Bible berbahasa english, dan bible berbahasa Indonesia. Saya mengoreksinya secara tuntas melalui bible dan buku-buku yang ditulis sendiri oleh orang-orang Kristian. Seperkara, mengapa anda memanggilya alkitab, sedangkan Bible bukanlah alkitab kalau mahu dterjemahkan. Bible kalau mahu diterjemahkan harus dipanggil “himpunan buku-buku”.


2.jika saudara membacanya, mungkin saudara hanya membaca sepintas lalu atau membaca 2 atau 3 ayat sahaja.

Jawapan saya: bagi sesiapa yang mahu mengkaji Kristian, perkara pertama yang harus dikaji adalah 4 gospel utama atau dikenali dengan nama synoptic. Segala puji bagi Allah, saya sudah membacanya!

3.jika saudara membacanya, saya percaya saudara tidak melihat konteksnya.

Jawapan saya: Adakah konteks yang dilihat saya sama konteks yang dilihat saudara? Sedangkan pengamal Kristian sendiri berbeza-beza dalam meniliai dan mengupas bible dalam pelbagai konteks. Malahan ada yang terus menolak bible dan semua tahu bahawa Bible ada dua versi (protestan dan katolik). Mana satu yang betul, 66 atau 73? Saudara yang harus fikirkan.


4. semua tuduhan saudara terhadap Paulus hanya tekaan semata-mata. ini pula penyelidikan saya mengenai paulus menurut sumber Alquran dan sumber Islamic yang boleh dipercayai. Paulus menurut Alquran: (yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang KETIGA, maka ketiga utusan itu berkata:" Sesungguhnya kami adalah orang-orang diutus kepadamu ". Yasin (36) : 14.

Menurut Abdul-Fida Ismail Ibn Kathir (yang telah diberi kuasa untuk memberi TAFSIR/ komentari) memberi komen ayat diatas seperti berikut: (When We sent to them two Messengers, they denied them both;) means, they hastened to disbelieve in them. (ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; ) beerti, mereka menolak mereka dengan serta-merta (so We reinforced them with a third,) means, `We supported and strengthened them with a third Messenger.

' Ibn Jurayj narrated from Wahb bin Sulayman, from Shu`ayb Al-Jaba'i, "The names of the first two Messengers were Sham`un and Yuhanna, and the name of the third was Bulus, and the city was Antioch (Antakiyah). (kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang KETIGA) beerti ' Kami menyokong dan menguatkan mereka dengan utusan yang KETIGA.Ibn jurayj menjelaskan daripada Wahb bin sulaiman,daripada Shu'ayb Al-Jaba'i, "dua utusan yang pertama bernama Sham'un dan Yuhanna, dan yang KETIGA adalah Bulus, dan kota itu adalah Antioch (Antakiyah) (and they said) means, to the people of that city, ( ketiga utusan itu berkata) beerti, kepada orang di kota itu (Verily, we have been sent to you as Messengers.)

Meaning, `from your Lord Who created you and Who commands you to worship Him Alone with no partners or associates.' This was the view of Abu Al-`Aliyah. Qatadah bin Di`amah claimed that they were messengers of the Messiah, peace be upon him, sent to the people of Antioch." (Sesungguhnya kami adalah orang-orang diutus kepadamu ) beerti, 'daripada Tuhan, Dia mencipta kamu dan Dia yang memerintahkan kamu untuk menyembah Dia Yang Satu dengan tiada pasangan dan sekutu.'

Ini adalah pandangan Abu Al-Aliyah, Qatadah bin Di'amah menyatakan bahawa mereka adalah utusan dari Mesias (Isa SAW). diutus kepada orang-orang Antiok. Reference: http://www.facebook.com/l.php?u=http://www.tafsir.com%2Fdefault.asp%3Fsid%3D36%26tid%3D43384

(Terjemahan bahasa dan huruf besar saya punya.) Lihat, bahawa 3 utusan ini dinamakan dalam bentuk arabik. yang pertama adalah Sham'un iaitu Simon petrus dan seterusnya, Yuhanna iaitu Yohanes. Tumpuan Kita adalah utusan yang ketiga yang dipanggil Bulus.

Menurut website Behind The Name, Bulus bermaksud Paul! (Paulus): BULUS Gender: Masculine Usage: Arabic Arabic form of PAUL (Ref: http://www.facebook.com/l.php?u=http://www.behindthename.com%2Fname%2Fbulus.

Adakah ini "Paul/Paulus yang lain"? Dengan hanya menafikan bahawa ini bukan lah Paulus dalam Alkitab, bukanlah jawapan yang menyakinkan bila mereka tidak memberi penjelasan indentiti " Paulus yang lain". ----Akal budi akan mengungkapkan kepada seseorang dengan hati nurani yang jelas, bahawa Paulus disini sudah tentu dan tidak bukan Paulus yang sama yang disebut dalam Alkitab, memandangkan hanya merekalah utusan yang terlibat diawal penyebaran injil bersama-sama dengan Simon Petrus dan Yohanes.

Sumber Islamic yang boleh dipercayai menyokong kenyataan ini. Contohnya, dalam Qisas Al-Anbiya ditulis oleh ahli muslim Thalabii di pp. 389-390 menyatakan: "Among the apostles and those disciples around them whom Jesus sent out, there were Peter and his companion Paul" " diantara para rasul dan murid-murid itu, yang dikirim Yesus, disitu Petrus dan temannya Paulus" Sumber Islamic yang lain datangnya dari Ibn Ishaq, terkenal sebagai penulis riwayat Muhammad, terdapat dalam tulisannya, Sirat Rasullah (Life of the Prophet): "Those whom Jesus son of Mary sent, both disciples and those who came after them, in the land were: Peter the disciple AND PAUL WITH HIM, (PAUL BELONGED TO THE FOLLOWERS AND WAS NOT A DISCIPLE) to Rome. Andrew and Matthew to the land of the cannibals; Thomas to the land of Babel, which is in the land of the east; Philip to Carthage and Africa; John to Ephesus the city of the young men of the cave; James to Jerusalem which is Aelia the city of the sanctuary; Bartholomew to Arabia which is the land of Hijaz; Simon to the land of Berbers; Judah who was not one of the disciples was put in place of Judas." (p. 653) "mereka yang dikirim Yesus Anak Miriam, murid-murid dan mereka yang datang selepas mereka, di tanah itu adalah; Petrus murid itu DAN PAULUS BERSAMA DENGAN DIA,(PAULUS ADALAH DIANTARA PENGIKUT DAN BUKAN MURID) ke Roma, Andreas dan Matius ke tanah Kanibal; Thomas ke tanah Babel, iaitu di tanah Timur; Filipus ke Carthage dan Afrika; Yohanes ke Efesus kota muda-mudi orang gua; Yakobus ke Jerusalem iaitu di Aelia kota sanctuary; Bartolomeus ke Arabia iaitu ke tanah Hijaz; Simon ke tanah Berbers; Judas bukan murid dipilih untuk menggantikan Judas Iskariot" (p.653) Terpulang kepada kita untuk mempercayainya. Allah memberi kepada kita kapasiti untuk memilih mana yang betul dan mana yang salah. Terdapat dua masalah disini. Pertama, tuduhan mereka terhadap Paulus hanyalah tekaan semata-mata. Kedua, menunjukkan bahawa muslim moden anti-Paulus (saya percaya bukan semua anti-Paulus contohnya muslim Al-Hanif) nyata menentang moyang mereka. mereka bertentangan antara satu sama lain. tejemahan dan huruf besar saya punya.semua salah saya punya. semua yang benar Allah punya



Jawapan: Saya sudah menilai penjelasan saudara berdasarkan kitab tafsir Ibnu Katsir. Pertama, jika benar apa yang saudara katakan, maka ini penjelasan saya. Kenyataan saudara sebenarnya telah memberitahu kepada semua orang bahawa Paul dalam versi al-Quran dan versi Bible adalah dua orang yang berbeza. Andaian: Baik begini, Islam menerima Paulus yang diceritakann dan ditafsirkan dalam quran, tetapi Islam tidak menerima Paul versi Bible yang kesemua ajarannya menyalahi Jesus.

Atas dasar ini, pertentangan inti pengajaran Paul versi Bible dan inti pati dakwah yang dibawa oleh Paul versi al-quran menunjukkan sangat jelas kepada mereka yang waras bahawa kedua-dua orang in bukanlah orang yang sama.
Tambahan itu, tidak mustahil dua orang yang berlainan mempunyai nama yang sama. Sedangkan nama Jesus sendiri banyak digunakan semasa zaman baginda .

Di dalam New Illustrated Bible Dictionary muka surat 658 menjelaskan ada 5 orang yang bernama Jesus ketika zaman baginda Jesus al-Masih (lihat Math 27:16-17, Luke 3:29, Act 7:45 dan Heb 4:8, Col 4:11).
Saya juga mempercayai bahawa Paul yang disebutkan oleh Quran ini adalah muslim dan salah seorang pengikut Jesus. Tetapi saya menafikan bahawa Paul versi Bible adalah pengikut Jesus, kerana beliau tidak pernah berjumpa dengan Jesus.

Tambahan, cerita yang merekodkan beliau berjumpa dengan Vision of Jesus pun sudah ada tiga versi cerita yang berlainan dan saling bertentangan. Jadi bagaimana mahu katakan Paul versi bible sama dengan Paul versi al-Quran? Lihat Act 22:9 Vs Act 9:7, Corh 2:9 Vs Isaiah 64:4, dan Act 22:10 Vs Act 22:11-15.


Kesimpulannya
, Paul versi al-Quran tidak sama dengan Paul versi Bible. Jika saudara sudah percaya kepada Paul versi al-Quran, saudara harus beriman dengan al-Quran dan mengikuti ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Ini adalah jawapan ringkas saya yang ditulis agak tergesa-gesa kerana malam ini saya akan bertolak ke Langkawi. Saya ada program di sana bersama dengan pelajar-pelajar MMU. Jika saudara tidak keberatan saya mahu meletakkan hal ini di blog saya agar semua orang dapat memberikan pandangan mereka. Dan jika ada sebarang persoalan lagi, saya mengalu-alukan saudara untuk menghantar email kepada saya lagi. Sekian.

_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

Baca Artikel Penuh>>

Monday, April 27, 2009

BILA UKHWAH HANYA DI BIBIR



Baca Artikel Penuh>>

Friday, April 24, 2009

ALLAH LEBIH MENGETAHUI


“Kenapa pula saya perlu bayar, sedangkan benda ini bukan salah saya.”

“Jangan banyak cerita, bayar saja kompaun ini.” Pekerja KTMB tersebut menunjukkan buku kompaunnya kepada saya.

“Kalau saya bayar, menunjukkan saya bersalah!” Titik. Saya tidak mahu bayar walau sesen pun kepada pihak KTMB. Semua ini gara-gara pekerja KTMB yang menjual tiket di stesyen Putra. Saya minta tiket ke Serdang, selepas membayar tiket yang berharga Rm3.10 saya terus berlalu menuju ke tempat menunggu. Keadaan petang itu sangat sibuk, kepadatan penumpang di dalam komuter juga meresahkan dan merimaskan. Tidak terfikir di kepala saya untuk menyemak tiket tersebut sama ada betul atau tidak.

Lebih kurang 9.10 malam komuter yang saya naiki tiba di stesyen Serdang. Seorang pekerja KTMB bersedia di hadapan pagar stesyen untuk mengambil tiket-tiket dari penumpang. Belum sampai 5 minit melepasi pagar stesyen Serdang, saya dipanggil dengan kasar. Seolah-olah saya melakukan kesalahan besar.

“Ada apa?” Saya bertanya, walaupun dalam hati sangat sakit hati dipanggil seolah-olah saya melakukan jenayah besar!

“Ini tiket engkau bukan ke Serdang tapi ke Rawang.”

“Ha!” Saya terkejut.

Setengah jam saya berada di bilik KTMB. Berdiri di depan pegawai yang sedang berborak di telefon, tanpa di pelawa untuk duduk yang kebetulan ada sebuah kerusi di situ. Pekerja yang ‘menangkap’ saya tadi memaksa saya untuk membuat pembayaran sebanyak Rm30 sebagai denda. Saya tetap berdegil, sebab kalau saya bayar ini bermakna saya mengaku yang saya membuat kesalahan tersebut, sedangkan saya tidak lakukan!

Pekerja tadi mengugut saya untuk dibawa ke balai polis. Dia kononnya mahu menggertak saya dengan mencari-cari nombor telefon polis bantuan.

“Abang kalau nak bawa saya ke balai sekarang pun tidak mengapa.” Dia mengangguk-anggukkan kepala, tidak tahu apa yang dia anggukkan kepala. Sudahlah tidak berbudi-bahasa, mahu menggertak saya dengan cara tersebut.

“Bapa saya pegawai polis yang diseganilah di Johor Bahru, nak takut apa!” Nak sahaja saya cakap begitu, nasib baiklah bapa saya sudah pencen!


PROVE BY EVIDENCE
Tidak berapa lama selepas penat menunggu dan berdiri di pejabat tersebut. Seorang pegawai di situ berjumpa dengan saya. Pada mulanya saya masih lagi berdegil, tetapi disebabkan budi bahasa pegawai tersebut yang cukup lunak dan pekerti. Saya mula mengkendurkan pendirian saya, lagi pula bukti sudah tertera di tiket tersebut. Walaupun saya benar sekalipun, jika dibawa ke muka pengadilan saya tetap bersalah kerana cuai untuk memastikan tiket yang saya beli.

Teringat saya kisah tentang Saidina Ali yang ketika itu sebagai Amirul Mukminin, beliau kalah dalam pengadilan mahkamah dalam menuntut hak baju besinya yang dicuri oleh seorang Yahudi. Walaupun Hakim Syuraikh tahu bahawa Saidina Ali tidak mungkin berdusta, tetapi disebabkan bukti yang ada, manakalah saksi pula hanyalah seorang iaitu anaknya - ada kemungkinan anak khalifah akan memihak kepada bapanya- maka kes tersebut dimenangi orang yang mencuri baju besi Saidina Ali. Ini membuktikan Islam mementingkan bukti yang jelas bukan sekadar kenyataan walaupun kenyataan tersebut datangnya dari seorang yang adil atau berjawatan tinggi.

Teringat kisah itu, saya mengalah. Tetapi mengalah saya tidak bererti saya mengaku saya melakukan kesalahan tersebut. Sebelum keluar dari pejabat tersebut, saya sempat menegur perbuatan pekerja tersebut yang bersikap kurang ajar dan tidak berbudi bahasa.

BERBUDI BAHASA-LAH
“Abang perlu belajar macam mana nak berbudi bahasa dengan pegawai abang ini. Hati keras boleh lembut bang kalau kita cakap baik-baik. Bukan nak keras-keras saja.” Kemudian pekerja tersebut menyalami saya, terukir senyuman dibibirnya. Saya menjangkakan sebuah hamburan kata-kata kesat, tetapi ternyata keikhlasan saya menegur dapat diterima dengan baik.

Masyarakat Malaysia penuh dengan budi bahasa dan sopan-santun terutama bangsa Melayu. Kenapa mahu ketepikan perkara mulia itu dalam kehidupan yang semakin mencabar sekarang? Kita perlukan itu untuk memujuk hati-hati manusia yang berpendirian. Kita perlukan budi bahasa untuk mengajar erti hidup bermasyarakat. Kita hidup dalam kota mahupun di kampung-kampung bukan sendirian, kita hidup persis sebuah keluarga yang besar. Islam mengajar kita untuk bercakap dengan baik dan mengajar kita untuk menjadi seorang muslim yang berakhlak.

Akhlak mencerminkan keimanan seseorang, kerana ia hasil dari keimanannya. Orang yang tidak beriman, tidak akan terpamer akhlaknya. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah saw menyatakan, “Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.” (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su'ul Khuluq). Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah saw berkata, “Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Moga kita sama-sama menjaga akhlak dan sentiasa menambah-baik akhlak yang sedia ada. Walaupun seharian saya berasa ‘depress’ selepas kejadian tersebut, saya bersyukur kerana ini memberikan saya pengajaran dan saya mengharapkan ada hikmah di sebalik semua yang Allah tentukan ini. Tidak ada perkara yang sia-sia Allah ciptakan di muka bumi ini, kepercayaan itu terus tersemat di hati saya. Saya mendoakan agar ada perkara yang lebih baik akan mendatang selepas ini. Kekurang RM30 tersebut, moga Allah kurniakan yang lebih baik daripada itu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui .” [al-Baqarah 2:216]

Baca Artikel Penuh>>

Friday, April 17, 2009

KENANGAN KEMBALI MENGGAMIT


-teka mana saya.-


Ini lah saya pada tahun-tahun pertama saya bersama dengan rakan-rakan dari Institusi Usrah. Kenangan ini akan terus tersemat dalam ingatan. Sebuah ikatan yang takkan putus sampai bila-bila. Terima kasih kerana kebersamaan kita, sedikit sebanyak mengajar kita erti kehidupan bersahabat dan erti hidup berkeluarga dalam sebuah persatuan.





Terima kasih pada Tekong sebab tag gambar paling atas itu di facebook. Kalau tidak , hilanglah segala bukti kenangan itu..hehehe...Teringat masa mula-mula masuk MMU, terutama bila aktif dengan Institusi Usrah. Sampai-lah pencen dari jawatan sebagai Timbalan Presiden 1..huhu

Terima kasih semua..

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, April 16, 2009

SEBUAH MAINAN HATI


Cuaca politik semakin tidak menentu, persis menangisi keresahan dan kerunsingan jiwa. Soal liwat atau tidak persis mentertawakanku tentang soal cinta dan perasaan. Gundah gulana Si Isteri melihat Si Suami terbaring sejuk di jeriji besi, persis memperkatakan kepadaku bahawa aku belum cukup kuat membelah badai di lautan seribu keresahan. Keresahan yang berputik dari ketidaktentuan hujung dan pangkalnya sebuah perhubungan.

Kalau Franklin Roosevelt dan Joseph Stalin pernah duduk semuka bersetuju menubuhkan gagasan sebuah dunia tanpa kolonialisme, maka hati dan perasaan juga harus duduk semuka untuk berdiam seketika menunggu sebuah jawapan pasti. Tapi hati dan perasaan masih bergelojak, meminta sebuah kepastian yang serasa sukar.

Nama-nama tokoh dalam dunia Falsafah terus berputar-putar. Leibniz, Bergson, Alexander dan Whitehead dari aliran minoriti Falsafah yang berjaya memecahkan kebuntuan Dualisme Descarte sentiasa membuatkanku cemburu. Mereka berjaya memecahkan kebuntuan yang mengelilingi diri mereka yang kemudian berjaya menyambung kembali aliran kesatuan Falsafah Klasik Yunani yang dipelopori oleh Aristotle. Tetapi aku masih dalam kebuntuan. Kebuntuan yang tidak tahu bagaimana untuk memecahkannya.

Nilai-nilai kritis yang dikuasai oleh ahli-ahli Falsafah ini sekali lagi membuatkanku rasa kerdil. Kehebatan minda dan kritikalnya mereka berfikir membuatkanku terasa tidak krititkal dalam menilai dan menimbang-tara sesebuah keputusan yang aku lakukan. Tapi aku sedar, dalam menilai dan menimbang-tara sebuah cinta amat sukar. Kerana cinta itu hadirnya tidak diundang, perginya tidak dirasa. Namun sebuah cinta pasti terukir indah jika Sang pengukir berjaya memahat sedalam mungkin benih-benih cinta. Benih yang tumbuh dari dua hati yang suci dan dari dua hati yang sentiasa mendambakan cinta demi cinta-Nya.

Cinta itu juga adalah falsafah. Kerana soal benar atau salah ia terletak betapa relatifnya kita. Ia subjektif yang memungkinkan kebenaran pelbagai jawapan, dan sama sekali menolak nilai objektif. Hitam dan putih, cantik dan hodoh, pandai dan bodoh semuanya subjektif. Ia dinilai melalui sudut pandang dan mata yang memandang.

Hati terus melayang, melayang tinggi menggapai awan yang nun jauh di sana. Resah hati terus-menerus menikam kalbu, gundah jiwa terus mengcekam. Tapi hati sedar yang cinta dan kasih tetap untuknya, walau perlu menunggu lama. Kerana cinta itu hadir dari-Nya, bukan datang dari langit tapi datang dari hati.

Baca Artikel Penuh>>

Wednesday, April 15, 2009

CERPEN TERSIAR


Alhamdulilah, segala puji bagi Allah.
Sebelum ke Setiawangsa untuk menolong di Islamic Information and Service (IIS) bersama rakan-rakan Friendly Comparetive Religion yang lain, saya sempat menyelak majalah I yang dibeli sahabat saya. Sebuah cerpen saya tersiar di majalah tersebut, cerpen yang bertajuk “Sebuah Perjuangan”.

Sebelum ini tulisan saya tersiar di Majalah Milenia yang bertajuk “Hadith Mauduk di bibir para penyanyi”, dan saya berharap tulisan-tulisan saya mendapat tempat di majalah selepas ini lagi. Sesungguhnya perkara ini membuatkan semangat saya bertambah-tambah untuk berdakwah melalui pena. Moga Allah membantu dan memudahkan segala urusan.

Dapatkan Majalah I bulan ini.

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, April 14, 2009

SEBUAH HARGA SIMPATI

“Terima kasih, terima kasih.” Berulang kali 6 orang warga Sri Lanka itu mengucapkan terima kasih kepada saya. Perasaan simpati saya terhadap mereka menguasai diri saya. Perasaan lega dan syukur juga saya panjatkan. Kalau tidak disebabkan saya mendapat aduan bahawa ada orang luar sedang tidur di surau, pasti saya membiarkan mereka melepaskan lelah semalam di situ. Tetapi keadaan memaksa saya, simpati itu saya letakkan tepi dahulu dan tanggungjawab di dahulukan.

“Ada berapa orang dalam surau itu?” Pekik suara pengawal yang bertugas malam itu dicorong telefon bimbit saya. Memekakkan telinga, tetapi memang itu perangai dia. Saya membalas lembut, malas mahu melayan kerenah orang-orang tua yang tidak beradab. “Ada 6 orang, semuanya bukan pelajar.” Selepas memberikan maklumat secara detail saya mematikan telefon. Saya dikhendaki menunggu mereka dan membuat tangkapan secara bersama. Aduh! Saya tidak mahu terlibat, tetapi terpaksa.

Selepas mengejutkan mereka, saya dan dua orang lagi pengawal mengiring mereka turun ke bawah dan terus ke van. Pada mulanya mereka teragak-agak untuk masuk ke dalam van, tetapi tidak beberapa lama, seorang daripada mereka menyuruh rakan-rakan yang lain akur. Saya kagumi sikap mereka, yang tidak melawan dan tidak banyak cakap. Mereka akur, mungkin mereka sedar yang perbuatan mereka ini adalah satu kesalahan yang besar.

Sampai sahaja di pejabat pengawal saya cuba berborak dengan mereka. Apa yang dijelaskan kepada saya, kontrak mereka bersama dengan majikan di sini sudah ditamatkan. Rumah sewa mereka pula perlu dikosongkan kerana tuan rumah mahu menyewakan kepada orang lain.

“Ini malam saja kami semua mahu tidur. Itu tadak lama, esok pagi kami keluar. Itu tadak buat kacau punya.” Seorang daripada mereka mengadu pada saya, saya sekadar mengangguk.

“Jangan hantar sama polis la incik.” Seorang lagi mengharapkan simpati dari saya. Gusar dibuatnya saya, pengawal tadi sedang menelefon pegawai atasannya di dalam bilik.

“Kamu semua Muslim?”

“Saya dan dia sahaja Muslim, yang semua itu bukan.” Lelaki pertama yang berborak dengan saya tadi bersuara sambil menunjukkan kawannya yang Muslim.

“Kamu semua tunggu dulu, saya mahu cakap dengan itu orang.” Tidak sanggup saya melihat mereka untuk dibawa ke balai polis. Mereka ada permit, cumanya mereka tersilap dengan memasuki kawasan hostel tanpa kebenaran.

“Kami semua cari makan saja incik. Tadak kacau itu orang.” Ah, memang benar-benar simpati menyelubungi seluruh jiwa saya.

Bulan 12 ini saya mahu berkelana ke negara orang berseorangan. Bagaimana jika kejadian ini tertimpa pada diri saya? Adakah dengan menolong melepaskan kesusahan saudara seakidah saya ini, dapat memberikan kebaikan pada saya pada masa-masa akan datang? Secara tidak langsung ingatan saya membawa kepada sebuah hadith yang pernah saya baca di kitab Bulughul maram:



''Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang muslim dari kesusahan dunia, Allah SWT akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat; barangsiapa memudahkan seorang yang mendapat kesusahan, Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat; dan barangsiapa menutupi (aib) seorang Muslim, Allah SWT akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat; dan Allah SWT akan menolong hamba-Nya selama ia menolong saudaranya.'' (Hadis direkodkan Imam Muslim)

Setelah berbincang dengan pegawai yang ada dalam pejabat tersebut. Saya memberanikan diri menggunakan jawatan saya untuk bertanggungjawab terhadap mereka, dengan melepaskan mereka. Alhamdulilah, pegawai-pegawai yang berurusan dengan saya sangat memahami. Mereka turut bersimpati dengan pekerja-pekerja Sri Lanka tersebut. Menurut mereka, mereka memang berniat untuk melepaskan pekerja-pekerja tersebut atas budi-bicara dan simpati kemanusian. Syukur saya panjatkan.

Malam itu jam 4 pagi, saya dihantar pulang ke hostel oleh pihak pengawal. Perasaan saya berbaur, antara gembira dan terharu. Terharu apabila mereka tidak habis-habis mengucapkan terima kasih kepada saya, dan gembira kerana saya dapat melepaskan kesusahan saudara saya. Mungkin itu yang membezakan kita sebagai Muslim dengan orang-orang bukan Islam. Kita diikat dengan ikatan persaudaraan atas akidah yang sama. Mungkin akan ada orang yang mempersoalkan tindakan saya, tetapi insaflah, apabila anda berada di kedudukan saya ketika itu. Pasti anda juga akan membuat perkara yang sama.

“Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang hamba (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.'' (Hadis Muttafaqun'alaih.)

Moga Allah mempermudahkan urusan saya selepas ini....

____________________________________________________________________________

PENGUMUMAN

1-InterfaithTalk : Modern Life Vs. Religion
Date : April,15th 2009 (Wednesday)
Time : 8.00 pm onwards
Venue : XR 1001

2- Friendly Comparetive Religion Intensive Course 2 day.
Date: April, 18&19th April (Saturday and Sunday)
Time : 8.00 am- 5pm
Venue : Islamic Information and Service Foundation (IIS) Setiawangsa.
Fees: Student RM100, Non-Student Rm120.

Baca Artikel Penuh>>

Monday, April 6, 2009

ISLAMIC LEADERSHIP PROGRAM

Assalamualaikum,

When non Muslims ask questions about Islam, how would you answer them? Many of us feel inadequate and scared to talk about Islam with our friends or to discuss about it with the non-Muslims. With the Islamic Leadership Program, we hope to help you to become confident with your faith as a Muslim, to train you on how you can overcome these problems and gain some perspective on doing Dakwah.

Islamic Leadership Program

Date: 11th and 12th April 2009
Venue: MMU Lecture Room (to be announced)
Time: 8.00 am to 6.00 pm

Speakers & Topics:
1. Dr Hasmadi - Dakwah in theory and practical (Psychology)
2. Mr. Abdul Aziz - Dealing with people during Dakwah
3. Sister Lana - Knowledge for doing Dakwah
4. Sister Rose Lainy - Dakwah presentation skills


Interested? Send your contact details (name, ID, phone and email) to:

Sisters: Norain Shari naskinsakura@ gmail.com @ 019 3659503
Brothers: Mohammed Hamza Mohammed Shafeek mshafeek117@yahoo.com/ 0193659187
Mohammed Fouz Mohammed Nafees mnafeez@yahoo. com at YM
Muhammad Naim Mukhtar jaja_best_gile at y!

Also lots free books & Quran for participants!
Please forward this to your friends, and hope to see you there!

Wassalam.

Baca Artikel Penuh>>

Friday, April 3, 2009

AGAMA DAN SIASAH DIPISAH ATAU DIAPIT?


“Agama dan politik tidak boleh dibawa bersama, agama adalah agama dan politik adalah politik dua-dua tidak sama. Orang agama hanya duduk di masjid, biar orang yang macam kami ini sahaja yang menerajui Negara. Kamu semua mana tahu apa kami buat. Dalam Quran tiada cerita pasal Politik.” Mungkin ini antara kata-kata yang pernah kita dengar atau pernah kita terdengar daripada ‘Tokoh’ politik Malaysia.

Keluhan demi keluhan dapat saya dengari disekeliling saya apabila suara-suara ini berkemundang dalam pelbagai medium. Saya tidak tahu mana silapnya kita semua dalam memahami konsep politik dan agama, adakah kita memang tidak pernah diajar mengenai agama sejak dari bangku sekolah? Tidak mungkin.

Adakah kita terlalu sensetif atau prokatif apabila membincangkan isu ini secara umum? Sehinggakan pelbagai peraturan dan sekatan dilakukan bagi menyekat pencambahan ilmu dalam bidang politik di kalangan para pelajar khususnya Mahasiswa. Jika begitu apa yang boleh dibincangkan, setelah pintu untuk memahami secara ilmiah konsep politik ditutup rapat-rapat. Selain itu, dengan mengenakan syarat bahawa perbincangan tentag politik boleh dibahaskan, tetapi hanya berputar pada skop yang kecil dan yang ‘baik-baik’ saja, maka adakah itu dipanggil wacana ilmiah? Sedangkan kita tahu dunia politik ada pelbagai ragam dan recam.

Berbalik kepada isu di atas iaitu adakah agama dan politik ini dibataskan, saya mahu mengajak para pembaca untuk berfikir sejenak tentang perkara ini. Adakah agama tidak ada tempat dalam politik dan politik itu hanya untuk orang-orang yang bukan beragama?

Saya tidak pasti adakah persoalan ini releven untuk ditanya ataupun tidak. Tetapi pada hemat saya, pemikiran atau ideologi untuk memisahkan politik dengan agama adalah sesuatu yang pelik dan jumud. Hanya mereka yang tidak beragama sahaja memisahkan dua pentas ini dari kehidupan. Sejarah membuktikan bahawa pemisahan ini adalah inisiatif daripada golongan anti-gereja. Kekecewaan mereka terhadap penguasa gereja yang hanya bertumpu dan berkisar kepada urusan keagamaan sehinggakan melupakan kemajuan dari segi politik dan pembanggunan membawa kepada pemberontakkan.

Setelah beratas tahun peristiwa itu berlaku, ia mula mengulang kembali dalam abad-abad yang moden ini. Pemisahan antara politk dan agama amat ketara. Ulama’ yang muktabar pandangan-pandangan mereka terhadap siasah tidak pernah diambil peduli. Tidak seperti semasa zaman kegemilangan Islam, Ulama’ dan Umara’ memainkan peranan yang besar dalam pembentukkan negara yang aman dan maju. Metod Siasah (politik) Islam mula dianggap tidak sesuai untuk zaman moden yang mencabar ini. Mereka menoleh kebelakang mencari metod-metod lama yang ditinggalkan Machiveli, Marxism dan lain-lain bagi perjalanan politik mereka.

Negara-negara Islam mula mengikut corak politik kotor dan ‘tidak peduli’ tanpa berlandaskan tuntutan agama sudah mula kelihatan. Parti-parti yang di dalamnya terdapat Muslim, bercakaran sesama sendiri kerana perbezaan yang kecil. Persamaan dalam sudut akidah mula diketepikan, dan nasihat-nasihat yang baik dari pihak lawan ditinggalkan kerana takut. Takut dengan bayang-bayang sendiri.

Jika kita boleh duduk semeja dan berbincang semeja dengan orang yang bukan seakidah, tetapi kenapa kita tidak boleh duduk semeja untuk membincangkan kebaikan bersama di kalangan seakidah? Itulah yang terjadi apabila agama dan politik dipisahkan sejauh selat Tebrau. Mana mungkin negara diberkati Allah.

Zikir dan fikirlah, demi anak bangsa kita pada masa hadapan.
“Jika amanat disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya”. Ada yang bertanya “bagaimana menyia-nyiakannya? Baginda menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya”.(Bukhari)

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, April 2, 2009

SELAMAT TINGGAL PAKLAH


Setelah mendapat tahu bahawa Dato Seri Najib akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 esok pagi, saya tidak tahu untuk beraksi bagaimana; Gembira? Kecewa? Atau Sedih?

Saya masih termangu, saya tidak tahu adakah ini akan menjadi sejarah yang baik atau buruk bagi Malaysia. Saya juga tidak tahu bagaimana pula generasi yang akan datang menilai dan melihat tokoh ini (layakkah dipanggil tokoh?). Apa pun saya sebagai seorang Mahrain yang pada waktu ini hanya boleh menonton dari jauh, mengucapkan selamat menjalankan tugas sebagai pelayan rakyat! Bukan pemeras rakyat!



Sehingga sekarang saya masih menunggu kelahiran seorang tokoh dan pemimpin yang bercirikan kepimpinan Umar ibnu Aziz. Kerana saya tahu, aras pengukur bagi manusia hanya sehingga ke tahap itu, tidak lebih dari itu. Kerana Rasulullah dan Khalifah ar-Rasyidin yang empat adalah legasi yang sangat hebat! Mungkin corak boleh diikuti, tetapi menjadi seperti mereka tidak akan sesekali. Moga generasi saya, ataupun generasi selepas saya akan mewujudkan figura itu.

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke-5 Malaysia mula mengira-ngira masa untuk melangkah keluar dari Sri Perdana. Bohong jika kita kata beliau tidak berbuat apa-apa untuk negara Malaysia. Mana yang baik dan kejayaan pernah beliau lakukan, kita harus akui dan memberikan penghargaan ke atas kejayaan tersebut. Benar, di bawah pemerintahan beliau ekonomi Malaysia dan pembanggunan Malaysia jauh dari apa yang kita harapkan. Bukan salah beliau seorang, banyak faktor. Antara faktornya, beliau dikelilingi pembantu-pembantu yang tidak ada kredibiliti dan penuh dengan korupsi.

Payah dan memang payah. Bila ketua baik, dan boleh menerima pandangan, para pembantu pula buat hal. Bila para pembantu baik, ketua pula keras kepala dan tidak mahu dengar pandangan orang bawah. Dunia politik semuanya boleh dan jadi!

Saya salah seorang dari 27 juta rakyat Malaysia mengucapkan selamat berpencen dan semoga Pak Lah dan keluarga sihat dan selamat sejahtera. Jasamu akan dikenang! Dalam sejarah, perlantikan Perdana Menteri diselebungi dengan jenayah yang belum diselesaikan. Moga Allah terus melindungi negara Malaysia dari perkara yang tidak baik. Sejarah ini akan menjadi bahan gelak dan kritikan generasi yang akan datang. Saya pasti!

Baca Artikel Penuh>>