Saturday, October 31, 2009

ANDA LAYAK BERPOLIGAMI?


“Kalau diberi peluang untuk beristeri lebih dari seorang, encik nak tak?” Seorang lelaki tua berbaju biru tiba menyoal saya.

“Eh, kenapa pakcik tanya macam tu?” Saya terkejut, tetiba ditanya. Pakcik tadi memuncungkan mulutnya pada buku yang sedang saya baca.

“Ohhhh…” Patutlah, pakcik di sebelah saya ini turut tumpang sekaki membaca buku yang sedang saya baca.

Perjalanan dari KL Sentral ke Seremban menaiki Komuter seperti sebuah perjalanan yang panjang. Dengan kelewatan yang berpanjangan, dan orang ramai yang terlalu mementingkan diri membuatkan saya malas untuk berebut-rebut untuk masuk ke dalam komuter. Saya mahu naik komuter yang seterusnya, walaupun lambat sejam.


Saya buka buku Ask Brother Shah yang sedang saya terjemahkan. Membaca kembali tajuk Why Poligamy membuatkan saya bertambah sayang dengan Islam. Tidak sangka pula, pakcik yang berada di sebelah saya turut ikut membaca secara ‘curi-curi’.


“Mengapa Islam mempromosi Poligami? Bukankah lebih baik beristeri seorang sahaja seperti agama Kritian dan Hindu.” Soalan ini sering diajukan apabila idea poligami disuarakan.


Lebih-lebih lagi apabila Seminar perbandingan agama dijalankan. Soalan ini bukan sahaja ditanya oleh orang bukan Islam, malahan orang Islam sendiri!

Pertamanya, kita perlu membetulkan salah faham yang mengatakan Islam mempromosi Poligami. Yang sebenarnya, poligami telah wujud beratus tahun sebelum al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallahu-alaihi wasalam. Malahan dalam al-Quran tidak ada satu pun ayat yang boleh difahami bahawa Islam mempromosi poligami.


Apa yang Al-Quran jelaskan hanyalah batasan maksimum seseorang suami boleh memiliki isteri. Sepertimana yang disebutkan dalam surah an-Nisa 4:3, “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”


Sebelum turunnya ayat di atas, Poligami adalah sesuatu perkara yang biasa di kalangan kaum lelaki di seluruh dunia. Poligami yang diamalkan tiada batasan, lelaki boleh memiliki seberapa banyak wanita yang ingin dikahwini. Dua, tiga, sepuluh mahupun seribu, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang.


Menariknya, keizinan untuk berkahwinan lebih dari seorang sehingga kepada empat mempunyai syarat yang ketat, iaitu KEADILAN. Sememang untuk berlaku adil terhadap para isteri adalah sukar, sepertimana yang diperingatkan oleh Allah dalam surah an-Nisa ayat 129, “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


“Betul ke agama Kristian dan Hindu melarang penganutnya beristeri lebih dari seorang.” Pakcik sebelah saya tanya ragu-ragu. “Eh macam tipu je..” Saya pandang muka pakcik tersebut. Dalam hati saya, “Dia tanya kita, dia jawab balik.”


Ya memang benar. Dakwaan bahawa agama Kristian dan Hindu melarang penganutnya berpoligami adalah tidak benar.

Misalnya agama Kristian, di dalam kitab suci mereka yang bernama Bible, penuh di dalamnya merekodkan bahawa Nabi-Nabi mereka berpoligami.

Misalnya Nabi Ibrahim direkodkan bahawa mempunyai tiga orang Isteri, iaitu Sarah, Hajar dan Keturah (.Bible: Genesis 25), Nabi Daud mempunyai banyak Isteri (Bible : 2 Samuel 12:2), dan Nabi Sulaiman mempunyai Tujuh ratus isteri dan Tiga ratus gundik (Bible: 1 Kings 11:3).

Catatan-catatan bible tersebut, sebenarnya telah menafikan dakwaan bahawa Kristian mengharamkan Poligami. Begitu juga dengan agama Hindu, tidak ada satu ayat pun dalam kitab suci mereka mengharamkan Poligami.

Malah di dalam kitab-kitab suci mereka seperti Kandha Puranam, Ramayana dan Srimad Bhagavatam, ada merekodkan Tuhan-tuhan mereka mengamalkan Poligami.

Misalnya Krishna mempunyai 16,081 isteri, dan Raja Dasharata (Ayah kepada Rama) mempunyai tiga orang isteri; Kousalya, Sumitra dan Kaikeyi.

Sekali lagi, catatan-catatan dari kedua-dua kitab suci agama ini telah menafikan dakwaan bahawa agama mereka menolak poligami!


Poligami dalam Islam tidak dilihat hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu lelaki, tetapi ia sebagai mekanisma sesebuah masyarakat meletakkan beban tanggungjawab yang lebih kepada mana-mana lelaki yang sanggup untuk mempunyai lebih isteri. Malahan sistem ini memberi perlindungan yang sangat besar kepada wanita.

Tidak seperti perempuan simpanan, isteri kedua, ketiga, dan keempat di dalam Islam dilindungi sepenuhnya dan mereka mempunyai hak keatas perundangan. Perkahwinan mereka diakui.

Anak yang mereka lahirkan adalah anak sah, dan jika suami mereka meninggal, isteri-isteri dan anak-anak si suami dijamin mendapat harta warisan mengikut sistem faraid.

Saya membuat kesimpulan sendirian; tanpa dipengaruhi pakcik di sebelah saya. Bahawa, mereka yang memandang poligami sebagai sistem yang menindas dan tidak elok, kerana mereka melihat dan memahaminya dari sudut pandangan manusia biasa, tidak berdasarkan akal rasional dan releven.

Sebagai seorang Muslim saya berbangga dan bersyukur bahawa Islam menyediakan sistem yang cukup baik untuk manusia. Malahan para wanita harus bersyukur bahawa Allah telah membina sistem poligami yang sebenarnya manfaatnya lebih banyak untuk wanita berbanding lelaki.


“Jadi, sekarang ini pakcik nak berpoligami-lah?” Tanya saya sebelum menaiki komuter yang sudah sampai.


“Err.. Pakcik tak mampu, seorang pun tak terjaga.” Kelihatan gigi yang rongak bila pakcik tersebut senyum pada saya. Saya menganggukkan kepala, kemudian terus tenggalam dalam kesesakan manusia di dalam komuter.




____________________________________________________________________


© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, October 22, 2009

CATATAN SEMALAM MENCARI REDHA



Semasa Padang mengalami gemba bumi dan ramai yang terbunuh. Berbagai perasaan berbaur, ada sedih dan ada juga syukur.

Syukur kerana Malaysia di luar garisan gempa.

Sedih kerana ramai sahabat saya berada di situ.

Minda bawah sedar saya merenung kembali mencari-cari pengalaman semasa berada di Padang setahun lepas. Saya berkunjung di atas tiket Kajian Kebudayaan, Sosial, Ekonomi dan Agama, khususnya yang berkaitan dengan remaja, yang ditaja oleh Multimedia Universiti.

Kunjungan selama seminggu membuahkan silatur-rahim yang erat antara Delegasi MMU dengan wakil pelajar Universiti Andalas, Padang.

Saya secara peribadi mempunyai seorang kenalan rapat di sana. Maldo, seorang pelajar perladangan yang sangat baik akhlaknya dan budi bahasanya.


Saya dan Maldo


Setiap lawatan yang membabitkan kajian, beliau sentiasa menami saya. Sehinggakan saya segan diperlakukan dengan sebegitu baik.

Orang Padang, mewarisi adab dan akhlak yang baik dari generasi nenek-moyang mereka. Masyarakat Padang kaya dengan tradisi dan budaya menjaga tetamu. Tetamu dijadikan persis saudara kandung.

Cerita-cerita tidak baik tentang masyarakat Padang yang sebelum ini saya dengar, hilang begitu sahaja dibawa angin. Melihat mereka yang baik, bagi saya ia sebenarnya mewakili keseluruhan orang-orang Padang khususnya

Apabila berita buruk mengenai Padang menimpa, saya antara beribu orang yang khusyuk dan sering mencari berita tentang keadaan di sana. Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang saya kenali selamat dan tidak ada apa-apa.

Cerita-cerita tidak enak yang saya baca, tentang orang-orang Padang membaling batu ke arah helicopter milik Tentera Di-raja Malaysia, sedikit membuatkan hati saya teruris. Tetapi saya sedar bahawa mereka mungkin tidak mengetahui cerita sebenar tentang permusuhan golongan jahil bernama Bendera terhadap Malaysia.

Tidak mengapalah, masih ramai yang mengetahui bahawa tiada permusuhan antara Malaysia dan Indonesia. Saya masih lagi memberi tempat duduk kepada wanita Indonesia yang sedang mendukung anaknya semasa di stesyen LRT. Kerana saya faham, bahawa dendam tidak membawa penyelesaian.

Sangat banyak yang ingin saya kongsikan. Pengalaman, cerita-cerita unik dan pelbagai lagi yang saya dapat semasa membuat kajian dan kebajikan di sana. Tetapi memori itu belum sampai masa lagi untuk dikongsi bersama.

Mungkin ini antara tulisan yang paling pendek pernah saya tulis. Saya keletihan kerana berfikir dan merenung. Betapa Allah telah lama mengangkat ilmu sedikit demi sedikit dari manusia, dengan memanggil para Sarjana dan Cendikiawan Islam meninggalkan kita.

Semalam Syeikhuna Muhammad Adib al-Kallas seorang Ulama besar Syria bermazhab Hanafi meninggal dunia. Tidak ada ungkapan yang lebih mulia dapat diucapkan melainkan ucapan, Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya dari Allah kami datang, dan kepada Allah juga kami pergi).


Syeikhuna Muhammad Adib al-Kallas


Betullah sepertimana yang Rasulullah shallahu-alaihi wasalam bersabda, “Allah tidak menghapuskan ilmu (Addin) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para Ulama’. Apabila Ulama’ sudah habis, umat manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin seperti memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semuanya” (Hadith direkodkan oleh Imam Muslim)

Firman Allah, “Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah at-Taghabun 64:11)



_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, October 8, 2009

Sebuah teguran suci dan jujur kepada Al-fadhil al-‘alim as-Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

Tulisan ini bukanlah untuk mencari permusuhan antara kita dengan Al-Fadhil al-‘Alim as-Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Dan jauh sekali untuk mengajar Al-Fadhil yang lebih arif dan alim dalam pengetahuan agama.

Al-Fadhil adalah seorang yang merdeka dan berhak untuk membantah fahaman dalam agama Islam yang tidak beliau setujui.

Malahan pasti bagi kita, al-Fadhil bersetuju dalam setiap perkara manusia tidak pernah sama (kecuali dalam akidah), kerana masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza.

Boleh jadi, perbezaan pandangan ini sebenarnya memberi rahmat dan percambahan intelektual pada diri umat Islam yang mencintai ilmu.

Kita juga pasti, al-Fadhil bersetuju bahawa kebenaran itu lebih kita cintai dari mana-mana tokoh yang kita sayangi. Malahan perbezaan pandangan ini seharusnya lebih menanamkan rasa kasih dan sayang antara kita. As-Syauqi dalam sebuah syairnya ketika mendendangkan perihal perbezaan pandangan ini berkata, “Perbezaan pandangan tidak boleh merosak rasa saling menyayangi.”

Di dalam artikel yang bertajuk “Terjemahan kitab Al-Radd ‘ala al-Wahabiyah oleh Sayyid Zaini Dahlan” oleh al-Fadhil ke majalah Milenia edisi bulan Ogos 2009 bilangan ke 84 ada beberapa perkara yang harus diperhatikan semula. Kitab yang ditulis oleh As-sayyid Zaini Dahlan ini sebenarnya banyak di dalamnya fitnah yang besar dan batil terhadap al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab. Malahan mengenai musafir menziarahi makam Rasulullah sebenarnya telah disalah-fahami oleh As-Sayyid Zaini Dahlan terhadap kalam Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.


1. Penjelasan tentang menziarahi makam Rasulullah

Al-Imam Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab tidak pernah melarang umat Islam untuk menziarahi makam Rasulullah. Tetapi yang beliau larang ialah berniat semata-mata datang ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah ataupun memasukkan sekali menziarahi makam rasullullah dalam manasik haji.

Sebetulnya ialah, berniat untuk datang ke Madinah adalah untuk melakukan solat di dalam Masjid Nabawi. Dalam masa yang sama, meluangkan masa untuk menziarahi makam Rasulullah.

Larangan untuk melakukan perjalanan (musafir) semata-mata untuk menziarahi Rasulullah mencakupi semua tempat dan semua kuburan, sehingga tidak boleh pula untuk tujuan shalat, memohon berkat atau beribadah. Menziarahi kubur tidak boleh menjadi niat utama dalam perjalanan menuju ke Madinah.

Walaubagaimanapun menziarahi makam Rasulullah adalah salah satu adab dan digalakkan kepada seluruh umat Islam. Hikmah perintah menziarahi kubur (bukan sahaja tertaluk kepada makam Rasulullah) adalah untuk mengingatkan manusia kepada akhirat, dan orang-orang yang telah mati.

Larangan untuk menjadikan ziarah ke makam Rasulullah sebagai niat utama disebabkan mahu mengelakkan umat Islam menjadikan amalan menziarahi makam Rsulullah sebagai ‘id iaitu amalan berkunjung berulang-ulang dan menjadi rutin.

Nabi Muhammad alahi-wasalam telah bersabda, “ Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, dan janganlah kalian menjadikan kuburanku sebagai sesuatu (yang dikunjungi berulang-ulang secara) rutin. Berselawatlah kalian kepadaku, kerana sesungguhnya selawat kalian disampaikan kepadaku di mana pun kalian berada.” (Hadith direkodkan Abu Daud dalam Al-Manasik (2042), dan Ahmad (2/367) )

Salah faham As-Sayyid Zaini Dahlan terhadap apa yang ditulis oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab telah ditiru bulat-bulat oleh Yusuf al-Nabhani dalam kitabnya yang bertajuk Syawahid al-Haq fi al-Istighosah bi Sayyid al-Khalq. Malahan ramai lagi yang tersalah faham dengan tulisan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab, antaranya Muhammad Najib dalam kitabnya Sawqih dalam Tabyin al-Haq wa al-Sawwab, dan Muhammad Tahir Yusuf dalam kitabnya Quwwah al-Difa’ wa al-Hujum.

Bagi menjawab tuduhan-tuduhan ini Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab dengan sendiri telah membantah segala tuduhan ini di Makkah pada bulan Muharam tahun 1218H. Kata beliau, “Kami menetapkan kemuliaan Nabi kita Muhammad sallahu ‘alayhi wa sallam melebihi kemuliaan makhluk lainnya secara mutlak. Baginda hidup di dalam kuburnya menerusi kehidupan alam barzakh melebihi kehidupan para syuhada’ sebagaimana termaktub dalam al-Quran. Baginda mendengar ucapan salam yang diucapkan ke atasnya serta mengenali para penziarah yang menziarahi kuburnya.

Namun Nabi sallahu ‘alayhi wa sallam tidak pula mengarahkan bermusafir melainkan untuk menziarahi masjidnya serta bersolat di dalamnya. Walaubagaimanapun sekiranya seseorang itu berniat untuk menziarahi Nabi sallahu ‘alayhi wa sallam berserta dengan niat menziarahi masjid serta solat di dalamnya, maka ia tidak mengapa. (Rujuk Al-Durar al-Saniyyah jil 1, hlmn 127-128)


2. Penjelasan hadith-hadith yang dinukilkan dalam artikel

Dalam artikel yang ditulis kembali oleh al-fadhil ini, kita beranggapan bahawa beliau tidak sengaja atau terlupa untuk menyemak kembali hadith-hadith yang digunakan. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

1. Barangsiapa yang menziarahiku setelah aku mati, maka seolah-olah ia menziarahi ketika aku masih hidup. (Hadith direkodkan Ad-Daru Quthni (2/278), Al-Baihaqi (5/246), Ibnu Adi dalam Al-Kamil (2/382). Lihat As-Silsilah Adh-Dha'ifah (47, 1021)

[Ulasan Hadith : Hadith ini semuanya dari sanad Hafsh bin Sulaiman dari Laits bin Abi Sulaim. Sanad hadith ini lemah kerana lemahnya Laits bin Abi Sulaim, oleh karena terbukti bahawa beliau mencampur-aduk hadith. Manakala Hafsh bin Sulaiman yang dinamakan juga al-Gadhri sangat lemah seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Hajar dalam kitabnya at-Taqrib, bahkan Ibnu Muin menyatakan sebagai pendusta dan pemalsu hadith. ]

2. Barangsiapa yang menziarahiku, maka aku menjadi pemberi syafa'at atau menjadi saksi baginya. (Hadith direkodkan oleh Ath-Thayalusi (65), Al-Baihaqi (5/245). Lihat Irwa'ul Ghalil (1127). )

[Ulasan Hadith: Hadits ini mungkar kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Musa bin Hilal Al ‘Abdi. Beberapa ulama ahli hadith seperti Abu Hatim, Al Bukhari, An Nasai, Al Hakim, Ibnu Abdil Hadi, Ibnu Hajar dan Al Baihaqi sendiri (yang meriwayatkan hadits tersebut) mengkritik perawi tersebut.]

3. Barangsiapa yang menunaikan haji ke Baitullah walhal dia tidak menziarahiku maka sesungguhnya dia bersikap kasar kepadaku.”

[Ulasan hadith: Ini hadits maudhu'. Hal ini telah ditegaskan oleh adz-Dzahabi dalam kitabnya yang bertajuk al-Mizan jilid 3 halaman 237. Begitu juga dengan Syeikh ash-Shaghan di dalam kitab al-Ahadith al-Maudhuiyah halaman 46.]

Setelah disemak dan diteliti kembali, semua hadith-hadith ini batil, tidak ada asalnya, para ulama hadith telah menjelaskan kebatilannya. Para ulama ahli hadith menegaskan bahwa sanad-sanadnya lebih lemah daripada sarang labah-labah.

Di antara para ulama yang menegaskannya adalah Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi, an-Nawawi, al-‘Uqaili, adz-Dzahabi, as-Suyuthi dan yang lainnya.

Malahan hadith-hadith yang berkenaan dengan ziarah makam Rasulullah tidak ada seorang pun dari ahli hadis seperti Bukhari, Muslim atau Ashabus Sunan seperti Abi Daud dan Nasaii, malah tidak seorang pun dari para ahli sanad seperti Ahmad dan yang semisal dengannya seperti imam-imam fikeh seumpama Malik, Syafie, Ahmad, Ishak, at-Thauri, Awzaii, Abi Hanifah dan yang semisal dengan mereka yang meriwayatkannya.

Barangsiapa yang ingin tahu kedhaifan sanad dan kemungkaran matan riwayat-riwayat di atas, bolehlah membaca kitab ash-Shaarimul Munki fir Radd 'Alas Subki karangan al-Hafizh Ibnu 'Abdil Hadi.

Beliau telah mengumpulkan dan memeriksa hadith-hadith yang berkaitan dengan ziarah Rasulullah. Beliau menyebutkan hadith-hadith tentang ziarah kubur satu persatu lalu membicarakan kelemahannya serta ulasan para ulama tentangnya.

Tambahan itu, antara kitab-kitab yang mengulas kedhaifan dan kepalsuan hadith-hadith di atas ialah ialah dalam buku At-Talkhis al-Habir jilid 2 halaman 507-509, Fadhail Madinah halaman 583-595, As-Silsilah Ad-Dhaifah Jilid 1 halaman 61-63, Tanbih Zair al-Madinah halaman 16-30, bantahan terhadap Al-Akhna'i karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, bantahan terhadap As-Sabaki karya Ibnu Abdil Hadi dan bantahan terhadap An-Nabhani karya Al-Alusiy. Hendaknya kita tidak terpedaya oleh orang yang berdalih dengan hadith-hadith tersebut.


3. Pengakuan Ulama besar terhadap As-Sayyid Zaini Dahlan ini?

Syeikh Fauzan al-Sabiq dalam kitabnya yang bertajuk Al-Bayan wa al-Isyhar menyatakan, “Sebahagian para ulama besar Makkah mengulas tentang Dahlan seperti berikut: “Berdasarkan penelitian didapati bahawa hasil karya Dahlan laksana bangkai yang tidak boleh dimakan kecuali oleh orang yang berada dalam keadaan terdesak.” Oleh itu ia ditolak oleh kebanyakkan para ulama di India, Iraq, Najd serta selainnya dengan mendedahkan segala bentuk kesesatan yang terdapat di dalamnya.

Aku dapati dari beberapa alim ulama berdasarkan dokumen para ilmuan Islam yang berkata berkenaan Dahlan seperti berikut: “Hakikatnya Dahlan seorang Rafidhi (Syiah Rafidhah) namun menyembunyikan pegangannya dengan bertaklid kepada salah satu dari mazhab yang empat.” Di antara bukti menunjukkan Dahlan seorang Rafidhi yang hanya bertopengkan mazhab Ahlu-Sunnah khasnya mazhab yang mulia al-Imam Syafie’ rahimahullah ialah sebuah kitab yang dikarangnya bertajuk Asna al-Muthalib fi Najah Abi Talib. Ia ditulis bagi menolak dengan penuh hawa nafsu kitab-kitab hadith serta as-Sunnah yang sahih lagi mutawatir.”

Ulasan dan penjelasan di atas ini sekali lagi ditegaskan bahawa bukanlah niat kita untuk mengajar atau menunjukkan alim terhadap al-Fadhil al-‘alim as-Syeikh Dr Muhammad Uthman el-Muhammady.

Kita sendiri telah banyak menadah ilmu dari karya-karya serta tulisan-tulisan al-Fadhil yang penuh dengan hikmah. Tetapi tulisan ini adalah secebis kajian dan pengetahuan yang ingin dikongsi bersama dengan al-Fadhil bagi melihat kebenaran dan menolak kebatilan.

Kita dan seluruh umat Islam lebih cintakan kebenaran dari mana-mana tokoh yang kita cintai. Manakala kita percaya al-Fadhil lebih arif dengan firman Allah yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maidah 5:8)


Sebelum mengakhiri perkongsian kita dengan al-Fadhil, kita memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna dalam risalahnya yang bertajuk Da’watunaa. Kata Hassan al-Banna, “Perbezaan bukan merupakan aib akan tetapi yang aib dan yang tercela ialah fanatik tehadap sesuatu pandangan serta mengongkong kebebasan akal fikiran manusia. Pandangan terhadap masalah-masalah perbezaan seperti inilah sebenarnya mampu mempersatukan kembali hati-hati yang berpecah-belah. Dan cukup bagi manusia bersatu di atas sesuatu yang boleh membuat muslim menjadi muslim yang sejati.”




__________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Wednesday, September 30, 2009

MUNAFIK YANG ALIM LISANNYA



“Ilmu itu adalah Imam dan Amal itu adalah makmum”

Perkataan di atas pertama kali saya temui semasa membaca buku Manhaj Dakwah Al-Qardhawi. Perkataan itu benar-benar memberi satu impak besar dalam kehidupan saya. Semacam ada sebuah aura yang terus-menerus untuk saya hafal dan ulangi setiap masa.

Bukan mudah untuk menjadi orang yang berilmu, tetapi bukan sukar juga untuk mendalami ilmu pengetahuan sehingga menjadi Ilmuan. Ia bergantung kepada diri sendiri, dalam masa yang sama di atas takdir Allah.

Menjadi seorang yang berilmu adalah sebuah penghormatan dan kemulian. Banyak hadith-hadith dan firman Allah yang menggambarkan betapa tingginya darjat orang yang berilmu.



Firman Allah, “Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat dan tidak (pula) sama gelap gulita dengan cahaya, dan tidak (pula) sama yang teduh dengan yang panas.” (Surah al-Fathir 35:19-21)

Ayat di atas Allah telah menggambarkan orang yang berilmu seperti seorang yang celik matanya. Manakala orang yang jahil seperti seorang yang buta matanya. Sungguh tinggi perumpamaan yang digambarkan Allah terhadap orang yang berilmu.

Hakikat kemuliaan dan tingginya darjat orang yang berilmu telah dikukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW. Sabdanya, “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan permudahkannya untuk masuk ke Syurga. Para Malaikat akan mengepakkan sayapnya ke atas pencari ilmu, kerana mereka suka dengan apa yang dilakukannya. Orang yang berilmu dimintakan ampun oleh semua yang ada di langit dan di bumi, bahkan ikan-ikan di air juga turut serta memohon ampun untuknya. Keutamaan orang yang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas bintang. Para ulama adalah pewaris nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Sehingga orang yang mengambilnya benar-benar telah mengambil bahagian yang sempurna.” (Hadith direkodkan Imam Bukhari)

Al-Imam Ghazali ketika membaca hadith telah berkomentar, “Telah maklum, tidak ada darjat di atas darjat kenabian dan tidak ada kemuliaan di atas kemuliaan mewarisi darjat tersebut.”

Banyak sekali kenyataan dan bukti yang menunjukkan bahawa orang yang berilmu sangat dihormati dan dipandang tinggi.

Namun virus-virus ujub dan tidak mengamalkan ilmu yang ada semakin lama semakin membarah di kalangan penuntut ilmu. Sungguh ramai para penuntut ilmu mula mencari ilmu untuk kemegahan dan keuntungan dunia. Manakala ada juga sebahagian dari mereka, mencari ilmu semata-mata untuk berdebat dan menguji para ulama yang ada.

Kegusaran Nabi Muhammad terhadap hal ini sememangnya telah diduga semasa baginda masih hidup lagi. Oleh sebab itu Rasulullah pernah memberi amaran kepada penuntut ilmu tentang hal ini. Sabda Rasulullah SAW, “Jangan mempelajari ilmu untuk menyombongkan diri pada ulama, berbangga dengan orang yang jahil, serta memilih-milih majlis. Sesungguhnya barangsiapa yang melakukan hal tersebut, dia akan masuk ke dalam neraka, dia akan masuk ke dalam neraka.” (Hadith direkodkan Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Sahih Ibn Hibban)

Begitu juga dengan sesiapa yang menuntut ilmu niatnya kerana ingin mendapat keuntungan dunia. Rasulullah telah memberi amaran keras terhadap golongan ini. Sabda Rasulullah SAW, “Seharusnya seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu adalah untuk mendapat keredhaan Allah, namun jika dia mempelajarinya adalah kerana untuk memperoleh kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau Syurga pada hari Kiamat.” (Hadith direkodkan Ibn Hibban dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Sahih Ibn Hibban)

Oleh sebab niat yang tidak jujur dan ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, membuatkan ilmu yang ada hanyalah setakat di lidah tanpa ada pengamalan. Sedangkan ilmu itu haruslah disusuli dengan amalan, kerana ilmu adalah imam dan amal adalah makmum.

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya yang bertajuk Tafsir Fiqh as-Suluq fi Dhau al-Quran wa as-Sunnah menulis, “Sesungguhnya musibah terburuk yang menimpa kehidupan dan menerpa umat manusia adalah orang alim yang perkataannya bertentangan dengan perbuatannya, dan perbuatannya mendustakan perkataannya. Orang alim seperti ini adalah bencana untuk hamba-hamba Allah. Dan tindakannya itu merupakan tindakan yang diperingatkan al-Quran kepada orang-orang beriman. Firman Allah, “Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (Surah al-Shaff 61:3)

Maka tidak aneh apabila Rasulullah meminta perlindungan daripada Allah dari ilmu yang tidak bermanfaat. Zaid bin Arqam meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas serta doa yang tidak dikabulkan.” (Hadith direkodkan Ibn Majah)

Sungguh hina dan azab kepada orang yang berilmu tidak beramal dengan ilmunya. Ketika Rasulullah menceritakan kepada para sabahat bagaimana seksaan yang diterima oleh golongan yang berilmu tetapi tidak memanfaatkannya.

Zaid bin Arqam telah meriwayatkannya dengan berkata, “Saya mendengar Rasulullah bersabda: Pada hari Kiamat seseorang didatangkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian usus-ususnya terburai dan dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat penggiling. Para penghuni neraka berkumpul dan bertanya kepada orang tersebut, “Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf dan melarang perkara yang munkar? Dia pun menjawab, “Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang munkar, tetapi aku sendiri melakukannya.” (Hadith direkodkan Imam Bukhari)

Golongan berilmu ini boleh juga dikira sebagai seorang munafik. Kerana orang munafik lahiriahnya bagus tetapi dalamannya rosak. Lidahnya manis menuturkan kata-kata hikmah namun amalannya pahit bak hempedu. Mereka memperdayakan manusia dengan ilmu yang ada, padahal hatinya kosong dari keyakinan iman dan Islam. Golongan ilmuan sebegini adalah munafik yang alim lisannya.

Bahaya munafik yang alim lisannya ini telah diperingatkan oleh Rasulullah sepertimana yang diriwayatkan oleh Umran bin Hushain. Sabda baginda, “Sesungguhnya sesuatu yang paling aku risaukan sepeninggalanku terhadapmu ialah setiap orang munafik yang alim lidahnya.” (Hadith direkodkan Imam Tabrani)

Berhati-hatilah dengan golongan ilmuan sebegini. Dan sentiasalah berdoa agar di kalangan kita tidak akan wujud golongan seperti ini. Moga peringatan Saidina Umar al-Khatab ini menjadi nasihat dan peringatan sekaligus kepada kita semua. Kata beliau, “Berhati-hatilah, kerana Rasulullah SAW menyuruh kita berhati-hati terhadap setiap orang munafik yang alim lisannya.”



____________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Sunday, September 27, 2009

CERITA RAYA



Malam raya adalah malam yang sering saya tunggu. Bukan kerana gembira meninggalkan Ramadhan, tetapi saya gembira sebab adik-beradik akan berkumpul bersama. Anak buah? Usah dikata, kecoh rumah dibuatnya. Anak buah saya seramai 16 orang, yang paling muda 8 bulan dan yang paling tua berumur 12 tahun.

Untuk berkumpul ramai-ramai seperti malam ini, agak sukar untuk hari-hari biasa. Masing-masing ada kerja dan hal yang perlu diuruskan. Tetapi malam-malam sebeginilah yang sering digunakan untuk bercerita dan berkongsi semua hal. Dari sekecil-kecil hal sehinggalah ke sebesar-besar cerita. Malam itu ibaratnya sebuah ijtimak tahunan keluarga Haji Yusof dan Hajah Samsiah.

Hari raya keesokkannya, saya menemani ayah ke kubur. Menziarahi pusara datuk dan nenek, dalam masa yang sama mencari nilai-nilai muhasabah untuk diinsafi. Memang benar, menziarahi pusara bukanlah acara tahunan, tetapi adakah menjadi satu kesalahan untuk anak-anak dan cucu hadir di pusara mencari nilai-nilai keinsafan dalam ziarah di pagi raya?

Saya, Ayah dan Ibu berpakaian sedondon tahun ini. Almaklumlah, saya masih bujang dan masih berada di bawah tangungan mereka. Kami sepakat untuk sedondon berwarna maroon. hehehe...

Salam dan sayang, maaf dipohon dicium dan dipeluk kedua ibubapa. Mungkin boleh dikatakan acara tahunan di pagi raya selepas pulang solat Iedilfitri. Bukanlah sebuah iktikad, tetapi sebagai sebuah adat yang masih dalam lingkungan syariat. Gambar-gambar di bawah menjadi saksi di hari-hari Iedilfitri yang sempat saya rakamkan.


Ayah, abang-abang ipar dan anak buah

anak bapak!

mencari sebuah keinsafan

syurga di bawah tapak kaki ibu

sebuah keluarga yang harmoni

Ayah dan Ibu bersama cucu-cucu

Asyraf, Boboi, Izham.

Boboi dan Pakcu ;P

____________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dikesempatan ini juga, saya dengan rendah dirinya memohon maaf di atas segala silap dan salah yang pernah saya lakukan. Tidak kira lah yang secara sengaja atau tidak sengaja, kerana saya juga adalah manusia biasa dan tidak akan lari dari segala silap dan salah.

Saya YUSSAMIR YUSOF mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilftri
TaqabaAllahu Minna Wa Minkum.





___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Sunday, September 13, 2009

MAJALAH I MENGULAS BLOG PARADIGMA


Alhamdulilah,
Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad salahu-alaihi wasalam.

Blog yang sudah berusia dua tahun lebih ini telah terpilih untuk diulas oleh majalah I bulan September di ruangan Web Pilihan. Terima kasih kepada majalah I yang sudi untuk menjenguk dan menilai blog yang tidak seberapa ini.

Bukan mudah untuk terus bertahan dalam dunia penulisan online. Bukan mudah juga untuk mempertahankan prinsip serta sentiasa melakukan transformasi dalam dunia blog ini. Pelbagai dugaan dan tribulasi yang harus ditempuh untuk memastikan usaha dakwah dan Islah secara online ini agar terus bertahan; terutama masalah Malas.

Baru-baru ini saya berkesempatan bersama tokoh-tokoh besar dalam dunia Intelektual. Malahan saya sempat juga bertukar-tukar pandangan dengan mereka dalam beberapa hal semasa. InsyaAllah nanti saya kongsikan bersama.

Yang terbaru, saya bersama dengan sahabat saya melakukan satu kajian perangai dan stigma di kalangan masyarakat Malaysia. Saya dan rakan bersiar-siar dan membeli-belah dengan memakai JUBAH. Selain mencuba dan merasa sendiri bagaimana bersiar-siar dengan Jubah, dalam masa yang sama kami cuba menilai dan mengkaji apakah persepsi masyarakat terhadap dua orang pemuda melayu berjubah membeli-belah. Terdapat pelbagai reaksi yang ditunjukkan. InsyAllah saya akan menulis tentang hal itu selepas bercuti raya selama seminggu 



_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, September 8, 2009

TEGURAN SUCI DAN JUJUR HAMKA KEPADA MUFTI JOHOR


Ini pertama kali saya mengulas sebuah buku, moga selepas ini jika ada buku-buku yang baik saya baca. Saya akan mengulas dan menyarankan agar para pembaca turut memilikinya jua.

Prof HAMKA atau nama penuhnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah bukanlah calang-calang orang didalam dunia intelektual dan kesarjanaan Islam. Khususnya di dalam juzuk agama yang memang arif benar beliau di dalamnya. Pertama kali saya berkenalan dengan pemikiran dan peribadi tokoh ini pada 5 tahun yang lepas. Bukunya yang bertajuk Falsafah Hidup dicerna sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi apabila beliau menyentuh perihal kebebasan akal fikiran dalam beragama.

Ketika membaca isu kebebasan akal fikiran ini, ia dapat disimpulkan bahawa, “Fikiran itu terbuka luas dalam agama Islam, iaitu dengan kebebasan Ijtihad. Kemajuan Ilmu ushul fiqh, Ilmu fiqh, Ilmu tafsir, Ilmu tasauf, dan lain-lain dalam Islam adalah berpangkal dari terbukanya pintu Ijtihad. Ulama-ulama Islam yang besar, yang telah mendirikan empat madzab fiqih dalam Islam adalah bersumber dari kebebasan Ijtihad.”

Ketinggian ilmu HAMKA ramai yang mengakuinya. Bukan sahaja ketika beliau masih hidup dan menabur bakti dalam dunia intelektual dan dakwah. Sehingga kini selepas berpuluh tahun kematian beliau, nama beliau terus disebut-sebut sebagai Sarjana Islam Nusantara. Beliau dikagumi kawan dan lawan. Hidupnya sebagai seorang sarjana bukan sahaja di dalam buku-buku dan dewan kuliah. Peribadinya yang muda mesra dengan orang ramai, dan kerajinan beliau turun padang merasai sendiri kehidupan masyarakat membuatkan beliau dilihat sebagai Sarjana berjiwa rakyat.

Sahabat dan musuh tidak pernah beliau pinggirkan. Kedua-duanya sama di mata HAMKA, sehinggakan semasa kematian Soekarno, beliau menjadi imam solat Jenazah. Sedangkan beliau pernah membungkam di dalam penjara di bawa perintah Soekarna suatu ketika dahulu.

Jika ada sesiapa yang teraniya, beliau akan membela. Tidak peduli sama ada yang menganiaya itu berkuasa atau tidak. Kebenaran tetap kebenaran, sesiapa pun dan dari mana pun. Kebenaran adalah mutlak pembelaan dalam Islam.

Ketika Hassan Bandung, dan beberapa tokoh Sunnah yang digelar Kaum muda difitnah oleh Sahibul Fadhilah was Samahah as-Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad Mufti Johor pada tahun 1958. HAMKA tidak duduk diam sekadar menjadi penonton terhadap fitnah yang dilemparkan oleh Sahibul Fadhilah. Walaupun tuduhan-tuduhan tersebut bukanlah untuknya, tetapi rasa tanggungjawab dan keadilan sebagai seorang Sarjana dan Tokoh Islam. Beliau mengangkat pena. Kerana hujah harus dibalas dengan hujah.

Penanya digengam kemas, dengan ilmu yang tersemat di dada beliau dengan tawaduk menulis teguran-teguran jujur dan suci kepada Mufti Johor. Kejujuran sebagai pemegang amanah dan waris Nabi Muhammad sebagai ahli Ilmu terpancar pada awal tulisannya.


Di dalam muqadimah tulisannya, HAMKA menulis:

“Buku ini saya tulis bukanlah untuk mencari perseteruan dan perlawanan dan jauh sekali daripada untuk bermusuh. Ia hanyalah hendak memberi peringatan atas beberapa kesalahan yang timbul daripada Sahibul Fadhilah was Samahah as-Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad, Mufti negeri Johor dalam kenyataan beliau membantah kaum Muda. Beliau (Mufti Johor) adalah orang yang merdeka untuk membantah fahaman dalam agama Islam yang tiada beliau persetujui. Manakala berlainan faham terhadap masalah agama kalau kita pandai membawakannya menjadi rahmat bagi umat Islam, tetapi dalam pertukaran fikiran itu jika timbul kecurangan dan kebohongan maka berlainan pendapat itu akan membawa mudarat dan fitnah terhadap umat. Padahal bukanlah itu yang kita khendaki. Maka saya tulislah buku ini dan maksud saya yang utama ialah membersihkan salah faham di antara umat Islam, baik di Malaya atau di Indonesia yang timbuk kerana keterangan datuk Mufti Johor dan saya namai buku ini sebagai, “Teguran Suci dan Jujur terhadap Mufti Johor”


Di dalam buku yang dipanggil orang sebagai The Lost Manuscript , ada 3 tuduhan besar yang dijawab kembali oleh HAMKA. Pertama; Tuduhan Kaum Muda sebagai pengkhianat Agama, Kedua; Mengkafirkan Kaum Muda, Ketiga Menuduh Ustaz Hassan Bandung sebagai pendokong Fahaman Darwin.

Artikel ini tidak bermaksud untuk mengulas keseluruhan apa yang ditulis oleh HAMKA. Tetapi ada dua perkara yang berharga selain daripada hujah-hujah balas HAMKA di dalam buku ini. Iaitu, AKHLAK dan KETINGGIAN ILMU.

Akhlak dan Ilmu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan salah satu darinya, maka hancurlah segalanya. Walaupun buku ini sebuah teguran, tetapi di dalamnya penuh dengan kata-kata yang lunak dan berhikmah. Tidak ramai cendekiawan Islam masa kini dapat mencontohi keperibadian HAMKA dalam hal ini. Umat Islam kaya dengan tokoh-tokoh yang alim dan boleh dikatakan sebagai Sarjana. Tetapi sayang, ada sebahagian daripada mereka, miskin dengan akhlak ketika menulis atau menegur mereka yang pada pandangan mereka batil.

HAMKA benar-benar mendidik sesiapa sahaja yang membaca tulisannya. Kita diajar supaya sentiasa berakhlak mulia, walaupun ketika kita menegur dan berada di pihak yang benar. Itulah yang keistimewaan yang saya perolehi dari buku ini. Selain daripada hujah-hujah ilmiah yang ditulis oleh beliau.

Apa yang menarik lagi bagi saya ialah apabila HAMKA menjawab fitnah dan pertuduhan yang dilemparkan kepada beliau dan tokoh-tokoh Ilmuan yang lain dengan gelaran Wahabi.

Di bawah ini saya himpunkan kenyataan-kenyataan HAMKA yang dituduh sebagai WAHABI ataupun KAUM MUDA oleh para Ulama Nusantara. Kenapa beliau dituduh sebegitu? Kerana beliau berkata, “Ya, memang kami kaum muda, kerana kami menebang dan menebas segala tiang tambahan (bid’ah). Yang tiada tiang kami tidak mahu dikatakan tiang!

Kata HAMKA lagi, “Bagi kami yang dikatakan kaum muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah daripada penganut Mazhab Hanbali yang keras mempertahankan Sunnah. Dan yang berpengaruh memperbaharui (Tajdid) faham Mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qoyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.”

Saya menyeru semua penuntut ilmu untuk memiliki karya HAMKA ini. Harganya tidak lebih dari RM20, tetapi manfaat dan kebaikan terlalu banyak boleh diperolehi dari buku ini.

Selamat membaca!



_________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Monday, September 7, 2009

SLOGAN YANG BENAR DENGAN TUJUAN YANG BENAR




“Faiz, kenapa kau senyum dekat tabung masjid itu?” Saya kehairanan melihat gelagat Faiz.

“Err…Aku sedang beri sedekah. Kan senyuman itu adalah sedekah.”

Hampir luruh dada saya bila dia menjawab sebegitu. Saya tidak pasti sama ada Faiz sekadar bergurau atau serius.

Itu antara pengalaman yang pernah saya alami. Tidak tahu di mana silapnya. Adakah silap sistem pendidikan agama yang Culas, atau diri sendiri yang ambil sambil lewa apa yang dipelajari.





Pasti ada di kalangan anda ketika membaca tertawa atau senyum-senyum sindiri. Sama ada perkara itu pernah anda lihat atau anda sendiri pernah cuba-cuba untuk melakukan perbuatan sebegitu. Saya tidak kata salah apa yang Faiz katakan, iaitu Senyuman itu adalah sedekah. Tetapi Faiz menggunakan ayat itu diluar konteks yang sepatutnya.

Tetapi bukan cerita Faiz yang mahu saya sebutkan di sini. Apa yang mahu saya bangkitkan untuk kita fikirkan bersama ialah, sikap umat Islam yang mengaku berhukum dengan al-Quran dan Hadith tetapi terlalu jauh menyimpang dari maksud kedua-dua sumber tersebut.

Slogan kembali berpegang kepada al-Quran dan Sunnah adalah slogan yang sangat baik dan mulia. Tetapi ada segelintir di kalangan umat Islam telah memberikan pemahaman buruk terhadap slogan di atas. Golongan liberal yang menggunakan akal dalam menafsirkan al-Quran dan hadith menambahkan lagi wajah buruk terhadap slogan yang mulia ini. Sehinggakan untuk kepentingan politik dan kumpulan tertentu, ada yang sanggup mencari ayat al-Quran atau hadith kemudian cuba menafsirkan agar dapat menyokong kepentingan mereka.

Teringat saya peristiwa hitam yang berlaku di antara Muslimin yang berada di bawah pimpinan Saidina Ali dengan sekumpulan Khawarij. Kumpulan Khawarij menuduh Saidina Ali tidak berhukum dengan Al-Quran, dengan slogan mereka, “Tiada hukum melainkan hukum Allah”. Kemudian Saidina Ali menyanggah mereka dengan berkata, “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Peristiwa yang berlaku beribu tahun dahulu sudah kembali membarah dalam masyarakat umat Islam. Kalau dahulu hal ini dipelopori oleh golongan Khawarij, tetapi masa kini kita tidak dapat menganggak siapakah yang mengepalainya, kerana semua orang berpotensi melakukan hal sedemikian.

Kalau dalam agama Kristian konsep Christocenteric halal digunakan, kini konsep itu sama sahaja kalau dibandingkan dengan apa yang terjadi terhadap umat Islam kini.

Konsep Christocenteric adalah satu konsep yang mengajar penganut agama Kristian untuk menafsir dahulu, kemudian barulah cari ayat-ayat di dalam Bible yang dapat menyokong penafsiran mereka. Dan konsep ini lah yang sedang umat Islam hadapi dari kalangan umat Islam sendiri apabila mereka menggunakan slogan yang benar, tetapi telah lari jauh dari konteks pemahaman nas yang sahih.


SERUAN
Para Sarjana Islam harus menggembeleng tenaga bersama tanpa mengira latar-belakang untuk sama-sama membendung masalah ini. Ketepikan dahulu soal emosi dan egoistik. Ketepikan juga dahulu masalah-masalah peribadi di kalangan Sarjana. Umat Islam kini sedang mengalami krisis yang sangat teruk, lebih-lebih lagi jika hal ini tidak dibendung dari awal.

Sistem pendidikan Islam harus diolah dan ditransformasikan agar lebih dinamik dan mesra intelektual. Sistem pendidikan Islam masa kini sudah tidak lagi releven apabila kaedah hafalan tanpa penerangan, dan cerita-cerita tanpa sumber dijadikan metod pengajaran para pelajar.

Para Sarjana Islam dari pelbagai lapangan harus duduk berbincang mencipta satu formula, agar sistem pendidikan Islam umat Islam kini lebih berdaya saing dan menjadi platform kepada agen perubahan tamadun yang pernah umat Islam kecapi dahulu.

Dunia kini tidak lagi memerlukan retorik-retorik yang tidak berkesudahan. Dunia kini memerlukan perlaksanaan disamping idea-idea yang memandu kearah matlamat yang terancang. Umat Islam harus lebih kehadapan dari segala aspek. Walaubagaimanapun, dalam semua perancangan yang dilaksanakan bagi membangunkan kembali ketamadunan Islam yang hebat. Penerapan pemahaman Islam yang sahih berdasarkan Quran dan Sunnah di atas kefahaman jalan para salafusoleh (3 Generasi terdahulu) harus ditekankan dalam formula pendidikan Islam yang baharu.

Umat Islam harus dilonggokan dengan fakta, bukan fiktif yang tidak bersumberkan mana-mana hakikat yang benar. Kita semua percaya bahawa kekuatan akal manusia datangnya dari hak yang benar, bukan dari cerita-cerita yang batil.

Gunakan mata untuk melihat kebenaran, gunakan hati untuk bertanyakan fatwa hati, manakala gunakan telinga untuk mendengar berita yang benar. Pancaindera yang dianugerahkan Allah adalah sebagai alat perantara untuk kita menilai segala seruan kebenaran. Semuanya itu diciptakan agar kita mampu meneliti setiap tanda kebesaran-Nya dan kebenaran Islam. Firman Allah di dalam surah al-A`araf: 179

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai Hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami, dan mereka mempunyai Mata tetapi dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai Telinga tetapi tidak mempergunakannya untuk mendengar. Mereka (yang sedemikian sikapnya) bagaikan binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi darinya. Mereka itulah orang-orang yang lalai”


Maka dari situlah, slogan yang benar akan diikuti dengan tujuan yang benar.




___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, September 1, 2009

KONGSI IMAN & ISLAM

Sepatutnya saya mengemas-kini blog pada hari semalam. Tetapi ada beberapa perkara yang membuatkan saya menangguhkannya dahulu. Hari ini bersamaan dengan 2 September, saya diberi cuti sakit kerana mengalami selesema yang teruk.

Untuk entry pertama selepas senyap sebulan, saya hidangkan dengan sebuah cerita tentang seorang sahabat saya yang bernama Jacoob. Saya baru kenal dengan beliau, tetapi semacam sudah lama mengenali beliau. Mungkin cerita ini, memberi sedikit kesedaran kepada kita.


Betapa ramai lagi yang berebut-rebut mahu mengenali dan memahami Islam. Bersyukur kepada kita yang sudah kenali dan memahami Islam. Dalam kita bersyukur, sedarlah betapa ramai memerlukan kita untuk membimbing mereka yang baru berjinak-jinak mahu mengenali Islam.

Moga ada manfaat membaca cerita di bawah. Oh ya sebelum itu, sebuah rencana saya yang bertajuk Zikir & Fikir disiarkan di majalah Milenia bulan Ogos. Dapatkan senaskah untuk membacanya.


CERITA BERMULA
Selama dua hari di UKM, saya sempat berkenalan dengan Jacoob. Dia bukanlah lelaki kaya atau berpangkat besar, untuk saya banggakan. Tetapi beliau adalah seorang saudara seislam saya yang sangat tabah menjadi Muslim di tempat terasing. Sangat sukar untuk mendengar Muslim di Mexico. Tetapi hidayah Allah meluputi seluruh alam. Buktinya Jacoob salah seorang yang memperolehi hidayah tersebut.

Selepas tamat seminar perbandingan agama pada hari pertama. Saya menjemput Jacoob untuk berborak di rumah tetamu yang disediakan. Pertemuan itu digunakan sebaik mungkin, begitu juga dengan Jacoob. Banyak perkara yang kami bincangkan, khususnya hal-hal yang berkaitan Islam yang masih membelenggu fikiran Jacoob.

Segala puji bagi Allah, pertemuan malam itu telah banyak merungkai keraguan, kekeliruan dan salah faham yang selama ini berserabut di kepalanya.

Engku fauzi memainkan peranan penting malam itu. Banyak hal yang berkaitan dengan Islam diterangkan dengan tuntas. Manakala saya pula banyak menjelaskan konsep-konsep Kristian yang masih ada padanya.

“Are you still believe in Christianity after I explain to you the whole doctrine of Christianity.” Saya memandang Jacoob, meminta jawapan yang pasti.

Jacoob gelak. “My faith to Islam more deeply, and I don’t have any idea to question this faith. And to Christianity, the more I know the more I laugh.”

Kami terus rancak berbual sehingga tidak sedar yang jam menunjukkan 11 malam. Jacoob akan bertolak balik ke Mexico esok petang jam 6. Pengajiannya di UKM hanya sebulan sahaja. Katanya ini adalah program pertukaran pelajar yang diatur oleh majikannya. Tugasnya sebagai guru di Mexico, memberi peluang besar kepadanya untuk berkongsi makna Iman dan Islam kepada anak muridnya.

“So, when you are facing any problem regarding the Hukm and so on, how you solve it? Is there any Imam or Scholar over there?”

“No, there is no scholar I can refer if I have problem regarding the hukm.”

“Then, how you solve it?” Saya bertanya hairan. Jika tidak ada Imam atau Organisasi Islam di sana, bagaimana dia menyelesaikan masalah-masalah hukum yang dia hadapi di Mexico? Jacoob senyum kepada saya.
“Most of my references are book and Internet. I always surfing Islamonline to ask any question and to find any answer for my doubt regarding the Hukm. Alhamdulilah, most of my question they replied faster. And I spent a lot of money to bought book.”

Saya diam, kemudian memandangnya dengan rasa hairan dan takjub. Berkali-kali saya ucapkan tahniah dan syukur dengan ketabahan dan kerajinannya mencari ilmu melalui jalan-jalan altenatif. Ya, sungguh sukar untuk beliau survive di dunia yang asing dengan Islam. Tetapi ia tidak pernah dijadikan alasan oleh Jacoob untuk menjadi Muslim yang sejati. Dia dapat mengharunginya bersendirian.

Malam itu, selepas dia pulang ke hostelnya semula. Saya berfikir panjang tentang perjalanan hidup Jacoob. Saya susah untuk melelapkan mata, berbagai persoalan berat bertimpa-timpa menyoal kepala saya. Malam itu saya nekad, Jacoob kini adalah tanggungjawab saya. Saya harus terus berhubung dengannya, saya tidak mahu dia bersendirian.

Jacoob dapat mengharunginya di tempat yang asing dengan Islam. Kita yang berada di tempat yang Islamnya boleh dipamerkan dan dikongsi, adakah kita berasa syukur?

Jika kita berasa syukur, maka kongsikanlah nikmat Iman dan Islam kepada seluruh manusia. Islam bukan hak eklusif yang hanya diperuntukkan kepada orang Melayu atau Arab. Islam untuk dirasai semua makhluk yang bergelar manusia. Jika insan yang bernama Jacoob sendirian di Mexico sempat dan berpeluang menyebarkan Islam. Tidakkah kita berasa malu kerana mementingkan diri tidak menyebarkan Islam kepada orang bukan Islam?

Saya percaya, Allah menghantar Jacoob untuk menyedarkan saya. Bahawa tugas saya masih lagi terbengkalai. Ramai lagi manusia yang dahagakan Islam dan mereka memerlukan bimbingan yang betul. Mari sama-sama kita hulurkan tangan. Mari kita sama-sama kongsikan Islam kepada mereka. Islam tidak pernah berkurang apabila kita berkongsi. Malahan Islam semakin kuat dan Muslimnya pula semakin ramai.

Doakan kami terus istiqomah. Manakala kepada para peserta FCR anjuran IIS yang berada di semua tempat. Anda sekarang mempunyai tugas dan tanggungjawab, iaitu kongsikan Iman dan Islam kepada seluruh teman anda yang bukan beragama Islam. Anda semua akan ditanya di akhirat, sama ada sudah atau belum melaksanakan tugas tersebut.

Moga kita semua jalankan tugas….

Selamat berkongsi Iman dan Islam….





____________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, August 18, 2009

RASULULLAH TIDAK MENETAPKAN JUMLAH RAKAAT SOLAT TARAWIH


Oleh Yussamir Yusof
Berita Harian 17 Ogos 2009

SUASANA di dalam masjid hiruk-pikuk dengan pekikan dan makian. Hassan al-Bana yang dari luar mendengar suara berkenaan segera masuk ke dalam masjid. Kelihatan dua kumpulan sedang bertegang urat. Apabila kedua-dua kumpulan ini melihat Hassan al-Bana memasuki masjid, mereka semua diam.

"Kenapa bergaduh?" Soal Hassan al-Bana dengan lembut.

"Kami mahu solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Tetapi mereka katakan tidak sunnah. Yang sunnah kata mereka 9 rakaat." Seorang lelaki dari kumpulan itu menjawab pertanyaan Hassan al-Banna.
Dengan lembut dan bersahaja Hassan al-Bana bersuara, "Adakah solat yang sunat ini lebih penting daripada kewajipan untuk bersaudara di kalangan kita sesama Muslim?"

Di atas adalah secebis peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Hassan al-Bana masih hidup. Isunya kecil tetapi disebabkan tiada kefahaman yang mendalam terhadap hukum Islam, ia menjadi besar. Lebih-lebih lagi apabila emosi mengatasi wahyu dan rasional, maka itulah yang akan terjadi.

Saban tahun perkara ini sering berlaku. Satu pihak menuduh mengadakan perkara baru dan satu pihak menuduh terlalu memudah-mudahkan agama. Namun yang sebenarnya, kedua-dua dakwaan ini sama sekali tidak berasas. Dalam Islam, sesuatu hukum atau penetapan dalam agama haruslah bersandarkan dalil. Dalil atau bukti dalam Islam ialah al-Quran dan Hadis sahih. Oleh itu, untuk membicarakan mengenai hukum, emosi harus dijauhkan. Terutama dalam hal yang terdapat di dalamnya perbezaan pandangan di kalangan ulama muktabar.

Dalam isu solat tarawih ini. Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, "Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup".

Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka. Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.

Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, "Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.

Berdasarkan hujah di atas, kita dapati bahawa Nabi Muhammad SAW tidak ada menetapkan sebarang rakaat untuk melaksanakan solat sunat tarawih. Cuma, sunnah yang dianjurkan adalah 11 rakaat termasuk witir. Ini bertepatan dengan satu hadis yang direkodkan Imam Bukhari dalam Sahihnya. Saiditina Aisyah berkata, "Tidak pernah Baginda melaksanakan solat malamnya pada Ramadan mahupun pada bulan lain melebihi sebelas rakaat."

Dalam menyelesaikan perbalahan mengenai jumlah rakaat ini. Imam Ibn Taimiyah berkata, "(Seseorang) boleh bersolat tarawih 20 rakaat sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Ahmad dan Syafie. Boleh juga bersolat 36 rakaat sebagaimana yang ada dalam mazhab Malik. Boleh bersolat 11 rakaat atau 13 rakaat. Semuanya adalah baik. Banyaknya jumlah rakaat atau sedikitnya bergantung kepada lama atau pendeknya bacaan."

Beliau menambah, "Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat. Jika mereka kuat mereka boleh melakukan 10 rakaat ditambah dengan tiga rakaat witir sebagaimana yang diperbuat Rasulullah pada Ramadan dan di luarnya, maka inilah yang lebih utama. Jika mereka mampu, mereka boleh melakukan 20 rakaat, maka ini adalah afdal dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, karena ia adalah pertengahan antara 10 dan 40. Dan jika seseorang itu bersolat dengan 40 rakaat, maka itu pun boleh, atau dengan jumlah yang lain turut diizinkan. Barang siapa menyangka bahawa qiyam Ramadanitu terdiri dari bilangan tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang, maka dia sudah salah." (Majmuk al-Fatawa 23/113; al-Ijabat al-Bahiyyah 22; Durus Ramadhan 48)

Muhasabahlah diri kita. Adakah Ramadan yang bakal menjelma ini akan menghasilkan bibit perpecahan hanya kerana bertegas soal jumlah rakaat. Atau kita sama-sama meraikan perbezaan yang menjadi satu rahmat kepada manusia. Ramadan bukanlah bulan untuk berdebat siapa salah siapa betul. Tetapi Ramadan adalah bulan keberkatan yang di dalamnya penuh dengan kebaikan.


_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, August 6, 2009

AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEPANJANG JUN-OGOS





(Atas :Talk Tentang Kristianiti dan Ancamannya anjuran PMIUM 09)


(Bawah : Seminar hubungan Antara Agama 2009 di MMU)






(Bawah : Ceramah Motivasi di Kolej Kemahiran Mara Batu Pahat)











_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Friday, July 31, 2009

KOMENTAR UNTUK PENGOMENTAR


Saya terusik untuk menulis sesuatu. Walaupun hati memang tak mahu menulis sehingga bulan 9 ini. Saya masih lagi dalam mood menyunting dan menyemak karya pertama saya. Tetapi selepas bertalu-talu komen diberi terhadap artikel lama saya yang bertajuk “Mukhsin yang dilolong-lolongkan di Media Massa”. Saya rasa perlu untuk menulis agar tidak berlaku salah faham.

Ramai yang datang memberi komen selepas kematian Sutradara Yasmin Ahmad. Saya faham, mereka yang datang ini mempunyai pelbagai pandangan dan perspektif yang berbeza terhadap beliau. Tetepi untuk menghakimi beliau, bukanlah cara dan jalan yang ditunjukkan oleh Islam. Ada juga yang memberi komentar, menyalahkan saya dengan mendakwa saya menyokong setiap tindak-tanduk Yasmin Ahmad dalam berkarya.



Ada dua keperluaan saya menulis artikel ini. Pertama untuk menegur dan kedua untuk memberi kenyataan umum dan muktamad terhadap komentar-komentar yang ada. Bukan mahu menyalahkan sesiapa, tetapi setiap dari kita kadang-kala harus sering nasihat-menasihati.

Pertama, sama ada pemberi komen itu tidak membaca semua apa yang saya tulis. Kemudian memberi komentar berdasarkan emosi dan stigma buruk yang sudah sedia ada tentang Yasmin Ahmad. Ataupun, pemberi komen ini tidak membaca keseluruhan, sekadar membaca tajuk artikel. Kebiasaannya pemberi komen sebegini adalah mereka yang menulis dahulu baru berfikir. Pemberi komentar sebegini pada pandangan saya tidak perlu dilayan. Pemberi komentar ini harus sedar yang mereka juga manusia, bukan nabi yang bersih dari kesilapan yang boleh menghukum sesiapa sahaja. (Nabi pun tidak pernah menghukum sesuka hati tanpa wahyu!)

Kedua, artikel ini sudah lama saya tulis. Menjangkau setahun lama sudah artikel ini berada diblog saya. Sahabat saya pernah bertanya kepada saya, “Adakah semua yang kau tulis dahulu, kau masih setuju?” Saya jawab, “Tak!”

Saya rasa, jawapan kepada sahabat saya itu sudah dapat menjawab segala komentar di artikel tersebut. Bukan semua yang saya pernah tulis, saya setuju pada masa sekarang. Jika anda yang baru masuk ke dalam blog ini. Mungkin anda tidak pernah mengikuti perkembangan pernulisan saya dari dulu sehingga sekarang. Kepada yang sudah biasa dengan gaya dan perkembangan penulisan saya, mereka sudah faham dengan saya. Dan terima kasih kepada anda kerana menjadi pembaca yang matang serta tidak membuat komentar yang bukan-bukan.

Kita sentiasa berusaha untuk menjadi baik. Begitu juga dengan pemikiran dan gaya penulisan kita semua. Sejarah itu harus dipelajari, bukan diulangi. Belasungkawa untuk Yasmin Ahmad.

Fatihah….


Pengumuman: Jika para pembaca berkepalangan silalah hadir ke Seminar perhubungan antara Bukan Islam dan Islam yang berlangsung di Multimedia Universiti Kampus Cyberjaya pada 2 Ogos ini. Maklumat lanjut boleh rujuk di http://seminar.insight.org.my/





____________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>

Friday, July 24, 2009

PROMOSI SEMINAR YANG BERMANFAAT


As-salaamu 'alaikum, jemputan kepada semua pembaca PARADIGMA untuk menghadiri seminar ini.



MUSLIM & NON-MUSLIM RELATIONS IN MALAYSIA

BERTARIKH : 2 OGOS 2009
HARI: AHAD
MASA: 8 PAGI - 5 PTG
YURAN: PELAJAR RM 10 / BUKAN PELAJAR RM 30

BERTEMPAT
MULTIPURPOSE HALL
MULTIMEDIA UNIVERSITI KAMPUS CYBERJAYA




PROGRAM TENTATIVE

8.00-8.30 am Registration

8.30-9.15 am Session 1
Ustaz Hussein Yie (Pertubuhan Al-Khadeem)
Topic: Muslims responsibilities towards non-Muslim in the
context of Malaysia.

9.15-9.45 am Arrival of VVIP/VIP & Break

9.45-10.30 am Opening Ceremony by Dato’ Seri Shahidan Kassim

10.30-11.00 am Refreshment for VVIP/VIP & participants

11.00-11.45 pm Session 2
Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Govindji
IIS Speaker and Friendly Comparative Religion (FCR)
Topic: Non-Muslim’s perception towards Islam

11.45-12.30 pm Session 3
Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Professor Emeritus of University Malaya
Topic: Sharing Islam to non-Muslim

12.30-2.00 pm Lunch Break & Zohor Prayer

2.00-2.45 pm Session 4
Dr William Lau
Archdiocesan Ministry of Ecumenical & Inter-Religious Affairs
Topic: Promoting Unity through Inter-Religious Dialogue in Malaysia

2.45-3.30 pm Session 5
Ustaz Ahmad Jailani Bin Abdul Ghani
Syariah Lawyer and Freelance Lecturer
Topic: Current issues pertaining to Muslim-non-Muslim




3.30-5.00 pm Forum: "Inter-religious unity, what's next?"
Speaker: Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Ustaz Hussien Yee
Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Govindji
Ustaz Ahmad Jailani Bin Abdul Ghani
Dr William Lau



_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Baca Artikel Penuh>>