Sunday, November 4, 2007

Bolehkah JIN merasuk??


Bolehkah JIN merasuk??

Oleh:Yussamir Yusof Aljohori
22 Syawal 1428

Dirasuk atau histeria seakan sinonim dengan golongan pelajar yang duduk di asrama.Selama 5 tahun saya berada di asrama ketika dahulu tidak pernah terlepas dari mendengar hal ini.Ia seakan perkara wajib dan menjadi peristiwa tahunan di sekolah saya.Selalunya ‘penyakit’ ini dijakiti oleh pelajar wanita,dan jarang sekali saya melihat pelajar lelaki terlibat.Selama hal ini berlaku di sekolah saya ramai yang bercakap-cakap sama ada benar atau tidak manusia boleh dirasuk.Setengahnya mempercayai , setengah tidak mempercayainya dan mengaitkan ia dengan masalah tekanan.

Dalam masalah percaya atau tidak percaya ini,saya cenderung untuk berada ditengah-tengah kepercayaan .Tidak terlalu obses dengan hal jin dan tidak terlalu meremehkannya.

Sesuai sebagai muslim,bersederhana dalam semua hal.Bertepatan dengan apa yang dikatakan Allah dalam surah Al-Furqan:67:

وَٱلَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُواْ لَمۡ يُسۡرِفُواْ وَلَمۡ يَقۡتُرُواْ وَڪَانَ بَيۡنَ ذَٲلِكَ قَوَامً۬ا

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

Berdasarkan kepada Kitab Terjemahan Al-Quran Deparment Indonesia,Perkara Ghaib ialah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh pancaindera.Mempercayai perkara yang ghaib adalah salah satu ciri orang yang beriman.Allah telah menjelaskannya dalam surah Al-Baqarah:

ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ

(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka

Perkara-perkara ghaib itu termasuklah jin,malaikat,azab kubur dan sebagainya.Menjadi kewajiban Umat Islam untuk mempercayai akan hal-hal yang ghaib.Namun begitu,ia mestilah sejajar dengan apa yang dikatakan oleh Allah dan Rasul.

Atas dasar inilah,saya cuba menyingkap sama ada benar atau tidak pendapat yang mengatakan bahawa jin boleh masuk kedalam badan manusia(merasuk).Kajian ini akan mendahulukan hujah-hujah yang datangnya dari Al-Quran dan Hadis yang sahih,kemudian barulah saya akan menaqalkan beberapa pandangan dari para Ulama.

Saya membahagikan perkara ini kepada beberapa bahagian,agar pembaca mudah memahaminya dan seterusnya membuat pengkajian sendiri selepas ini.Pembahagian ini akan dimulakan dengan pengenalan tentang kewujudan jin,kebenaran tentang rasukan,boleh atau tidak melihat jin dan akhir sekali pendirian muslim tentang jin.

Bahagian pertama:Penganalan tentang jin.

Jin adalah makhluk yang diciptakan Allah sebelum manusia.Selain diciptakan awal oleh Allah,jin juga diciptakan berbeza daripada manusia iaitu melalui api..Hal ini diterangkan Allah dalam surah Al-Hijr:26-27:

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن صَلۡصَـٰلٍ۬ مِّنۡ حَمَإٍ۬ مَّسۡنُونٍ۬ وَٱلۡجَآنَّ خَلَقۡنَـٰهُ مِن قَبۡلُ مِن نَّارِ ٱلسَّمُومِ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.

Perkara ini juga pernah dikatakan Nabi Muhammad dalam satu hadis yang bermaksud:

Malaikat diciptakan dari cahaya,Jin diciptakan dari nyalaan api,dan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kalian.[1]

Selain diciptakan lebih awal dan daripada api,bangsa jin juga terbahagi kepada yang Kafir dan Muslim.Hal ini sama sahaja dengan bangsa Manusia yang diciptakan Allah.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Jin ayat 14-15:

وَأَنَّا مِنَّا ٱلۡمُسۡلِمُونَ وَمِنَّا ٱلۡقَـٰسِطُونَ‌ۖ فَمَنۡ أَسۡلَمَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ تَحَرَّوۡاْ رَشَدً۬ا وَأَمَّا ٱلۡقَـٰسِطُونَ فَكَانُواْ لِجَهَنَّمَ حَطَبً۬

Dan sesungguhnya di antara kami ada (Jin) taat dan ada pula (Jin) yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun (jin-jin) yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam.[2]

Seperti manusia,bangsa jin juga akan diberi ganjaran Syurga atau neraka.Semuanya berdasarkan amalan yang dilakukan oleh mereka.Jika segala perintah Allah dilakukan dengan sempurna dan meninggalkan segala tegahan maka ganjaran Syurga pasti diperolehi.Hal ini bersesuaian dengan apa yang telah dijanjikan Allah dalam surah Al-Ahqaf ayat 18-19:

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ حَقَّ عَلَيۡهِمُ ٱلۡقَوۡلُ فِىٓ أُمَمٍ۬ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِم مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ إِنَّہُمۡ ڪَانُواْ خَـٰسِرِينَ وَلِڪُلٍّ۬ دَرَجَـٰتٌ۬ مِّمَّا عَمِلُواْ‌ۖ وَلِيُوَفِّيَہُمۡ أَعۡمَـٰلَهُمۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ

Mereka itulah orang-orang yang telah pasti ketetapan (azab) atas mereka bersama umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi. Dan bagi masing-masing mereka derajat menurut apa yang telah mereka kerjakan dan agar Allah mencukupkan bagi mereka (balasan) pekerjaan-pekerjaan mereka sedang mereka tiada dirugikan.

Menurut Imam Ibnu Qoyim:Jumhur ulama telah menyatakan bahawa Jin Mukmin akan masuk Syurga,sebagaimana halnya yang kafir akan masuk ke Neraka.[3]Selain daripada Imam Ibnu Qoyim,ramai lagi ulama yang mengatakan hal sedemikian.Antaranya Ibnu Kathir dalam tafsir Al-Quran Al-Azhim,Muhammad Rashid Ridha’ dalam Al-manar,dan Sayid Qutb dalam Fi Zilalil Quran.Malahan para Jin yang mukmin juga Allah telah menyediakan Bidadari untuk mereka.Imam Qurthubi ketika menafsirkan Ayat ke 56 surah Ar-Rahman yang bermaksud:

فِيہِنَّ قَـٰصِرَٲتُ ٱلطَّرۡفِ لَمۡ يَطۡمِثۡہُنَّ إِنسٌ۬ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ۬

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.

Kata Imam Qurthubi:Dalam ayat ini(iaitu ayat diatas) ini terdapat petunjuk yang menyatakan bahawa Jin sebagaimananya manusia juga mati lalu masuk ke Syurga.Untuk mereka disediakan Jin-jin perempuan(Bidadari-bidadari dari bangsa Jin).

Bahagian dua:Kebenaran tentang rasukan.

Hakikat kerasukan ini terdapat dua pendapat yang popular dikalangan ahli Ilmu.Kedua-dua pendapat ini didasari dengan hujah Quran dan Hadis.

Pendapat pertama:iaitu golongan yang mempercayai .

Mereka yang mempercayai bahawa manusia boleh dirasuk(jin memasuki badan manusia) ialah dengan bersandarkan kepada satu Firman Allah:

ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّ

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila(surah Al-baqarah:275)

Selain bersandar kepada Ayat di atas, mereka yang mempercayai akan hal ini juga membawakan satu cerita di mana Imam Ibnu Taimiyah pernah mengubati orang yang dirasuk.Menurut cerita tersebut,Jin yang merasuk manusia itu berbicara dengan Ibnu Taimiyah dengan mengatakan beliau(jin) akan keluar dari tubuh manusia itu kerana kemulian Ibnu Taimiyah.Kemudian Ibnu Taimiyah mengatakan kepada Jin tersebut “Keluarlah dari tubuh ini semata-mata kerana Allah,bukan kerana aku”.[4]

Dalam hal ini,anak murid Ibnu Taimiyah iaitu Ibnu Qoyim mengatakan[5]: Syeikh kami(Ibnu Taimiyah),ketika mengubati pesakit yang dirasuk,beliau akan membaca ayat :

أفحسبتم انما خلقناكم عبثا وأنكم الينا لا ترجعون

Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?(Surah Al-Mukminun:115)

Berdasarkan kenyataan Ibnu Qoyim diatas menunjukkan bahawa manusia pernah dirasuk,dan boleh dirasuk.Pandangannya selari dengan pandangan mereka yang mempercayai manusia boleh dirasuk.

Pendapat kedua:iaitu golongan yang tidak mempercayai

Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi iaitu salah seorang Ulama besar ketika ini[6] menyanggahi akan hal Jin boleh merasuk manusia.Saya naqalkan kembali kata-kata beliau yang terdapat dalam buku Biografi beliau yang bertajuk “perjalanan hidupku”:

“Jika tidak mendatangi para dukun,wanita yang dirasuk jin akan dibawa kepada Syeikh-syeikh tertentu agar diberikan jampi-jampi[7] yang dianggap dapat mengusir jin yang merasukinya.Biasanya mereka menganggap bahawa yang merasuki wanita adalah jin lelaki,dan yang merasuki kaum lelaki adalah jin wanita.Syeikh Muhammad Ghazali[8] adalah orang yang menolak keras kepercayaan tersebut.Pada suatu hari beliau didatangi seorang lelaki yang mengadu kepada beliau bahawa dia dirasuki makhluk lain.Lantas beliau bertanya “Makhluk apa yang merasukimu?”.Lelaki itu menjawab “Saya dirasuki Jin”.Syeikh Ghazali menjawab “kenapa anda tidak dapat merasuki jin padahal anda memiliki badan yang tegap dan sasa?Dan kenapa jin tidak mahu merasuk orang-orang Eropah dan Amerika.[9]

Kami[10] sendiri sangat hairan mengapa mereka berkeyakinan bahawa Allah memberi kemampuan kepada Jin untuk merasuki jiwa-raga manusia,mempengaruhinya,dan berbicara dengan menggunakan lidahnya sehingga manusia tunduk kepadanya?kalau hal ini benar,maka dimanakah letaknya kemulian manusia yang telah Allah jelaskan dalam Quran:

وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِىٓ ءَادَمَ

Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam(surah Al-Isra’:70)

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفه

Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.
(surah Al-baqarah:30)

Apabila orang yang berkeyakinan bahawa jin benar-benar dapat merasuki dan menguasai manusia dengan berhujahkan Firman Allah yang menggambarkan keadaan orang yang suka memakan riba:

ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّ

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila(surah Al-baqarah:275)

Jika ayat tersebut ditafsir dengan penafsiran akal dan sumber yang jelas maka makna Al-Mass pada ayat diatas tidak akan sama dengan penafsiran orang yang meyakini bahawa jin mampu mempengaruhi dan menguasai manusia.Penafsiran yang tepat untuk ayat di atas adalah penafsiran yang sesuai dengan perkataan Nabi Ayub ketika berdoa kepada Allah, :

وَٱذۡكُرۡ عَبۡدَنَآ أَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُ ۥۤ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ بِنُصۡبٍ۬ وَعَذَابٍ

“Sesungguhnya aku digoda Syaitan yang sangat berat dan menyiksa”(Surah Sod:41)

Yang dimaksudkan dengan Al-Mass ialah salah satu bentuk bisikan dan pujukan syaitan dalam menyesatkan manusia.Jin bahkan syaitan tidak memiliki kemampuan apa pun terhadap manusia kecuali hanya menggoda untuk menyesatkan mereka.Hal ini pada hari kiamat nanti akan diakui oleh para pemimpin syaitan,:

وَقَالَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لَمَّا قُضِىَ ٱلۡأَمۡرُ إِنَّ ٱللَّهَ وَعَدَڪُمۡ وَعۡدَ ٱلۡحَقِّ وَوَعَدتُّكُمۡ فَأَخۡلَفۡتُڪُمۡ‌ۖ وَمَا كَانَ لِىَ عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَـٰنٍ إِلَّآ أَن دَعَوۡتُكُمۡ فَٱسۡتَجَبۡتُمۡ لِى

Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku”(surah Ibrahim:22)”

Begitulah hujah yang dibentangkan oleh kedua-dua pendapat ketika menjelaskan perihal rasuk ini.Namun begitu,tidaklah saya mengatakan bahawa Qardhawi betul dan Ibnu Taimiyah tidak betul atau sebaliknya.Tujuan pembentangan kedua-dua pendapat ini disediakan bagi mengimbangi kepercayaan manusia tentang hal ini.Bagi mereka yang cenderung percaya,mereka tidak boleh menyalahkan mereka yang tidak percaya.Begitulah sebaliknya, bagi mereka yang tidak percaya tidak boleh menyalahkan mereka yang mempercayainya.Kedua-dua pendapat ini benar kerana didasari dengan dalil dari Quran dan Sunnah,oleh itu berlapang dadalah dalam hal ini.

Pandangan saya secara peribadi,saya lebih cenderung kepada pendapat pertama iaitu mempercayai bahawa kerasukan boleh berlaku.Namun saya menghormati pandangan kedua dan berlapang dada.(Oleh itu tidak benar bagi mereka yang menuduh saya taksub kepada Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.Walaupun banyak pandangan dan manhajnya saya gunakan tetapi tidak nyata mengatakan saya taksub buta padanya.Masakan saya boleh taksub kepadanya sedangkan beliau sendiri melarang untuk taksub kepadanya.Dan beliau sendiri menangis apabila anak muridnya memanggilnya Imam.Beliau mengatakan bahawa beliau tidak layak digelar imam kerana beliau masih belajar dan akan terus belajar.)

Bahagian ketiga:Kemampuan melihat Jin.

Dalam bahagian ini juga terdapat dua pendapat yang terpilih,iaitu:

Pendapat pertama:Boleh melihat jin
Pendapat kedua:Tidak boleh lihat jin.

Perbezaan kedua-dua pendapat ini hanyalah di sebabkan penafsiran yang berbeza terhadapat ayat ke 27 dari surah Al-Araf:

يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّڪُم ُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡہُمَا لِبَاسَہُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٲتِہِمَآ‌ۗ إِنَّهُ ۥ يَرَٮٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُ ۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَہُمۡ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَـٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.

Pendapat pertama:

Imam Qurtubi berkata:sebahagian ulama berpendapat bahawa ayat Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka telah jelas bahawa jin tidak boleh dilihat.Namun begitu,sebahagian lagi ulama mengatakan boleh,sebab jika Allah menghendaki memperlihatkan mereka,maka Dia menampakkan tubuh mereka sehingga terlihat.
Selain itu,Albaihaqi meriwayatkan dalam Manaqib Syafie dengan sanad dari Rabi’,katanya: “Saya mendengar As-Syafie berkata “Barangsiapa mendakwa dirinya melihat jin,maka kami menganggap syahadahnya telah terbatal,kecuali jika dia seorang Nabi”
[11].Hujah ini juga disokong oleh Ibn Hazm Az-Zhahiri.[12]

Pendapat kedua:

Imam Syaukani mengatakan bahawa manusia boleh melihat jin.Menurut beliau,ayat di atas tidak ada isyarat yang mengatakan bahawa kita tidak boleh melihat jin.Pengertian ayat di atas adalah JIN melihat kita dari tempat yang kita tidak boleh melihatnya,namun tidak bererti kita tidak boleh melihatnya untuk selamanya.[13]Maksud yang ingin disampaikan oleh Imam As-Syaukani ini boleh dicontohkan seperti ini:

Ketika anda sedang membelek-belek barangan kemas dalam sebuah kedai emas, ada orang lain sedang memerhatikan anda melalui CCTV.Tetapi anda tidak dapat melihat mereka,mereka boleh melihat anda.Sesungguhnya,para pengawal yang menjaga CCTV itu melihat anda dari arah yang anda tidak dapat melihatnya.Namun yang nyata,jika anda berada di tempat kawalan CCTV itu,pasti anda akan dapat melihat pengawal tersebut.Begitulah maksud yang ingin diterangkan oleh Asyaukani.

Disamping itu,Imam Ibnu Hajar As-Qalani mensyarahkan kata-kata Imam As-Syafie (yang terdapat seperti di atas) dengan berkata:Apa yang dikatakan oleh As-Syafie itu terhadap mereka yang mengaku melihat jin dalam bentuk sebagaimana mereka diciptakan.Sedangkan orang-orang yang mengatakan telah melihat jin sesudah mereka mengalami perkembangan dalam bentuk haiwan,misalnya ular.Maka hal itu tidak mengapa,sebab berbagai riwayat telah mengatakan tentang perubahan-perubahan bentuk mereka.

Kedua-dua pendapat di atas adalah benar,maka seperti apa yang saya katakan sebelum ini,berlapanglah dada dalam menilai kedua-dua pendapat ini.Terpulang kepada anda sama ada mahu memilih pendapat pertama atau kedua,saya hanya memberikan anda pilihan.Kedua-duanya berdasarkan hujah yang adil dan ijtihad Ulama yang mujtahid.

Bahagian ke empat:Pendirian Muslim berkenaan dengan Jin.

Pendirian Muslim berkenaan dengan perkara-perkara Ghaib adalah muktamad iaitu wajib mempercayainya.Perkara-perkara ghaib itu termasuklah mempercayai bahawa Jin itu adalah makhluk Allah yang ghaib,namun untuk mempercayai bahawa ia boleh merasuk itu terpulang kepada Individu itu sendiri.Kalau para pembaca melihat hasil kajian[14] saya di atas,sengaja saya memberikan jawapan yang berbeza.Semua ini dilakukan,agar para pembaca dapat membentuk sifat menghormati dan saling menghargai pandangan orang lain.Selain itu,ia juga dapat meningkatkan sifat ingin tahu dan membebaskan diri dari budaya taklid yang membabi buta. Sama ada mahu percaya atau tidak,perbezaan pendapat yang saya utarakan diatas semuanya benar.

Bersikap menghormati pandangan yang berbeza dan saling menghargai adalah salah satu sifat yang baik dalam menjadi Umat yang mantap.Saya memetik kata-kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz: “Saya tidak merasa lega jika para sahabat Rasullullah tidak berbeza pendapat.Sebab jika mereka sepakat dalam satu pendapat maka jika ada yang berbeza dengan pendapat mereka,jelaslah orang itu sesat.Sedangkan jika mereka berbeza[15] pendapat,maka seseorang mungkin mengambil pendapat yang satu lagi dan yang lain mengambil pendapat yang lain lagi.Maka akan menjadi lapanglah urusan agama ini.[16]

Akhir kata, penulisan ini adalah hasil kajian dan pemahaman saya, dan sebagai manusia, saya tetap melakukan kesilapan. Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu.Bak kata Imam Syafie “ Jika pemahamanku silap, aku menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku”.WaAllah Alam.


[1] Hadis ini telah dicantumkan oleh Imam Muslim dalam Jami’ Sahihnya.Riwayat Aisyah.

[2] Terjemahan dari Tafsir Quran Al-Karim oleh Prof Dr H Mahmud Yunus.

[3] Hadiy Al-Arwah ila biladil Afrah

[4] Namun saya tidak pasti sama ada hal itu benar atau tidak,kerana saya tidak mempunyai sumber rujukannya.

[5] Zaadul Maad,Imam Ibnu Qoyim

[6] Kedudukannya sebagai Ulama dan Imam yang tepercaya telah diperakui oleh majority Ulama dunia Islam.Cukuplah saya bawakan dua pendapat dari dua ulama yang disegani dunia Islam;

1. Imam al Muhaddits Muhammad Nashiruddin al Albany-ahli hadis terkemuka abad 20 berkata, "Saya diminta (al Qaradhawi) untuk meneliti riwayat hadis serta menjelaskan kesahihan dan ke dha'ifan hadis yang terdapat dalam bukunya (Halal wal Haram). Hal itu menunjukkan ia memiliki akhlak yang mulia dan pribadi yang baik. Saya mengetahui semua secara langsung. Setiap dia bertemu saya dalam satu kesempatan, ia akan selalu menanyakan kepada saya tentang hadis atau masalah fiqh. Dia melakukan itu agar ia mengetahui pendapat saya mengenai masalah itu dan ia dapat mengambil manfaat dari pendapat saya tersebut. Itu semua menunjukkan kerendahan hatinya yang sangat tinggi serta kesopanan dan adab yang tiada tara. Semoga Allah SWT mendatangkan manfaat dengan keberadaannya."

2. Syaikh Muhammad alGhazaly- dai dan ulama besar asal Mesir yang pernah menjadi guru al Qaradhawy sekaligus tokoh Ikhwanul Muslimin berkata: "Al Qaradhawi adalah salah seorang Imam kaum muslimin zaman ini yang mampu menggabungkan fiqh antara akal dengan atsar." Ketika ditanya lagi tentang al Qaradhawy, ia menjawab, "Saya gurunya, tetapi ia ustadku. Syaikh dulu pernah menjadi muridku, tetapi kini ia telah menjadi guruku."

Walaubagaimanapun beliau tidak lari dari melakukan kesilapan.Beliau bukan Ma’sum,namun cukuplah akan kebenaran yang beliau bawa sehinggakan kesalahan yang pernah beliau lakukan akan tertutup dengan kebenarannya.Walhal,jika dia tahu akan kesalahan itu,beliau akan cepat-cepat perbetulkan dan menerima segala teguran terhadapnya.

[7] Maksud jampi-jampi disini adalah jampi-jampi yang tidak mengikuti syariat dan terdapat kesyirikan didalamnya..Jampi-jampi yang selari dengan syara’ adalah dibolehkan,sepertimana Hadis yang diriwayatkan Muslim: Kami menggunakan jampi-jampi pada zaman jahiliah, lalu kami tanyakan, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai hal itu?' Beliau menjawab, 'Tunjukkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa menggunakan jampi-jampi, asalkan tidak mengandungi kesyirikan.'(Syarah ini daripada pemahaman saya)

[8] Syaikh Muhammad alGhazaly- dai dan ulama besar asal Mesir yang pernah menjadi guru al Qaradhawy.

[9] Pendapat berkenaan orang Eropah tidak pernah dirasuk ini,dengan rendah dirinya saya merasakan tidak tepat.Kisah benar berkenaan seorang wanita pernah dirasuk di Eropah iaitu Anneliese Michel menjadikan hal ini berrtentangan.Ini menunjukkan juga bahawa orang Eropah (Wanita ini berasal dari German) juga pernah dirasuk.Hal ini saya nyatakan dengan rasa rendah dirinya,siapalah saya dibandingkan dengan Syeikh Muhammad Ghazali.

[10] (penggunaan kata ganti nama Kami untuk saya digunakan dalam buku ini.Untuk maklumat lanjut mengapa Yusuf Al-Qaradhawi menggunakannya sila rujuk dalam bukunya ‘perjalanan hidupku jilid 1)

[11] Fathul baari,oleh Imam Ibnu hajar al-Asqolani

[12] Muhammad Ibnu Hazm Az-Zahiri,Al-Fishal fi al-Milal wa An-Nihal

[13] Tafsir Fathul Qodir,bab Al-Halabi

[14] Dengan rendah diri,kajian saya ini masih dalam lingkungan keterbatasan.Teguran dan saranan daripada para pembaca amatlah dialu-alukan.Keterbatasan ini disebabkan Ilmu dan juga sumber-sumber rujukan.Sesiapa yang mempunyai bahan kajian yang lebih rajih,dipersilakan untuk bertukar-tukar fikiran dengan saya.Sekian.

[15] Diingatkan bahawa dalam bab Akidah tidak berlaku hal berbeza pendapat.Maka yang diutarakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz ini adalah selain daripada perkara Akidah.

[16] Manhaj Dakwah Yusuf Al-Qardhawi,Harnoni antara kelembutan dan ketegasan.

Baca Artikel Penuh>>

Tinjauan dari teropong iman


Tinjauan dari teropong iman

Oleh:Yussamir Yusof Aljohori
22 Syawal 1428H
**baru sampai MMU..

Alhamdulilah artikel saya yang bertajuk Hadis Palsu Di Bibir Penasyid tersiar di majalah Melinia bulan November.Bersyukur kerana artikel berkenaan diterima oleh editor majalah tersebut.Bukan mudah untuk menyuarakan perihal tersebut,lagi-lagi masyarakat kini sukar untuk menerima kritikan sedemikian.Stigma-stigma “kau bukan Ustaz” atau “kau bukan ada kelulusan agama” sebenarnya boleh menjadi kekecohan dalam Institusi Nasihat.Institusi nasihat-menasihati bukan hak ekslusif kepada mereka yang ada kelulusan agama atau yang bergelar ustaz,tetapi ia hak semua manusia yang beriman..

Allah berkata dalam surah Al-Balad:17:

ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِْ

Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.

Sepertimana ayat di atas,orang yang beriman sentiasa menasihati antara satu sama lain dan saling membantu dalam pelbagai hal yang hak.Orang yang beriman tidak akan membiarkan saudaranya dalam kerosakan,orang yang beriman juga tidak sanggup melihat saudaranya terus berada dalam kejahilan.Menjadi kewajiban seorang muslim yang mengetahui memberi tahu kepada saudaranya yang tidak tahu.Terutama hal-hal yang berkaitan dengan hal-ehwal agama.Kewajiban ini diutarakan Allah dalam surah

An-Nisa’:58:

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَاحَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِير

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.


Oleh itu,tidak ada sebab lagi untuk kita menyekat Institusi Nasihat-menasihati ini terus berkembang di tengah-tengah masyarakat.Biarkan Institusi ini terus menjadi tempat manusia diami,agar nilai-nilai yang terdapat didalamnya dapat disebar luas.

Saya berharap,selepas ini tulisan-tulisan saya yang terjurus kearah pemeliharaan kesahihan hadis dan hal-hal yang bersangkut paut dengan agama dapat terus dibaca oleh masyarakat.Saya percaya dengan kuasa penulisan,dan sentiasa berharap satu hari nanti tulisan-tulisan saya dapat mengubah masyarakat ke arah kebaikan.Pengaruh pena ini sudah lama diperakui.Sehinggakan Allah sendiri telah bersumpah terhadapnya dalam surah Al-Qalam:1:

نٓ‌ۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ

Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis

Namun hari ini pengaruh pena diperluaskan lagi dengan adanya kemudahan-kemudahan terkini.Seperti Komputer dan sebagainya,namun Ilat (tujuan) tetap sama,iaitu memberi nasihat melalui penulisan.

Alhamdulilah cuti tiga minggu ini saya gunakan sebaik mungkin.Antara kerja yang saya lakukan ketika cuti adalah menyiapkan buku pertama saya.Buku pertama yang saya usahakan iaitu ‘Seharian bersama Allah dan Rasul’ sekarang berada dalam proses terakhir.Proses ini melibatkan penyaringan Status Hadis kali kedua terhadap doa-doa yang saya kumpulkan oleh Pakar Hadis.Pakar ini adalah seorang saya kenali dengan baik,dan beliau merupakan orang yang terbaik bagi penyaringan ini.Saya berharap beliau sudi untuk membantu saya,dan diharapkan proses ini dapat dijalankan dengan lancar.Selain daripada menyiapkan buku tersebut,saya juga sedang dalam proses menyiapkan sebuah novel pertama saya dan melakukan takhrij hadis terhadap Kitab Fadhail Amal

Sebenarnya idea untuk menulis novel ini sudah lama dalam perancangan,namun sekarang ini barulah berkesempatan untuk meneruskannya.Novel ini berkonsepkan Novel Islamik,di dalamnya terdapat pengembaraan manusia dalam mencari kebenaran dan pelbagai lagi dimuatkan.Namun bagi saya ianya terlalu awal untuk diceritakan kepada semua,cumanya saya berharap ia menjadi realiti satu hari nanti.Masa dan bila tidak dapat dipastikan,namun saya optimis dalam membukukannya.Kita merancang Allah juga merancang,tetapi perancangan Allah yang lebih baik dan sempurna.Saya hanya berserah kepada-Nya,yang pasti saya sudah melakukan apa yang sepatutnya saya lakukan.Berkenaan dengan Takhrij Hadis kitab Fadhail Amal,hal ini pernah disuarakan kepada saya oleh seorang sahabat yang saya kenali melalui yahoo group GPTD.Dia beriya-iya menyarankan saya agar mentakhrij hadis yang terdapat didalam Kitab Fadhail Amal.


Dengan keterbatasan ilmu dan masa,akhirnya saya dengan bantuan seorang sahabat merangkap roomate saya bersetuju untuk cuba mentakhrijnya.Dengan kuasa Allah,sehingga kini saya hanya dapat mentakhrij 16 hadis sahaja.Masa dan keutamaan saya menyiapkan kerja yang lebih penting saya siapkan membuatkan tidak semua hadis dapat saya takhrij.InsyaAllah,saya akan cuba untuk mentakhrij hadis-hadis lain jika berkesempatan.

Usaha-usaha saya dalam dunia penulisan ini tidak lain hanya semata-mata untuk meninggikan syiar Allah.Kata Allah:

ذَٲلِكَ وَمَن يُعَظِّمۡ شَعَـآٰٮِٕرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقۡوَى ٱلۡقُلُوبِ

Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.(Surah Al-Hajj:32)

Moga usaha ini sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah ta’ala,tanpa-Nya siapalah diri ini.Akhir sekali,saya berharap para pembaca Paradigma mendoakan agar segala kerja dan usaha saya dipermudahkan dan diberkati oleh Allah.Dan saya sentiasa berdoa agar saya dan anda dilindungi dari sifat-sifat mazmumah,terutamanya sifat bongkak dan riak.Moga kita semua tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan dibawah ini:

وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًا‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ۬

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.(surah Luqman:18)

***keputusan peperiksaan lepas saya mendapat keputusan yang memberansangkan.Pointer saya pada semester ni meningkat 0.24,namun belum ada rezeki untuk mencapai tahap Dean list,namun masih dalam lingkungan 3 pointer.Terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan kejayaan saya.

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, October 9, 2007

mohon ampun dan maaf


Assalamualaikom kepada semua..

Ramadhan mula meninggalkan kita,dan Syawal pula mendekati kita.Dalam menghadapi kedua-dua hal ini,para salafusoleh ada yang bergembira dan yang bersedih.Gembira kerana berjaya menempuh Madrasah Ramadhan dengan cemerlang,dan bersedih kerana terpaksa meninggalkan seribu macam kebaikan yang terdapat di Madrasah Ramadhan.Sebaik- baik umat adalah golongan para Salafusoleh, dan berbahagialah mereka yang mengikuti jejak-jejak mereka.Moga diri kita semua juga berjaya untuk mencontohi diri mereka,moga ketaqwaan kita meningkat dan seterusnya menjadi mereka yang sentiasa mendapat Ramat dan kasih sayang Allah.

"Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung"(2: 5)

Di kesempatan ini,saya Yussamir Yusof memohon maaf kepada semua rakan-rakan diatas segala kesilapan dan kesalahan saya,sama ada secara sengaja atau tidak.

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa"(4:149)

"sedekah tidak mengurangi harta seseorang .Seseorang yang pemaaf Allah menambahkan kemuliaan baginya.Dan seorang yang tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya"(Muslim)

Akhir sekali,saya ucapkan selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Jubair bin Nufair berkata : " Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan "Taqabbala Minna waminkum" .(Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)

Yussamir Yusof

Vice President 1,
Institusi Usrah,
Cyberjaya Campus MMU,
http://www.yussamir .com

Baca Artikel Penuh>>

Sunday, October 7, 2007

SUARA PELAJAR SUARA BENAR


SUARA PELAJAR SUARA BENAR

Oleh:Yussamir Yusof aljohori
8 Oktober 2007
Cyberjaya

Meniti di usia yang sudah jejak kepada angka 20 sememangnya merasakan seakan-akan tidak percaya.Saya masih lagi tidak dapat memahami sepenuhnya ,dunia yang sedang saya tempuhi ini.Berbagai persoalan bermain-main di kepala ini,kadang-kala ia membuatkan saya terasa seolah-olah insan yang telalu berfikir.

Sejak seminggu dua ini,saya dihubungi oleh rakan-rakan lama yang ada sesetengahnya saya samar-samar akan keberadaannya.Masing-masing berada di Universiti Gomen,ada yang di UTM,UM,USM,UPM dan UTP.Kehangatan pilihanraya di sana,mereka cuba salurkan dan kongsikan bersama saya melalui medium telefon.Pelbagai di borakkan,tidak dilupakan pelbagai isu cuba dikupas oleh rakan-rakan lama saya

Pada mulanya saya berasa pelik,kenapa mereka menghubungi saya dan menceritakan semua perihal di sana.Setelah lama berborak,barulah saya perasan,kesemua rakan-rakan yang menghubungi saya itu bertanding didalam pilihanraya kali ini.TAHNIAH!!

Tahniah diucapkan pada mereka,tahniah disebabkan mereka sudah bersedia untuk memikul atau mengalas tanggungjawab.Tangungjawab yang bukan senang-senang untuk dipengang,namun aku tahu keputusan mereka untuk bertanding dibuat setelah berfikir panjang.

Segelintir menganggap, ucapan tahniah tidak wajar diucapkan pada mereka-mereka yang memegang jawatan.Bagi mereka,apabila seseorang sudah memegang sesuatu jawatan,ucapan yang paling sesuai ialah Takziah.

Takziah menurut kamus dewan bahasa dan pustaka:Suatu penyataan turut bersedih(berdukacita),belasungkawa,Misalnya untuk keluarga si mati,untuk menyatakan rasa dukacita .Dengan pengertian ini,seolah-olah mereka yang memegang jawatan seperti mengalami sesuatu kecelakaan.Adakah ketika Nabi Sulaiman meminta kerajaan dari Allah,dan Allah memberikan padanya maka bererti Nabi Sulaiman termasuk dari mereka yang berada dalam kecelakaan?

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaKu sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) Yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; Sesungguhnya Engkaulah Yang sentiasa melimpah kurniaNya”

(Surah Sad 38:35)

Segelintir daripada kita,kadang-kala ingin mengamalkan Islam secara seluruh tetapi tidak mempunyai kefahaman dalam hal tersebut.Kemudian,cuba untuk menterjemahkan sesuatu kata,dengan celupan Islam.Antara contohnya adalah ucapan takziah,yang acapkali diperkatakan oleh mereka yang mengelar diri sebagai kader-kader Islam kepada sahabat-sahabat yang berjaya dalam sesuatu pilihanraya atau sebagainya.Fikir-fikirkanlah.

Berbalik kepada cerita rakan-rakan saya tadi,mereka cukup bersemangat menceritakan hal-hal pilihanraya dan mereka juga kongsikan idea-idea bagi mengislamisasikan badan MPP di Universiti mereka.Tujuan mereka menghubungi saya antara pokoknya adalah mahu saya sumbangkan idea-idea dan nasihat kepada mereka.

Saya katakan pada mereka,saya bukanlah insan yang layak dalam menasihati hal-hal sebegini,namun mereka tetap mengasak saya.Bukan tidak mahu memberi,tetapi kadangkala saya takut,jika idea-idea dan nasihat saya itu nanti mengusik hati kecil mereka.

Berbekalkan pengalaman saya yang pernah bertanding dalam pilihan raya Matrikulasi,dan menjawat jawatan sebagai Vice President 1 akhirnya saya akur untuk memberi sedikit buah-buah idea separuh masak kepada mereka.Antara inti-pati yang saya kemukan pada mereka:

  1. Mencari pengalaman bukan faktor utama menjadi MPP,tetapi tujuan utama adalah UNTUK MEMBERI.
  2. Sentiasa mendengar segala luahan,kritikan dan pujian kemudian jadikan ia sebagai buku manual untuk membetulkan apa-apa yang silap dan menambah baik mana yang sudah baik.
  3. Bersikap pro-analisis.Bukan hanya sekadar mendengar tetapi bersikap menganalisis dan bersikap kritikal dalam berfikir.
  4. Jangan ambil mudah perkara yang dianggap enteng.

Empat perkara pokok diatas memang sudah lama saya terapkan dalam aspek kempimpinan saya.Walaupun tidak semua dapat saya garapkan,namun setidak-tidaknya ia menjadi penunjuk aras kepada saya.

Adil,berpandangan jauh,amanah,bertolak ansur dan berperibadi mulia saja saya tidak masukkan dalam perkara pokok yang perlu difokuskan oleh mereka.Kenapa?Kerana sebagai seseorang yang mahu memimpin dan sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab, sewajibnya sudah ada sikap-sikap itu.Tidak perlu lagi ditunjal-tunjalkan ke kepala mereka, sewajarnya ia sudah ada dalam diri mereka.Idea-idea gagasan untuk mengislamisasikan MPP dan sebagainya,seharusnya saya tidak coretkan disini,kerana ia mungkin akan mengusik hati kecil pembaca Paradigma yang mungkin berlainan partai,idealisme dan sebagainya.

Adakah saya Pro Aspirasi?Soalan yang dikemukan kepada saya,oleh rakan-rakan.Apa yang boleh saya katakan,UNDI SAYA ADALAH RAHSIA..Saja mengusik mereka dengan perkataan itu,kerana bagi saya tidak perlulah untuk saya perkatakan lebih lanjut tentang hal itu.Lagipun saya sekadar orang luar yang memerhati dunia kampus Gomen,dari sudut pemikiran,penglihatan dan pendengaran milik saya.Mugkin berbeza,namun titik pertemuan itu tetap akan ada walaupun hanya satu titik yang sahaja yang bertemu.Mana yang benar saya turutkan,mana yang salah saya sanggahkan.

Kalau mahu ceritakan tentang seribu macam taktik,kekotoran dan kekecauan politik kampus,pasti ia memakan masa.Dan saya pun tidak berminat untuk membicarakan disini,kerana bagi saya ia semuanya berpunca dari pemikiran pelajar.Jika pemikiran pelajar waras tanpa ada campur tangan emosi dan sentimen,maka isu-isu retorik yang berzaman kita dengar tidak akan berkumandang lagi di pentas poltik kampus,malahan ia boleh menggengar sampai ke peringat Nasional.

Saya ucapkan terima kasih pada rakan-rakan yang masih percaya akan diri ini,walaupun tidak semana idea dan nasihat saya.Namun,kerendahan dan kewarasan anda dalam mencari dan mempelbagaikan idea amat saya kaguni.Jangan hanya kagumi pada diri,kerana kekaguman itu akan memakan diri.

“SUARA PELAJAR SUARA BENAR”(YUSSAMIR 04-05 KMP)

Baca Artikel Penuh>>

Saturday, October 6, 2007

Hari Raya Bakal Menjelma


Hari Raya Bakal Menjelma

Oleh:Yussamir Yusof Aljohori
6 Oktober 2007
Cyberjaya

*Ibu ngan ayah,tunggu kepulangan anakmu ini..Cewahhhh~

Assalamualaikom kawan-kawan,apa khabar?Mesti ada yang sudah berkira-kira untuk pulang ke rumah masing-masing sempena Aidilfitri yang bakal menjelma ini.Walaupun ada yang masih berada di kawasan lampu merah,dek kerana peperiksaan yang masih berbaki satu atau dua lagi.

Dikesempatan ini,saya dengan rendah dirinya memohon maaf diatas segala silap dan salah yang pernah saya lakukan.Tidak kira lah yang secara sengaja atau tidak sengaja,kerana saya juga adalah insan yang lemah dan tidak akan lari dari segala silap dan salah.Bak kata Roomate saya,”tidak dikatakan Manusia jika tidak berdosa”,memang benar kata kawan saya itu.Manusia mana yang tidak pernah berbuat dosa(kecuali insan yang ma’sum seperti nabi),namun ingatlah bahawa Allah sentiasa menerima Taubat hambanya.

Disini juga saya mengucapkan beribu penghargaan kepada insan-insan yang tersenarai dibawah ini,kerana mereka banyak mengajar saya erti kehidupan.Dan daripada mereka lah saya belajar dan menimba ilmu,khususnya ilmu agama. Keterbukaan,ketelitian,kesederhanaan dan kezuhudan mereka, mengajar saya untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.Apalah erti hidup,jika hanya didada penuh dengan ilmu-ilmu dunia,tetapi ilmu akhirat kosong.

Saya sebenarnya menyahut kata-kata ustaz saya,dia pernah katakan pada saya “Ustaz mahu,anak murid ustaz bukan hanya pandai dalam bidang-bidang akademik,tetapi juga menjadi tempat rujukan agama bagi masyarakat”(walaupun ketika itu saya bukanlah insan yang berminat dalam bidang agama),.Terima kasih Ustaz Nasir,beliau adalah seorang Ustaz yang amat dihormati ketika saya berada di SMKA Pedas,Negeri Sembilan.Moga Allah terus memberi dia kesihatan,agar dapat mencurahkan segala ilmu yang ada padanya.

Antara guru yang pernah diambil ilmunya secara bersemuka.Sebahagian diantara mereka ada yang telah mencurahkan ilmu pada saya lebih 3 tahun dan ada yang sekadar sehari sahaja.

Bagi saya bertemu dengan mereka ini adalah satu peluang yang tidak dapat dinilai harganya,bagaikan mutiara yang jarang-jarang dapat ditemui didasar laut Ilmu.Moga Allah merahmati mereka semua,terima kasih saya ucapkan.

Penghargaan kepada insan-insan ini:

Guru-guru agama(sama ada secara formal atau tallaqi)

Ustaz Nasir (n9)-Syariah Islamiah

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Malaysia)

Ustaz Amal (Indonesia)-Hadis dan feqh

Ustaz Ilham (indonesia)-Quran dan khat

Ustaz Badar(Indonesia)-Nahu dan saraf

Syeikh Almandeeli(Makkah)-Hadis

Dr Asri Zainul Abidin(Malaysia)

Ustaz Maszlee Malek

Bro Hafiz Firdaus (Malaysia)

Ustaz Radzi (Malaysia)-Taranum

Dr Jamnul azhar mulkan (Malaysia) -sains dan Quran

Dr ramli (Malaysia)-Feqh

Ustaz Arif (Malaysia)

Bro Shahkirit (Malaysia) -Perbandingan Agama

Bro Lim Jooi Soon (Malaysia) -Perbandingan Agama

Ustaz Fathul Bari (Malaysia)-Hadis

Ustaz Rashid (Malaysia)


Guru-guru Akademik:

Cikgu Wan Salmah-Ekonomi

Cikgu Suzila-Bahasa Melayu

Ustazah Umi Kalsum-Arab Tinggi

Cikgu Ramli-Matematik Tambahan

Teacher Ezlin Yanti-English

Cikgu Husni-Akaun

Cikgu Roslin-Sains

Cikgu Mustafa-Matematik Moden

Dan beberapa guru yang namanya samara-samar diingatanku.Dan juga tidak ketinggalan pensyarah-pensyarah di MMU,antaranya :

Sir Abby-Accounting And Information System
Madam Salsiah-Financial Accounting & Reporting
Miss Aliza-Business technology Management
Sir Rajan-Advance Management English
Sir Zulkiflee- Accounting And Information System
Sir Abdul Rahman-Business Law

Moga kalian semua terus berada dalam keadaan sihat, agar diri ini dapat lagi untuk terus

berdamping dengan kalian.Salam sayang dan mohon ampón saya ucapkan kepada semua.InsyAllah lepas raya,kita berjumpa lagi.

Meh kita tenang-tenangkan fikiran dengan membaca pantun ini:

Pantun Raya ikut Negeri

Kelantan…
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu…
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang…
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor…
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka…
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan…
Masak lo mak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur…
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi wa dulu

Perak…
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah…
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis…
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, October 4, 2007

Thank You Allah


Tee Hui Yee selamat jalani pembedahan pindahan jantung

Bersyukur pada Allah kerana permudahkan segala kesulitan yang dialami Hui Yee.Ya,Allah air mata ini menitis kerana kerahamatan-Mu terhadap Hui Yee,dan aku adalah hamba-Mu yang sentiasa mendambakan kasih dan sayang.Ya,Allah aku bermohon pada-Mu agar sihatkanlah tubuh badan Hui Yee,dan jika kau sayangi dia berilah dia Hidayah padanya.

Kepada pembaca PARADIGMA,saya dengan rendah diri berterima kasih pada sesiapa yang ada mengforwardkan email atau apa-apa pun berkenaan dengan Hui Yee ini.Moga pertolongan kalian mendapat ganjaran daripada Allah yang maha berkuasa.Terima kasih saya ucapkan sekali lagi.

Pembacaan lanjut sila klik disini UTUSAN

~Thank you Allah~

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, October 2, 2007

Tersirat di balik tersurat


Tersirat di balik tersurat

Oleh:Yussamir Yusof Aljohori
2 Oktober 2007

Jika seseorang muslim berdepan dengan situasi dimana beliau perlu bercakap tidak benar untuk melindungi dirinya atau seseorang yang tidak bersalah, atau untuk menyelamatkan dirinya daripada masalah besar, adakah cara untuk beliau mengatasi situasi tersebut tanpa berbohong dan berdosa?

Sebenarnya memang terdapat cara yang mengikut hukum syarak dan jalan yang dibenarkan untuk seseorang menggunakannya jika perlu. Caranya ialah berdalih ataupun tidak berterus terang. Imam al-Bukhaari menamakan satu bab dalam Kitab Sahih Bukhari: "Berdalih adalah cara yang selamat untuk mengelakkan bohong"[1].Berdalih bermaksud mengatakan sesuatu yang mempunyai maksud tersurat yang mana pendengarnya akan faham, tetapi ia juga mengandungi maksud tersirat tentang perkara sebenar dengan bahasa yang betul. Syarat tentang perkara ini ialah apa juga yang dikatakan mestilah tidak membenarkan perkara yang sememangnya salah atau sebaliknya.

Berikut adalah contoh dalih yang pernah digunakan oleh salafusoleh dan imam-imam terkenal yang dikumpulkan oleh Imam Ibn al-Qayyim di dalam bukunya Ighaathat al-Lahfaan: “Adalah diriwayatkan tentang Hammad (rahimahullah) jika seseorang datang dan beliau tidak suka duduk dengan orang itu, maka beliau akan berkata (seolah-olah dalam kesakitan): "Gigiku, gigiku!" Maka orang yang beliau tidak sukai tersebut (yang tidak memberi kebaikan bersahabat dengannya) akan meninggalkannya”.


Imaam Sufyaan Al-Thawri (rahimahullah) dibawa berjumpa dengan Khalifah al-Mahdi yang menyukai beliau, tetapi bila beliau mahu balik, khalifah telah menyuruhnya untuk duduk lebih lama disitu. Maka Al-Thawri berjanji yang beliau akan kembali semula. Beliau kemudiannya keluar, meninggalkan kasutnya di pintu. Selepas beberapa ketika, beliau kembali semula dan mengambil kasutnya, kemudian terus pergi. Bila Khalifah bertanya “mana Al-Thawri?”, Baginda diberitahu bahawa beliau(Imaam Sufyaan Al-Thawri) berjanji untuk datang semula, maka beliau telahpun kembali dan mengambil kasutnya.


Suatu ketika Imam Ahmad berada di rumahnya bersama-sama dengan beberapa orang muridnya, termasuk al-Mirwadhi. Seseorang datang bertanyakan tentang al-Mirwadhi daripada luar rumah, tetapi Imam Ahmad tidak mahu al-Mirwadhi keluar, maka beliaupun berkata: "Al-Mirwadhi tiada di sini, apa yang beliau hendak buat di sini?" Sambil meletakkan jarinya ke tapak tangannya yang sebelah lagi, kerana orang yang berada di luar tersebut tidak dapat melihat apa yang beliau sedang lakukan.


Contoh lain tentang berdalih atau tidak berterus terang termasuk yang berikut:

Jika seseorang bertanya kepada anda adakah anda terjumpa si Polan bin si Polan, dan anda takuti jika anda memberitahu tentang si Polan tersebut akan menimbulkan mudarat, maka anda boleh berkata "ma ra'aytuhu"(ما رايته), dengan maksud bahawa anda tidak memotong paru-paru beliau.Disebaliknya perkataan ini juga bermaksud didalam bahasa Arab ["ma ra'aytuhu" selalunya bermaksud "saya tidak melihat beliau”]; Atau anda boleh menafikan terjumpa dengan beliau, tetapi dengan maksud di dalam hati anda merujuk kepada masa dan tempat tertentu yang anda tidak terjumpa dengan beliau.Mudah bukan?

Jika seseorang menyuruh anda bersumpah supaya tidak bercakap dengan si Polan bin si Polan, anda boleh berkata, "Wallaahi lan ukallumahu", dengan bermaksud anda tidak akan melukakan beliau, kerana "kalam" juga boleh memberi makna "luka" dalam bahasa Arab (selain bermakna bercakap). Begitu juga, jika seseorang dipaksa malafazkan kalimah kufur dan disuruh menafikan Allah, adalah dibenarkan untuk beliau berkata "Kafartu bi'l-laahi", yang bermaksud "Saya menafikan bersuka-ria" (yang mempunyai bunyi yang sama dengan ungkapan yang bermaksud "Saya menafikan Allah")[2]

Walaubagaimanapun, seseorang haruslah berwaspada dalam penggunaan dalih tersebut ,dan hanyalah digunakan untuk situasi yang tidak dapat dielakkan sahaja, jika tidak:

  1. Penggunaannya yang berlebihan mungkin boleh membawa kepada pembohongan.

2. Seseorang mungkin boleh kehilangan kawan yang baik, kerana mereka akan selalu merasa ragu tentang apa yang dimaksudkan sebenarnya.

3. .Orang yang kerap menggunakan kaedah ini mungkin akan timbul sifat bangga diri kerana kebolehan beliau mengambil kesempatan terhadap orang lain.


Akhir sekali, saya bermohon kepada Allah agar kita dikurniakan kefahaman tentang agama kita, dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada kita, dan memberi manfaat kepada kita dari apa yang diajarkanNya.Memberi ilham dan petunjuk kepada kita dan melindungi kita daripada kejahatan dalam diri kita. Sesungguhnya Allah Yang Memberi Perlindungan dan Dialah Yang Maha Pengasih.

Salawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w), kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

Selamat mencuba,ingat! Hanya untuk penggunaan didalam kecemasan sahaja.Dan saya mahu tegaskan,ini bukanlah Kaedah Taqiyah yang digunakan oleh Syiah .Tapi lebih kepada permainan bahasa,kerana bahasa Arab mempunyai keistimewaan yang tangat tinggi.

~WaAllahualam~


[1] (Sahih Bukhari, Bab al-Adab (Kitab Adab), bab 116).

[2] (Ighaathat al-Lahfaan oleh Ibn al-Qayyim, 1/381 ff., 2/106-107. Sila rujuk bab tentang berdalih (ma'aareed) dalam Al-Adaab al-Shar'iyyah oleh Ibn Muflih, 1/14).

Baca Artikel Penuh>>

Monday, October 1, 2007

HEBAHAN PENTING



HEBAHAN PENTING:JANTUNG DIPERLUKAN UNTUK HUI YEE


Diharapkan pembaca Paradigma dapat menghebahkan hal ini kepada seluruh kenalan dan masyarakat sekeliling.Gunakanlah kuasa Internet dalam hal ini,dan saya berharap agar usaha kita dalam menghebahkan hal ini, dapat serba sedikit membantu keluarga Hui Yee dalam proses mencari jantung.Hui Yee remaja malang yang memerlukan jantung bagi membolehkan dia terus hidup,dan kini dia sedang berdepan dengan masalah ketiadaan penderma jantung.Untuk keterangan lanjut boleh baca di UTUSAN,dan untuk membaca hukum menderma organ baca di MAZA.

Sekian harap maklum.

*Jika sesiapa yang suka forwardkan email ataupun YM,maka gunakanlah peluang ini untuk mengforwardkannya.


Baca Artikel Penuh>>

BERITA SEMASA:KEMATIAN DAN PEPERIKSAAN



BERITA SEMASA:BLOG TETAP MASIH BERPUASA

Oleh:Yussamir yusof aljohori
1 Oktober 2007


  1. Takziah kepada Sahabat saya iaitu Syawal bin Ahmad.Bapanya telah kembali kerahmatullah pada 29 September 2007 bersamaan dengan hari Jumaat.

Moga Syawal dan keluarga tabah menghadapinya,sesungguhnya kamatian itu benar,maka kita perlu menerimanya dengan redha.

Sesungguhnya Rasullullah apabila ditimpa dengan musibah dan cubaan,maka baginda akan membaca doa ini:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (di hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku)”(Hadis riwayat Bukhari)

  1. Pada hari yang sama juga bayi kepada salah seorang Ustaz di MMU ini telah meninggal dunia.Dan kami warga MMU mendoakan Ustaz tabah dan tidak berputus asa.

Dan sunnahnya apabila ada kematian anak kecil,maka kita baca doa ini:

اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ لَنَا فَرَطًا وَسَلَفًا وَأَجْرًا

“Ya Allah! Jadikan kematian anak ini sebagai simpanan pahala dan amal baik serta pahala buat kami.” (HR. Al-Bukhari 2/80; Muslim 2/636)


  1. Pada hari esoknya iaitu 30 September 2007,pengebumian bapa Syawal dilakukan di Tanah perkuburan selayang belakang IPD Gombak.Alhamdulilah,perlaksanaan pengembumian itu dijalankan secara Sunnah.Dan aku berbangga dengan usaha dan daya Syawal yang membolehkan urusan itu dijalankan mengikut Sunnah.Moga usaha beliau itu dapat membuka mata penduduk di sana bahawa cara sunnah adalah yang paling unggul dan tidak menyusahkan.Selain ia tidak menyulitkan keluarga si mati.Perkara ini pada awalnya ada juga disuarakan pada aku,bahawa ada orang mahu dia lakukan talkin.Apa yang aku dapat katakan, “buatlah mana-mana yang kau mampu,dan kalau nak ikut cara Sunnah aku dan rakan-rakan lain akan sokong dan bantu”.Biar sedikit dari tidak melakukan satu sunnah pun.

Imam Ibnu Qoyim berkata “Mereka yang melakukan amal ibadat mengikut sunnah walaupun sedikit lebih bermakna dan bernilai daripada mereka yang melakukan amal ibadat tetapi tidak mengikut sunnah malahan melakukan bida’ah”.

Marilah kita sama-sama doakan mereka yang sudah meninggal dunia,dengan doa yang telah diajarkan Nabi iaitu:

إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلٌّ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ

“Sesungguhnya hak Allah adalah mengambil sesuatu dan memberikan sesuatu. Segala sesuatu yang di sisi-Nya dibatasi dengan ajal yang ditentukan. Oleh karena itu, bersabarlah dan carilah ridha Allah.” (Hadis direkodkan Bukhari)


  1. Tadi bertarikh 1 Oktober bersamaan dengan hari Isnin.Kertas peperiksaan kedua aku duduki iaitu Business Technology Management.Alhamdulilah,namun soalannya sangat susah dan rumit,yang pastinya aku dah berusaha yang perlu aku buat sekarang adalah bertawakal kepada Allah.

حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيم

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar”( (Surah At-Taubah 9:129)

Moga kita semua sentiasa dibawah kerahmatan dan perlindungan Allah.
Akhir sekali hayatilah kata-kata seorang Mujathid ini,iaitu Imam Syafie yang saya naqalkan dari beberapa buah kitab.

Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi: Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?” Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.”[1]

Juga al-Imam al-Syafii berkata: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.”[2].

Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” [3]

Sekian…


[1] (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

[2] (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35)

[3] (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263)

Baca Artikel Penuh>>