Saturday, July 7, 2007

Bagaimana dengan status penggunaan hadis Dhaif dalam hukum dan juga didalam fadail amal…………..


Bagaimana dengan status penggunaan hadis Dhaif dalam hukum dan juga didalam fadail amal…………..

oleh:ibnuyusofaljohori
*07/07/07;sabtu malam didalam bilik

Satu masa dulu sebelum saya mengenali ilmu hadis secara dekat saya pernah didatangi seseorang dari Jamaah Tablig.Dengan berjubah,berserban,bercelak dan serba serbi cara pemakaian bersandarkan Sunnah Nabi beliau mendekati saya dan cuba berbasa-basi dengan saya.Saya pada awalnya berasa kaget dan tak selesa tapi saudara itu pandai mengambil hati saya dan cuba bermuka manis dengan saya.Saya terpesona dengan akhlaknya…..


Kemudian tidak berapa lama azan zuhur sudah berkumandang kami pun beredar untuk mengambil saf masing-masing didepan.Usai solat Zuhur seorang lelaki berjanggut lebat bangun dan menyampaikan pesan bahawa selepas solat sunat Zuhur akan diadakan kuliah kitab Fadhail Amal.Erm..menarik minat saya,disebabkan saya ketika itu asing lagi dengan kitab-kitab sebegitu dan perwatakan lelaki yang ‘alim’ itu membuatkan saya terpaku punggung didalam masjid.

Tidak berapa lama seorang lelaki separuh umur duduk dikerusi yang disediakan didepan makmum.saya kira dia adalah Syeikh yang akan menyampaikan kuliah yang dikatakan sebentar tadi.


Tiba-tiba saya kedengaran beberapa suara dari belakang saya berbicara secara bisik-bisik:

“Kitab tu kan penuh dengan hadis-hadis daif,kenapa Ajk surau ni membenarkan kitab itu diajarkan??”……Saya mula resah,apa itu hadis daif??bahaya ke dengar kuliah ini?Bunyinya macam sesuatu yang serius..Mahu ke aku meneruskan niat untuk mendengar kuliah ini???Saya menjadi risau dan resah setelah mendengar rungutan pemuda dibelakang saya tadi…Saya mengalah,tak mahu meneruskan niat untuk turut serta dalam kuliah tersebut,tapi saya bukan terus balik ke rumah tapi terus ke perpustakaan yang berdekatan dengan rumah saya.Semata-mata untuk mengetahui apa itu hadis daif…Namun ketika itu kefahaman saya tentang hadis tidak berapa seperti sekarang..Alhamdulilah…


Mungkin perkara ini pernah menimpa diri anda semua,dan anda sentiasa keliru sama ada boleh atau tidak kita pelajari dan menggunakan hadis-hadis daif dalam kuliah dan dilakukan sehari-hari dalam kehidupan kita.Dan kebanyakkan kita diajari bahawa hadis daif ini harus hukumnya didalam perkara fadail amal dan tidak mengapa mengamalkannya.Bertitik tolak dengan kekeliruan itu saya merasa bertanggungjawab untuk memberitahu dan memberi sedikit pengetahuan tentang kebenaran penyataan ini.

Sebelum kita pergi jauh,marilah kita berkenalan dulu dengan apa itu HADIS DHAIF??

Maksud Hadis Dhaif adalah Setiap hadis yang tidak terhimpun padanya semua syarat hadis sahhih dan tidak pula semua syarat hadis Hassan.(rujukan:Al-manhal ar-rawiy(ms/38);Muqadimatu Ibni Ash-Shalah(ms/20);Irsyad Thullab Al-Haqaiq(1/153)

Al-Baiquni berkata didalam Nazham yang disusun beliau

كل ما عن رتبه الحسن قصر,فهو الضعيف له افسام كسر ’’

“segala yang berpaling dari tingkat hassn ditinggalkan,dia lemah dan banyak macam-macamnya’’(rujukan:Al-manzumah al-Baiquniyah ma’a at-taqrirat as-suniyah)

Berdasarkan pemerhatian,pembelajaran dan pengkajian saya mengenai hadis daif ini,banyak sekali ulama-ulama hadis mengatakan ketidakbolehan penggunaan hadis dalam segala macam hal.Saya memetik kata-kata Syeikh Al-Qasimi didalam kitabnya beliau berkata “Diceritakan oleh Ibnu Sayyid al-Nas didalam kitab ’Uyun al-athar daripada Yahya Bin Mu’in dan dinisbahkan pula didalam Fathul Mughis karya Abi Bakr Ibni Arabi “Secara zahirnya sesungguhnya mazhab al-bukhari,Muslim adalah tidak boleh beramal dengan sebarang hadis Dhaif’’.


Baiklah jika ada yang masih mahu memperkatakan hadis daif adalah harus digunakan dek kerana Imam Nawawi pernah menyebutkan perihal bolehnya beramal denga hadis daif dalam perihal fadail Amal,maka saya mahu menegaskan bahawa kebolehan itu bukan atas dasar mutlaknya keharusan penggunaan hadis daif itu sendiri.


Saya merujuk perkara ini melalui kitab Al-Maraqah jilid 2 ms/381 karya Syeikh Ali al-Qari beliau berkata “Sesungguhnya hadis Dhaif ini boleh diamalkan didalam perkara-perkara yang tergolong didalam amalan-amalan tambahan(fadail amal),dan sesungguhnya perkara itu merupakan hasil ijmak ulama yang sebagaimana telah dikatakan oleh Imam nawawi.Namun,yang dimaksudkan itu (fadail amal) disini adalah amalan-amalan yang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KitabuAllah dan Sunnah RasulAllah ’’


Atas dasar inilah beramal dengan hadis Dhaif hukumnya jatuh harus sekiranya telah didapati ketetapan dan jelas tentang amalan yang disyariatkan didalam hadis Dhaif berkenaan dengan yang lainnya serta didapati juga suatu hujah yang tepat.

Namun terdapat beberapa syarat yang ditetapkan dalam penggunaan hadis daif ini.Antara syaratnya ialah:

Pertama:Mereka yang beramal dengan hadis Dhaif itu mestilah yakin dan mempunyai iktikad bahawa apa yang ia amalkan adalah berdasarkan kepada hadis dhaif .

Kedua:hendaklah perbuatan itu tidak disyariatkan dan tidak pula disyiarkan.Ini bertujuan agar orang lain tidak terikat beramal dengan hadis dhaif sebab pada dasarnya orang itu telah beramal dengan apa yang tidak disyariatkan.Disamping itu juga untuk mengelakkan dari orang-orang yang jahil beranggapan bahawa ia adalah satu amalan dari Nabi.
(rujuk kitab 50 masalah penting dalam agama dari tinjauan hadis sahih dan dhaif terjemahan langsung dari kitab Al-manar al-munif fi sahih wa dhaif oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziah)

Ketiga: Hendaklah tingkatan Dhaifnya itu tidak terlalu rendah atau buruk.(rujuk kitab Mahabith fi ulum quran oleh syeikh Manna’ khalil Al-Qathan)

Hujah-hujah keharusan yang saya bawa itu adalah berdasarkan kepada pandangan ulama yang menerimanya,walaubagaimanapun penerimaan itu bukanlah secara mutlak tapi berdasarkan beberapa syarat yang perlu diikuti.


Walaubagaimanapun ramai juga ulama yang menolak secara mutlak dalam penggunaan hadis ini,antaranya adalah Muhaqiq Al-Imam As-Syaukani.Beliau menolak dan membidas orang yang mengatakan dengan begitu mudah bahawa ahlul Ilmi telah pun berijmak keatas penggunaan hadis Dhaif didalam fadail amal dan kemudian mereka telah menceritakan semuannya itu(apa yang dimaksudkan oleh As-Syaukani adalah,ada segelintir orang memudahkan urusan pengunaan hadis daif sedangkan mereka tidak meniliti dan mahid dalam bidang hadis,maka apabila mahu menggunakan hadis daif merke berdalilkan kata-kata ulama yang mengharuskan penggunaannya.Tanpa menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan),.

Sesungguhnya mereka(ulama-ulama yang mengharuskan) telah berpegangn kuat didalam hadis-hadis ahkam,beliau berkata:“Sesungguhnya hukum-hukum syariat itu mempunyai kedudukan yang sama dan sedarjat,tidak ada perbezaan antara satu sama lain.Dengan demikian maka tidaklah benar(disisi undang-undang islam) untuk mengisytiharkan dan menetapkan satu perkara didalam hal ehwal syariat kecuali ianya telah diperjelaskan akan adanya hujah-hujah yang terang dan nyata.Jika tidak ini bererti ia telah mengatakan sesuatu perkara tentang (hukum-hukum Allah) yang ianya tidak dikatakan atau ditegaskan oelh Allah dan RasulNYA sendiri.Oleh yang demikian ia berhak menerima dosa dan azab daripada Allah.Dan di sebalik itu pada hakikatnya,cukuplah hati ini sebagai saksi diatas pemalsuan dan apa yang datang dalam makna ini.’’(rujuk kitab50 masalah penting dalam agama dari tinjauan hadis sahih dan dhaif terjemahan langsung dari kitab Al-manar al-munif fi sahih wa dhaif oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziah)

Kesimpulannya,atas dasar pengkajian saya tentang hadis daif ini bahawa saya membuat kesimpulan bahawa pendapat yang paling rajih ataupun mendekati kebenaran bahawa HADIS DHAIF TIDAK BOLEH DIGUNAKAN didalam segala hal pun.Saya mengambil balik kata-kata Syaukani perihal ini tidaklah benar(disisi undang-undang islam) untuk mengisytiharkan dan menetapkan satu perkara didalam hal ehwal syariat kecuali ianya telah diperjelaskan akan adanya hujah-hujah yang terang dan nyata.’’


Dan sudah terang dan bersuluh bahawa hadis Dhaif adalah tidak terang dan nyata hujah-hujahnya,oleh itu meninggalkannya adalah lebih mendekati sunnah dan mengelakkan diri dari terjerubus kedalam Amaran Nabi berkenaan dengan amaran jangan berdusta ketas beliau.

وان كذبا على ليس ككذب على احد فمن كذب على متعمدا فليتبوا مقعده مى النار (رواه مسلم)

“Sesungguhnya berdusta keatas diriku bukanlah sama seperti mendustakan kepada seseorang,maka sesiapa yang berdusta kepadaku dengan adanya unsure kesengajaan,silakan mengambil tempat duduknya didalam api neraka.”


Akhir sekali ingatlah hadis ini:

اتقوا الحديث عنى الا ما علمتم(رواه ترمدذى و ابو شيبه)

“takutlah(hati-hatilah) kamu didalam menyampaikan hadis daripada saya,kecuali apa-apa (hadis) yang engkau semua telah ketahuinya“

sekain................................

Baca Artikel Penuh>>

Friday, July 6, 2007

Zuhud itu bukan yang benar...


Zuhud itu bukan yang benar...

*alhamdulilah dapat juga saya menyiapkan artikel utnk minggu ini...


Dahulu ketika saya dibangku sekolah saya telah dibajai dengan satu pemikiran yang salah tentang makna zuhud oleh ustaz saya.(menceritakan perihal ini bukanlah saya tidak mengenang jasa ustaz saya disekolah rendah dahulu,tapi sekadar memberi peringatan kepada semua).Zuhud yang saya tahu ketika itu adalah seorang muslim yang berjubah koyak sana koyak sini,berjanggut dan berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat untuk berdakwah,tidak berkerja hanya mengharap belas ehsan,tidak terurus dari segi penampilan,tidak mahukan dunia,hanya ada sehelai baju ,beribadah sepanjang masa dan serba serbi kedaifan.

Begitu lah gambaran yang saya dapat ketika itu,dan ia juga ditambah dengan unsur-unsur magis ataupun karamah seperti berjalan diatas air dan sebagainya.Siapa yang tidak takjub dengan cerita-cerita begitu pada umur seawal 11 tahun,dan ia memang sudah dijangka ramai yang terpengaruh dengan cerita-cerita begitu.Sehinggakan pada awal tahun2003 saya ada ternampak ada sebuah buku yang menceritakan tentang kekeramatan orang-orang zuhud ini tanpa ada sandaran dalil yang sahih.Saya gamam.....

Bukan cara begitu islam mahu diperkenalkan atau diperomosikan,

Islam adalah agama yang mengatur kehidupan dunia dan akhirat,memperhatikan persoalan masyarakat dan mengindahkan jasmani dan rohani.Islam menekan persoalan rohani dan jasmani,bukan hanya ditumpukan pada persoalan rohani semata-mata seperti para rahib iaitu mengharamkan dunia keatas diri mereka.Tidak!!Islam tidak inginkan begitu.


Allah sendiri telah menyatakan dengan tegasnya berkenaan hal ini “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.’’ (sura al-araf 31-32)


Dengan adanya ayat diatas,ada sesiapa lagi yang layak dan berani untuk mengharamkan perhiasan dan rezeki yang baik untuk manusia??Pasti saja tiada sesiapa yang berani untuk melakukannya......

Tubuh badan kita ada haknya tersendiri terhadap diri kita, dan ia selari dengan Sabda nabi “Sesungguhnya tubuhmu ada hak’’,.Apabila badan terasa sakit maka kita berikan ubat,bila kita lapar kita berikan makanan,apabila kotor kita bersihkan,dan apabila badan penat maka kita rehatkan dan banyak lagi hak-hak yang perlu kita perhatikan terhadap tubuh badan kita sendiri.


Saya ingin memetik beberapa perkara yang diutarakan oleh Syeikh Yusuf al-qardhawi berkenaan dengan hak tubuh badan.Syeikh membahagikannya kepada 2 dimensi atau bahagian:

Bahagian pertama adalah kesihatan dan kebebesan dari serangan penyakit.Menurut beliau seseaorang harus bertubuh sihat sepertimana sabda Nabi SAW “Barangsiapa beriman dalam dirinya ,sihat tubuh badannya,maka ia membawa bekalan hari ini.Dunia dan segala sisinya seakan-akan jadi miliknya’’.(HR Bukhari dalam adabul-mufrad dan at-tirmidzi menyatakan hadis ini tergolong hassan gharib.Selain itu hadis ini juga diriwayatkanoleh Ibnu majah dari Abdullah bin Muhsan al-kuthami r.a dan disebutkan dalam sahih hami’ sogir no 6042.Untuk perjelasan lanjut sila baca Buku Syeikh Qardhawi didalam kitabnya Al-muntaqamin kitab at-targhib wa tarhib)

Atas sandaran ini jugalah Islam mensyariatkan kebersihan didalam semua keadaan,sama ada ada ketika mahu bersolat,tempat solat,suci dari hadas dan pelbagai lagi.

Saya tertarik dengan tulisan Syeikh Sayid Abu Hasan Ali Al-Husni An-Nadwi tentang rasa kepelikan dan ketidaksenangan dia terhadap para rahib dalam hal kerbersihan ini.Menurut beliau semasa zaman pertengahan para rahib di Eropah mendekatkan diri dengan tuhan dalam keadaan kotor,dan memang sengaja mengotorkan diri kerana bermaksud ZUHUD.Maka ada sesetengah dari mereka berasa bangga kerana tidak pernah membersihkan diri dan menempelak mereka yang kerap mandi dengan mengatakan “Sungguh amat disayangkan sekali,orang-orang sebelum kita sepanjang hidup tidak pernah menyentuh air,tapi dizaman ini ramai orang-orang yang masuk bilik air untuk mandi’’

Seterusnya Qardawi juga ada membangkitkan soal mengenai beribadah hinggakan kelarut malam dan membahayakan diri.Bukannya tidak boleh,tapi perlulah bersederhana,tidak melampau-lampau hinggkan lupa pada makan dan sebagainya sehingga mendatangkan kemudaratan.Firman Allah “dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan’’.(al-baqarah 194).

Dan Nabi SAW juga pernah bersabda “Sesungguhnya tubuhmu ada hak keatas kamu(berisitirahat).Matamu ada hak keatas kamu(untuk tidur).Keluargamu ada hak keatas kamu(untuk mendapatkan kasih sayang).Dan orang-orang yang datang berkunjung juga mempunyai hak keatas kamu (untuk mendapat penghormatan).’’(sahih).

Perkara kedua ialah ketangkasan dan kemampuan bergerak cepat.Sehendaknya tubuh badan kita perlulah tangkas dan baik agar mampu menunaikan semua kewajiban sama ada kewajiban agamaa mahupun untuk kepentingan dunia.Misalannya mampu untuk bergerak ke tempat bekerja dan menunaikan solat di masjid.

Nabi SAW adalah seorang yang tangkas dan kuat,ini dapat dibuktikan dengan satu riwayat berkenaan dengan kehebatan Nabi menewaskan seorang pahlawan yang bernama Rukanah.Manakala didalam kalangan para sahabat,mereka semua mahir dalam berkuda dan melempar panah.

Salah seorang sahabat dari kalangan wanita ada yang melihat beberapa pemuda sedang berjalan mengheret kaki seakan-akan berat.Kemudian wanita itu berkata “siapakah gerangan pemuda-pemuda itu?’’ Maka yang lain menjawab “ Mereka ahli ibadah’’.Mendengar sahaja jawapan itu,wanita itu terus berkata “Ah!Umar saja berjalan dengan tangkas dan cepat,kalau berbicara pula sangatlah jelas,dan kalau memukul amatlah sakit,padahal Umar adalah ahli ibadah yang sebenar-benarnya’’.

Oleh itu Islam juga amat menitik beratkan perihal ketangkasan dan kemahiran,Tidak hanya utk beribadah tetapi ia juga merangkumi perihal mencari hak dunia.Oleh itu barulah saya sedar,bahawa zuhud yang selama ini saya mengerti dan kethui adalah menyimpang dari landasan islam yang sebenar...

KepadaMU aku terus bersandar.........sekian

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, July 5, 2007

BERUBAH MANHAJ ILMU

BERUBAH MANHAJ ILMU

ABU SAIF@www.saifulislam.com

*pada minggu ni saya tidak sempat untuk meuulis artikel terbaru,kerana sibuk dengan pogress ‚pembikinan semula’ blog ini...hayatilah artikel yang bermanfaat ini dari Mentor saya......


Dalam soal ilmu, isunya berbangkit juga.
Ketika saya tiba di Jordan, saya tidak Salaf, tidak juga Khalaf. Hanya insan biasa.. seperti kebiasaan yang ada.
Saya dan rakan-rakan menadah kitab mengaji Syarah Ibn Aqil dan Kutaib Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah setiap hari selepas subuh. Di peringkat itu, saya mengukuhkan kefahaman saya tentang apa yang telah saya pelajari semasa di Malaysia. Mengemaskan hujah-hujah dan cara berfikir sebagai seorang Khalaf.


Tetapi walaupun ketika itu saya kira saya seorang yang selesa dengan manhaj Khalaf, syukur Alhamdulillah saya tidak mencaci Salaf. Saya tidak bernafsu besar membongkar dan mengumpul hujah bagi menentang lawan, kerana semasa saya mendalami manhaj Khalaf, saya mendalaminya kerana mahu menyembah Allah, bukan kerana mahu menyembelih Ibn Taimiyah.
Walaupun saya amat kasih dan cinta kepada guru yang mendidik saya itu, ia tidak sampai saya mengikat diri kepada peribadinya. Penghormatan dan kasih sayang saya kepada Ustaz Ahmad al-Kaf adalah setinggi-tinggi kasih sayang seorang murid kepada gurunya.


Bersama Ustaz Ahmad al-Kaf di sebelah kiri saya
Sebab itulah, apabila Ustaz Ahmad al-Kaf menegur kemungkaran segelintir pelajar dan mereka mahu membelasah beliau, saya tidak teragak-agak bersama rakan yang lain untuk mempertahankan Ustaz Ahmad al-Kaf, walaupun terpaksa mengangkutnya lari di malam hari.
Tetapi proses pengajian itu berterusan. Selepas satu demi satu subjek di universiti diambil, dan atas keterbukaan diri yang saya syukuri, saya memberanikan diri mengkaji pula aliran Salaf.
Saya percaya, isu ini sensitif. Maka untuk mengkaji dan memahami tentang seseorang atau sesuatu topik, maka jangan mulakan kajian dengan membaca komen penyokong atau komen musuh. Pergi kepada hasil kerjanya sendiri.
Apabila saya mahu memahami tentang Ibn Taimiyah, saya mulakan dengan meneliti kitab-kitab karangan Ibn Taimiyah. Bermula dengan kitab sekecil Ubudiyyah, hinggalah kepada Minhaj al-Sunnah, saya bertemu dengan Aqidah, Ibadah, dan Akhlak yang sejahtera. Memang ada satu dua tempat yang keras dan kasar, tetapi apabila terkenangkan ganasnya jiran-jiran Arab di sekeliling rumah saya, maka saya boleh berusaha memahami dan bertolak ansur pada pendekatan Ibn Taimiyah kepada manusia di zamannya. Pendekatan tidak jadi masalah, tetapi fakta yang dikaji untuk jadi penentu.
Semasa kita kecil, kita mungkin berdendam sehari dua apabila ayah mencubit kita yang bermain hujan. Tetapi semasa kita menjadi ayah, tanpa sedar kita melakukan perkara yang sama semasa anak kita bermain hujan.
Ia soal pendekatan… lain zaman, lain caranya, lain umur, lain kaedahnya.


Saya tidak membaca kitab-kitab musuh Muhammad bin Abdul Wahhab atau kitab-kitab pemuja dan pemujinya. Tetapi saya pergi kepada kitab yang dikarang oleh Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri.
Alhamdulillah, saya boleh bertenang.
Apabila saya semakin selesa (saya tidak guna istilah ’saya rasa semakin betul’) dengan manhaj Salaf, saya menoleh ke belakang dan Alhamdulillah jika saya mahu beralih manhaj, saya tidak ada luggage yang terbeban di dalam sirah hidup. Maka saya berubah dengan tenang. Kasih sayang saya kepada guru-guru yang mendidik manhaj Khalaf, tidak terusik walaupun sedikit. Malah saya dapat memahami apa yang mereka fikirkan dan saya berubah tanpa perlu bermuka-muka.


SALAFI VERSI CELUPAR, KHALAFI VERSI ‘LASER’
Malang sekali ada sebahagian kita yang semasa bermanhaj Salaf, dia seorang yang celupar. Habis semua orang dibid’ahkannya. Berapa ramai insan yang dilukakannya. Dan dirinya tidak pernah mahu meneliti betul atau salah sikap begitu, kerana beralasan bahawa semuanya dibuat kerana Allah! Subhanallah dari kecelaan akhlak si makhluk.
Tiba-tiba dirinya tersedar bahawa dia telah terlalu banyak melukakan orang. Dan dengan pertimbangan yang sungguh tidak rasional, dia menyalahkan manhaj Salafnya itu sebagai punca dirinya berlaku buruk. Dia berubah menjadi Khalaf tetapi dengan lidah yang terpaksa ditajamkan, menyerang golongan Salaf dengan cara yang tidak berhikmah, demi untuk menjustifikasikan perubahan dirinya. Ramai sungguh x-Salafi yang saya temui sedemikian rupa.


Begitu juga bagi yang Khalaf…
Sebab itulah saya pesan, selagi kita masih hidup, selama itu jugalah kita akan menempuh perubahan. Sama ada berubah ilmu, berubah sikap, berubah gaya, apa sahaja… Itu fitrah namanya. Apakah segala-gala yang saya putuskan hari ini sudah muktamad? Mungkin ya, mungkin tidak. Andai ada lagi perubahan yang mahu dibuat, saya menyediakan diri untuknya, di jalan abdi saya kepada-Nya.


Ketika membaca kisah hidup Imam Syafi’e, Abu al-Hasan al-Ashaari, malah terutamanya riwayat hidup Abu Hamid al-Ghazzali, mereka menempuh pelbagai peringkat perubahan diri dan manhaj… sesuai dengan challenge vs. response.
Maka lapangkanlah jalan di liku-liku usia agar perubahan diri tidak dikhianati.
MENGUBAH SIKAP TERHADAP SESAMA KUMPULAN ISLAM
Mungkin atas sifir yang sama, mereka yang agar senior di dalam PAS, IRC dan ABIM sukar untuk mencari damai. Dalam hal ini juga manusia itu boleh berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Sebab itulah jangan kita terlalu mencederakan lawan. Sampai satu masa, kita mungkin perlu berubah. Mungkin tidak mengubah jemaah, tetapi mengubah sikap terhadap sesama jemaah.


Sudah binasa umat kita dimakan hedonisma dan maksiat yang menggila. Kezaliman makin melampau, dan setiap kita lemah untuk pergi ke medan sendirian. Di peringkat kepimpinan, kesedaran telah ada untuk saling bekerjasama. Tetapi di peringkat yang lain, sukar benar untuk kita berlapang dada.
Mengapa?
Kerana semasa kita di kumpulan A, kita sangat rakus mencederakan kumpulan B dan C. Semasa kita di kumpulan B, kita membina kejayaan dengan memijak dan mengkhianati kumpulan A dan C. Maka kita telah menyulitkan perubahan.
Apabila tiba masa kita bekerjasama, kita sukar berlapang dada. Kerana luggage kita berat dengan perbuatan silam.


Maka bagi generasi amilin Islam yang baru, bersederhanalah…
Izinkan diri untuk menempuh perubahan dari satu usia ke satu usia, kerana ia sebahagian dari proses kematangan Bani Insan.



Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, July 3, 2007

Akhlak kita pada mereka yang bukan seakidah dengan kita



Akhlak kita pada mereka yang bukan seakidah dengan kita

oleh:YaWauSin Aljohri

“Perlahankanlah sikit lagu tu Kamal,tak elok kau buka kuat-kuat…Kesian kat orang bilik sebelah,kot-kot diaorang ngah study ke” Tegur Ah Meng kepada Sahabatnya itu.Entah macam mana pada hari itu Kamal cuba menegakkan benang yang basah “Ah!!Lantaklah,ini bilik kita,suka hati kitaa la nak buat apa pun..Nak buka lagu kuat-kuat ke,buka tv kuat-kuat ke,memekak ke suka ati kita ler..Lagipun diorang tu bukannyer Islam pon,semuanya kaper….”Kamal ketawa terbahak-bahak.

Ah Meng panas hati bila mendengar kata-kata biadap Kamal terhadap jiran-jiran mereka,masakan kita boleh membeza-bezakan antara Islam dan Kafir dalam membuat onar..marah Ah Meng...



“Kamal,aku rasa kau melampau,dah lama aku bersabar dengan kerenah kau,lagi-lagi dalam meremehkan dan memandang rendah terhadap mereka yang bukan seakidah dengan kitaDisebabkan mereka itu bukan islam kau berlaku tidak adil kepada mereka,adakah kau sudah lupa dengan firman Allah “Dan jangan sampai kerana kebencianmu terhadap suatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil.”(1).

Selain tu aku tak pernah tahupun bahawa Islam mengajar kita membeza-bezakan antara Agama dalam soal bermasyarakat diantara manusia dengan manusia.Malahan apa yang aku tahu Nabi sangat menitik beratkan hubungan antara islam dengan bukan islam,nabi menegaskan hal itu didalam sabdanya "Barangsiapa mengganggu seorang kafir dzimmi, maka saya adalah musuhnya, dan barangsiapa memusuhi saya, maka akan saya musuhinya nanti di hari kiamat." (2).Mahukah kau menjadi musuh Muhammad yang mulia?? AstagfiruAllah,istifar Kamal.”.


Marah betul Ah Meng saat itu,dia terpaksa meluahkan segalanya terhadap Kamal apa yang terbuku dihatinya,dia terlalu sayang kepada sahabatnya itu,disebabkan itu beliau mengambil tindakan sedemikian bagi menyedarkan Kamal.


“Ya,Allah!!Apa aku dah buat ni???Maafkan aku Ah Meng,jauh sungguh aku tersasar dalam perkara ini..Maafkan aku Ya Allah,maafkan aku Ah Meng....” Kamal menyesali perbuatannya,baru dia sedar bahawa Islam memandang berat terhadap perkara ini,sambil memperlahankan volume speaker dekstopnya..




“Begitulah Islam mengajarkan kita bagaimana bersikap terhadap mereka yang bukan seakidah dengan kita..Itu baru dengan orang bukan seakidah inikan pula mereka yang seakidah dengan kita lagi lah kita perlu jaga dan hormati antara satu sama lain.Sebab Nabi SAW ada mewasiatkan bahawa tidak sempurna iman sehinggalah kita mencintai saudara kita.Syukurlah kau menyesali perbuatan tersebut,dah la tu tak yah nangis-nangis lagi buruk benor muka kau kalo nangis’’.Usik Ah Meng pada Kamal,kemudian mereka ketawa bersama-sama….




*moral of the story:Janganlah kita menyakiti mereka yang bukan beragama Islam,sakiti dalam apa bentuk sekalipun antaranya adalah seperti perbuatan kamal diatas.Orang bukan Islam yang berada di Malaysia ini adalah mereka yang digelar sebagai Ahlu Zimmah.Ahlu zimmah bermaksud Non-muslim yang berada dinegara Islam secara baik,tidak haram dari segi hokum,dengan membayar jizyah dan mentaati peraturan yang ada dinegara Islam tersebut.Hak mereka sama dengan hak kaum muslim,mereka harus dilindungi dijaga dan tidak boleh disakiti.




Seorang ahli fiqih Maliki Syihabuddin al-Qarafi mengatakan: "Perjanjian perlindungan adalah menentukan hak yang harus kita patuhinya kerana sesungguhnya mereka itu berada di samping kita, dalam perlindungan kita, dalam perjanjian kita, dalam perjanjian Allah, dalam perjanjian Rasulullah dan dalam perjanjian Islam. Oleh kerana itu barangsiapa mengganggu mereka kendati dengan sepatah kata yang tidak baik, atau dengan mengumpat yang menodai kehormatan mereka, atau macam gangguan apapun atau membantu perbuatan tersebut, maka sungguh ia telah mengenyampingkan perjanjian Allah, perjanjian Rasulullah dan perjanjian Agama Islam."(3)


(1)-Al-Maidah:5

(2)Diriwayatkan oleh Al-khatib dengan sanad yang baik

(3) Dari Kitabul Furuq lil Qarafi.

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, June 28, 2007

BEZANYA UNDANG-UNDANG...


BEZANYA UNDANG-UNDANG...
ibnuyusof aljohori



  1. Sir John Salmon in his book, Jurisprudence, defines law as ‘The body of principle recognizes and applied by the state in the administration of justice….

  1. Tolstoy: “rules established by MEN who have control of organized power and which are enforced against the recalcitrant by the lash, prison, or even murder.”

  1. Syariah Law: “The Syariah has been created by GOD and human role is to discover and articulate it rather than invent it.It is established in the Holy Quran revealed to the Prophet Muhammad SAW.”



Saya mahu semua pembaca menilai ketiga-tiga definisi undang-undang yang ada diatas kemudian berikan saya satu perbezaan besar yang ada didalam definisi tersebut.Dan saya yakin jawapan yang akan diberi adalah GOD,saja saya membesarkan perkataan GOD itu agar memudahkan anda semua menilai ketiga-tiga definisi tersebut.Ya!! GOD atau dengan bahasa cantiknya adalah Allah,itulah yang membezakan undang-undang yang cipta manusia dengan Allah.NAmun masih ada yang buta mata dan hati dalam hal ini,masih lagi mahu mempertahankan undang-undang manusia kemudian memperlekehkan undang-undang Allah.




Saya pernah menanyakan kepada Pensyarah ‘BUSINESS LAW’ saya berkenaan kenapa Undang-undang di Malaysia hanya dibahagikan kepada dua iaitu CIVIL dan CRIMINAL dan tidak ada Syariah Law dalam pembahagian tersebut??(ketika itu juga pensyarah saya seakan tidak percaya yang saya akan membangkitkan persoalan itu).




Kemudian pensyarah yang juga seorang peguam menjawab bahawa undang-undang Malaysia tertaluk dibawah sections 3(1) of the Civil Law act 1956 (revised 1972) didalam seksyen tersebut ia menyatakan, “in Peninsular Malaysia, the courts shall apply the common law of England and the rules of equity as administered in England on the 7th day of April,1956,than in Sabah and Sarawak, the courts shall apply the common law of England and the rules of equity, together with statutes of general application, as administered or in force in England on the 1st day of December 1951 and the 12th day of December 1949 respectively.”




Saya tersenyum bila mendengar jawapan terbebut,petah dan bijaksana pensyarah saya ini memang layak jadi seorang peguam.Namun jawapan beliau membawa saya kepada soalan seterusnya yang saya rasakan ia perlu dipersoalkan.

“So. Our country didn’t have sovereignty, that’s true sir?” Saja saya memberi soalan ‘provoke’ berbentuk ayat tanya kepada pensyarah saya,agar ia menjadi lebih dramatic.




“No, its didn’t mean that our country don’t have sovereignty, but Malaysia is a part of colonies that’s why we should follow the Common Law. And we’re not following the whole law; we just follow the law if the law is applicable.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh pensyarah saya diatas, “kita sebahagian dari jajahan England dan kita mesti mengikut semua undang-undang yang telah mereka gubalkan.Tetapi kita hanya ikut jika undang-undang itu masih praktikal”




Saya mahu mempersoalkan lagi disini,jika kita masih mengikut telunjuk orang yang pernah menjajah kita ini bermakna kita masih lagi dibawah jajahan mereka.Semua orang boleh terima kata-kata saya ini,masakan kita masih mahu mengikut undang-undang mereka setelah kita bebas???Jadi apa makna kebebasan Negara kita????



Dan lagi tidak logik setelah kita berhempas pulas cuba untuk menjadikan Negara Malaysia sebagai Negara Islam(sehinggakan seorang ulama besar dari sebuah University Islam terkemuka pernah mengakuinya) kita masih menggunakan undang-undang yang digubal oleh mereka yang bukan beragama Islam.Dan keadaan yang paling Pelik dan ajaib ialah meletakkan mahkamah Syariah dibawah Mahkamah Tinggi dan dijadikan sebagai Subordinat Court dan bukannya Superior Court.(rujuk General Principle of Malaysian Law,5th edition by Lee Mei Pheng)



Saya berasa Malu dan terhina bila Mahkamah Syariah dikatakan sebagai subordinate Court bukannya Superior Court sedangkan Undang-undang Islam digubal oleh Allah dan undang-undang Civil dan Criminal yang diagung-agungkan itu hanyalah cebisan pemikiran manusia yang terhad akalnya.Saya bukan mereka-reka pernyataan ini tapi ia sendiri dinukilkan atau didefinisikan oleh tokoh undang-undang dunia antaranya oleh Tolstoy :“rules established by MEN who have control of organized power and which are enforced against the recalcitrant by the lash, prison, or even murder.”



Kalau begini lah gayanya dan sikapnya maka tiada apa-apa yang boleh dibanggakan dengan nama NEGARA ISLAM selain dari kehinaan dari Allah.Aggaknya akal ‘mereka’ masih tidak boleh menilai dengan baik definisi undang-undang diantara undang manusia dengan undang-undang tuhan,orang yang waras tentu sekali tidak akan menafikan bahawa undang-undang yang cipta tuhan adalah yang terbaik,tidak ada kesilapan dan penggubalan atau pembatalan, berbanding dengan undang-undang manusia yang seringkali terlibat dengan seribu satu percanggahan dan permasalahan

Fikir-fikirkan lah wahai para pembaca sekalian.Jika kalian pemuda dan pemudi islam maka andalah pewaris Negara dan sanggupkah anda semua meneruskan semua ini di masa hadapan??fikirkan lah sejenak,dan buatlah keputusan dengan fikiran yang waras berteraskan iman dan taqwa bukan berteraskan nafsu pada pangkat dan sebagainya.

~Aku yang sedih~……

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, June 21, 2007

“We are here not to judge but to share”


“We are here not to judge but to share”

Mukadimah pertama oleh:Yussamir yusof aljohori

*Tulisan ini khas untuk semua TANZIM 07/08 dan semua ahli Institusi Usrah MMU cyberjaya

  1. “Kalau bukan kita yang tolong siapa yang akan tolong??”
  2. “Siapa kita mahu menghukum dan menentukan nasib dia?Itu semua kerja Allah dan kita disini hanya perlu berusaha untuk membentuk mereka,sebab mereka juga insan yang diciptakan Allah“.



Dialog sebegini tidak selalu saya dengar ia meniti dibibir insane yang bergelar dai’e, sedar atau tidak kita sebagai dai’e hanya pandai bergelangang di gelangang yang sudah acap kali kita pergi.Tidak mahu dan merasa tidak ‘masuk’ untuk medekati gelangang yang berbeza membuatkan kita buta hati dan perasaan,ini bukan satu fantasi tapi memang nyata telah berlaku dikalangan dai’e kita lagi-lagi dikalangan mahasiswa.




Disebabkan kita berada didalam organisasi Islam,berketayap dan bertudung labuh maka kita dengan senang-senang menghukum seseorang dengan merasakan kita sahaja yang baik dan sempurna.Jijik ke untuk kita bersama mereka yang tidak bertudung,yang tidak satu organisasi dan yang tidak pernah solat???Lagi jijik jika kita tidak mahu bersama mereka dan cuba berusaha untuk membentuk mereka.

Apalah gunanya organisasi Islam dan sebagainya jika didalamnya hanya mereka yang sudah tahu apa itu islam dan sudah boleh dibentuk tapi kita meninggalkan mereka-mereka yang tidak tahu apa-apa tentang islam terkapai diluar sana.

“seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannay teraniya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesame muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesame muslim.Haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya(Hadis Riwayat Muslim ms205)

Mereka mencari jalan tapi tidak ada siapa yang mahu menyambut mereka dan menunjukkan kejalan yang betul,kita hanya tahu memerhati dan apabila mereka membuat kesalahan kita menghukum mereka.Kemudian kita berlagak dengan mengatakan “mereka tidak tahukah itu salah kenapa mahu buat juga?Buat malu jer”.Wah!!itu lah kita yang sering berlagak pandai dikalangan mereka yang tidak tahu,lagi teruk kita berdalil dengan firman Allah “maka bertanyalah jika kamu tidak mengetahui”…Apakah ini semua???



Tidakkah kita sedar bahawa tugas kita sebagai seorang dai’e adalah membimbing dan membawa mereka-mereka yang jahil ke jalan yang diredhai.Bukanlah saya mahu mengatakan organisasi Islam tidak lagi perlu tumpu pada program kepada mereka yang sudah ‘sudah tahu’ tapi tugas kita perlu seiring,iaitu memantapkan dan membetulkan.Kita disini bukan untuk menghukum tapi untuk berkongsi dan kita mahu menjadikan organisasi Islam itu bukan hanya tertumpu pada mereka-mereka yang baik-baik sahaja.



Impian saya mahu melihat organisasi Islam lebih fleksible dan lebih terbuka dalam semua aspek.Bukan liberal tapi lebih terbuka dalam mendekati seseorang.Kita perlu buangkan dalam diri ini bahawa kita ini lah yang baik dan mereka yang kita dekati tidak baik,tapi saya mahu kita bersama berkongsi dan bersama memperbaiki diri.Selain konsep berkongsi ialah konsep kasih sayang,konsep kasih sayanglah yang akan merapatkan hati-hati kita dan seterusnya membuahkan hasil insan yang bertakwa dan berkasih sayang semata kerana Allah.



“Dari Abu Hurairah katanya RasullAllah bersabda “sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak , “MANA ORANG-ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA KEAGUNGANKU?Hari ini Kunaungi mereka ,dimana tidak ada naungan yang lain selain naunganKU” (Hadis riwayat Muslim bab kebajikan ,silaturahin dan adab ms 207 kitab sahih muslim)

Ada dikalangan kita takut untuk dekati dengan rakan-rakan yang tidak bertudung dan pelbagai lagi.Takut status ‘budak baik’ dan ‘budak dakwah’ itu tercemar dan takut difitnah jika bersama dengan mereka.Saya katakana KENAPA MAHU TAKUT?????Adakah usaha kita untuk dekatkan mereka pada Allah itu adalah perkara yang tidak baik???Dan keredhaan mana yang mahu kita dapat?keredhaan Allah atau keredhaan manusia?Betulkan lah niat dan cara kita dalam berdakwah dan islah,mengapa kita takut akan itu semua jika kita sedar apa yang kita buat itu tidak melanggar syariat?



Dekati mereka dan fahami perasaan mereka,jangan memaksa tapi berlembut.Tidakkah kita ingat bahawa Nabi Muhammad SAW berdakwah dengan cara yang lembut dan berhikmah,dan dengan cara itulah Manusia yang digelar singa juga dapat dilembutkan hatinya dan menerima Islam..

Janganlah sesekali kita menghukum tapi kita dekati dan cari altenatif untuk membawa mereka kejalan yang benar.Berkongsi bukan menghukum dan berkasih sayang dalam membentuk mereka…



[16.125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk



Tulisan ini dibuat kerana saya sedih dengan cara dan sikap kita bila berdakwah,kita hanya mahu memantapkan tapi tidak mahu memperbetulkan.Kenapa kita tidak mahu cuba mendekati dan bersama rakan-rakan kita yang kita rasakan tidak senonoh itu bersama kita dan berkongsi apa yang kita ada.Kerana itulah tujuan kita diciptakan dan itu juga tujuan Nabi SAW diutuskan iaitu menyempurnakan Akhlak.marilah kita bersama menukar mentaliti dan paradigma kita terhadap mereka-mereka yang kita rasakan rosak dan haprak itu.Moga tulisan ini serba sedikit dapat menyedarkan kita semua.



Yussamir Yusof aljohori
Vice president(timbalan Amir) IU cyber 07/08

Baca Artikel Penuh>>

Monday, June 18, 2007

catatatan sepanjang usaha untuk menuju puncak gunung kinabalu

Episod 3

Jam 6.30 petang:Semua perserta sampai di timphon gate dan abg Helmi pun dah menunggu ktorang untuk bawa kitorang checkin kat KK pula.Nama penginapan kitorang Tracker Lodge,ok gak la tempat tu,sesuai untuk Traveler cam kitorang lagipun tempat tu ditengah2 bandar Kota kinabalu.

“Ok sampai saja kita kat sana,saya sebagai ketua rombongan mahu menggunakan kuasa Veto mengarahkan semua peserta bersiap cepat dan saya memberi masa 5 minit untuk bersiap-siap untuk pergi ke Pizza Hut” Syed memberi arahan sambil semua peserta menganguk-aguk tanda memahami apa yang syed katakan. “Kalau siapa lambat aku sebat,hahhahhahaha”…Syed memberi amaran…Apakah?????hahahahahhah




5 minit kemudian: Masing2 dah turun ke bawah dan yang paling tak tahan semua tak mandi lagik…adeh!!!bau tak boleh tahan..bau semerbak harum…hahahhahaha……….

Kitorang terus ke Pizza hut(sebelum tu mengagau gak la mencari kat ner pizza hut,dak yang berasal dari sabah pon kilamkelabut mencari..huhuhuhuh)….

Kat dalam pizza hut tu,dak2 ni leh wat haruk lak,kelamkelambut pekerja2 tu..Mana tak nya macam2 kitorang order dan banyak songeh lak tu..huhuh..Sorry eyh kak,kitorang nak gak manja2 ngan orang sabah….huhuhuhuhu…

Lepas makan aku,kunur,peanut,is,kak Kym,ana dan aini try survey pasal Filipina ingatkan buka tapi rupa2nya tutup..cis peanut,kata tutup kul 11 rupa2nya kedai tu tutup kul 7.30 malam..huhuhuhuhu…..Lepas hampa,kitorang terus mengambil keputusan untuk balik ke tempat penginapan kitorang,tapi aku ke cyber café untuk cek result and email…




“Mak oi!!Email aku 313 baru 4 hari tak buka…huhuhuhuh…pastu cek result, “Alhamdulilah takde yang fail dan result pon ok…Moga Masuk Gamma nanti aku akan berusaha lebih untuk dapat dean list la pula”…….Aku selalu bermonolog “kadang2 Allah tak beri apa yang kita nak sebab Allah suruh kita berfikir kenapa kita tak dapat?Adakah kita cukup laksanakan apa yang dia suruh dan adakah kita bersyukur dan redha dengan keputusan Allah..Bukan aku tak berusaha malah aku usaha lebih,tapi semua ini ketentuan Allah…Gagal langusng tiada dalam kamus hidup aku,sebab kegagalan itu adalah tapak pertama untuk aku terus Berjaya…Ini adalah kenyataan dan telah dibuktikan oleh ramai cendikiawan dan orang yang Berjaya” Mungkin akan ada yang cakap dengan nada yang sindir ala sajer j tu nak sedapkan hati,tapi itulah kenyataan bagi sesiapa yang dalam hatinya ada Allah dan yakin dengan seyakinnya tentang kuasanya…Monolog aku……




“Angin kadang-kadang kau menjadi kawan dan kadang kau menjadi lawan...Aku mengerti memang kau diciptakan begitu,tapi aku sendiri keliru bila cuba ingin memehami sikapmu...Angin kau nyanyikan lagu,namun lagumu kadang2 buatku resah dan kadang ia terus mengamit perasan ini..Angin bawakan hasrat hati ini pada si DIA,mungkin cinta dan kasih ku padaNya tidak semantap jiwa KekasihNYA Muhammd,tapi jiwa ini meronta-ronta dan memberontak “angina bawakanlah jiwa ini padaNYA,tidak tertahan menangung rindu bagai sang laila bermimpikan Majnun……..”







10 June 2007 bersamaan Ahad

Berserapan dan menonton televisyen sebelum bertolak ke Pulau Manukan….Ingatkan sarapan hot dog ngan telur ke apa ke,tapi rupa2nya semua itu mimpi belaka..hahahahaha…Kitorang dhidangkan dengan roti yang dibakar dan secangkir kopi atau teh sabah…..Alhamdulilah da juga benda nak diisi dalam perut ini.....





Jam 10 pagi : kami semua keluar dari tracker lodge dan seterusnya terus menuju ke pasar Filipina sementara Syed dan Peanut menguruskan hal-hal yang diperlukan sebelum bertolak ke Pulan manukan…Sampai di pasar Filipina mata aku dah jadi rambang dan berkeliaran,bukan tgk benda yang tak senonoh tapi barang2 yang dipamerkan dikedai2 tersebut,…Aku dan Aini menyelusuri lorong2 dikedai situ mencari harga yang paling murah ditawarkan,dan akhirnya menemui satu kedai yang murah…huhuhuh..aku dalam hal tawar-menawar ni memang tak terer sangat,tapi yang aku tak leh tahan makcik sorang ni terer lak tawar-menawar ni..huhuhuhu..untung aku,…..Last2 dapat gak aku beli butang baju Mutiara 5 kotak dengan harga Rm20 saje…Pastu round2 lagik,kali ni nak cari kerongsang pula,Ibu ngan kakak kesayangan aku kirim..erm,aku bab2 memilih ni memang tak ngeti,akhirnya aku minta bantuan konsaltasi dari Aini untuk memilihnya…Erm leh la tahan harga,selepas tawar menawar 3 betuk keronsang aku dapat harga RM 81…Thanks a lot Makcik aini..huhuhuhuh…..TERBAIK LA,,,,,,,,,

Pastu ada la lagi barang2 yang kitorang beli…(beli top,beli gelang dan lain2 lagik)....





Jam 12 tghari:Shoping makanan kat Shoping complex kat situ,sebab nak bawak kat pulau Manukan..Yela makaanan kat pulan kan Mahal…Kat sini lah berlaku pelbagai cerita melucukan,….Aku sebenarnya dalam trip ni ada gang tersendiri…nama gang aku tu adalah GANG TRIO..ntah camner aku dapat nama tu pun aku tak tau…Gang tu terdiri daripada Kakak Kyms da great,aku dan aini….Yang aku tak leh tahan,makcik dua orang ni tak habis2 cakap perok..pening aku dibuatnya….PAstu time kitorang beli makanan,kitorang terserempak dengan sotong2 bungkus..Masing2 mata melilau…Pastu Aini dengan gagahnya cakap “takper sotong ni biar aini yang belanja eyh kak’’ pastu ambik la 4 bungkus...Time kat counter tu kak kym nak gak la tambah2 sikit duit tapi aini dengan gagah lagi sekali berkata-kata “hish kak,takpe la,,,mike ada duit ni,,hish tak pe biar saya yang bayar’’....Aku memerhartikan sahaje.....sebab lepas ni bala akan datang,,,huhuhuh...korang teruskan je la bacaan....tapi gang trio kitorang memang TERBAIKLA..hhuhuhuhuhuhuh.......rindu la ngan korang....




Jam 12.30 tghari:Terus bergerak ke Pulau Manukan,perjalanan mengambil masa 20 minit dengan menaiki bot laju.....Memang heaven la naik bot tu......





Sampai je kat Pulau tu kitorang terus bersiap2 untuk mandi-manda....huih!!!!best betul mandi laut...Lepas aku dah puas mandi aku naik la ,pastu tetiba aku tgk Ainor tengah menahan kesakitan..Aik asal lak mamat ni???Lor,,dia kena sengat dengan obor2,,,Huih!! cuaklak aku,lepas tgk kejadian tu akunyer nafsu dan ghairah nak mandi lagik terus terpadam.....Cuaklak rasanya.....



“Sesuatu kesakitan yang Allah beri tu adalah satu kafarah kepada hambanya’’(maksud hadis secara ringkas dan hadis ini sahih)









Jam 5.30 Petang:Kami bersiap-siap untuk pulang ke Tanah besar semula.......

Sampai di Bandar semula kami telah diberi kebenaran untuk berlibur sehingga jam 7 malam.Aku dan beberapa rakan yang lain terus ke pasar filipina untuk membeli beberapa barang lagik...Aku beli baju sabah dan bebrapa barang lagi..Lepas itu g makan kat belakang pasar filipina....Pergh!!!! makanan dia memang sedap,,ikan besar2 tapi harga murah...memang puas hati...Aku nak describe kat sini pun tak gheti..tapi memang terbaiklah!!!!!!Aku makan dengan Ainor,kitorang beli ikan Merah Rm10,sayur RM2 dan udang Rm5...tapi tu pun dah memadai..memang sodap hingga menjilat jari....Tengah makan2 tu tetiba ada suara disebelah berkumandang.......“weh!!Aku tetiba baru teringat duit aku ada singgit je ni,,,huhuhuhuh..hbs beli sotong tadi,ni camner nak bayar ni...huhuhuhhh....’’.....pastu macam2 la incident yang tak tau camner aku nak describe kat sini,hanya orang yang berada ditempat kejadian saja yang dapat merasainya...Sampaikan Abg amir yang tak tau apa2 pun menjadi mangsa...huhuhuhuuhu........






Lepas kitorang makan2,bersiap2 untuk solat dan balik ke Tracker Lodge balik...Lepas soolat tu aku lepak2 jap tunggu yang lain solat,tetiba aku terserempak dengan kumpulan Gerhana Ska Cinta(GSC)...Wahwah...best!! Dah la aku minat sakan kat kumpulan diorang..apa lagi bergambar2 la dengan diorang...Memang sporting..diorang kat situ sebab ada perform jap g kat dataran......




Jam 8 mlm:Bersiap2 untuk gerak ke Lapangan terbang Kinabalu,flight kitorang pukul 10.25 sebenarnya tapi masing2 ingat jam 9.25 malam...tu yang gocoh2 cari pengangkutan untuk ke sana...Dan alhamdulilah..nasib baik ada van yang boleh dinaiki..kami bayar RM20 untuk satu van..





Jam 8,30 malam:sampai ke Lapangan terbang.....setelah mengumpulkan barang dan uruskan proses bagasi kitorang lepak2 la...Borak2.....huhuhu..gang Trio meneruskan projek yang tak sempat dibuat di Pulau iaitu makan sotong keriing yang beli tadik.....Makan sambil borak2...Si aini ngan kak Kym tak habis2 dengan perok nye,,aku pon melayan je la..........pastu ada majlis ringkas penyampaian sijil dan ucapan sikit...


Tetiba....“Weh kapal dah nak gerak..kita terlambat ni!!!!cepat2!!!’’....Huih!! seram aku....masing2 gocoh2 dan berlari2 anak menuju ke pintu masuk...Pastu orng yang jaga tu nak marah2 lak...(huhuh,,,memang patut pon,,dah la mendelaykan flight)....Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar..(walaupun ada yang tensi2 dengan makcik tu,,,sabo2...saper la orang tu ek,,,,hahahahha)






10.40 malam:Didalam flight,masing2 melayan perasaan yang berkecamuk dan ada juga yang tersenyum2....lepas dah berlepas tu,masing2 melayan gambar yang diorang tangkap...Aku ngan Ainor sajer beli nak test vico kat atas kapal terbang..huhuh...beli la,..Rm3....huhuhu sajer jer nak try......walaupun tau sama je rasa dia......lantak korang la...







Jam 1 lebih sikit pagi:Kitorang dengan selamatnya sampai di KLIA...Abg Zaki dah lama sampai di KLIA.terima kasih bang sebab bersabar menungu kitorang......lepas naikkan barang dan sebagainya kitorang terus bergerak menuju ke MMU....dalam bas ada sessi ucapan terakhir untuk program ni dan juga sessi interview menggunakan video cam....

Macam2 la bagi kenyataan dan semuang berasa bahagia yagn teramat....Aku memang happy sangat dan bertuah dapat team macam ni...







Dalam jam 2.30 Pagi kitorang pun sampai Di MMU....usai sampai je,kitorang berkumpul kejap dan abg Ray memberi Amanat perpisahan,,,memang terharu time tu (tapi tak nangis la)....Aku memang respek kat abg Ray sebab dia memang understanding person dan senang bergaul dengan dia walaupun dia pengiring kitorang...You are the rock la Abg Ray.....

Lepas tamat sessi tu..masing2 balik dan kenangan ini akan tersimpan selamanya dalam ingatan kami semua.....



.

“Merenung di balik jendela terbayang satu persatu wajah mereka yang aku sayang,mungkin mata terus memandang nun jauh disana namun hati ini terus berbekam bersama dengan kenangan-kenangan yang pernah kita sama-sama cipta...Oh bulan,mungkin Kau jauh disana namun pungguk tetap menunggu kau dengan setia...Ah!!Hiba bila mengenangkan semuanya kerana kenangan hanya boleh dikenang dibalik minda sang manusia tapi ia hanya ilusi yang bakal dilenyapkan dibalik kesibukan dan usia...Namun kenagan juga adalah harta yang tidak boleh dijual beli kerana harganya tidak ternilai dengan wang yang ada tersorok dicelah-celah bantal...Mungkin bicara rasa aku tidak seindah bulan dan bintang tapi ia tetap dapat mengukir senyuman manis dibibir semua rakan2ku....Inilah pertemuan dan persahabatan yang terikat dan terukir diantara kita semua...Moga kita terus bersama....’’

~Nukilan bicara rasa ikhlas dari YUS yang kau semua kenali~




Baca Artikel Penuh>>