Thursday, September 13, 2007

MADRASAH RAMADHAN


MADRASAH RAMADHAN

Oleh:Yussamir Aljohori
14/09/07

Ramai yang mengadu pada saya kenapa saya tidak sekerap dulu menulis di blog,kalau dulu setiap hari pasti ada cerita baru yang saya paparkan tetapi sekarang 3 hari atau 4 hari baru ada artikel baru menyusul.Saya bingung,kerana dahulu bila saya menulis dengan kerap,ada pembaca yang mengadu kerana tak sempat untuk menghabiskan pembacaan yang semalam kerana setiap hari artikel diblog saya akan bertukar baru.Kini saya mendapat respon sebaliknya pula,dan ia memang memeningkan kepala.Hehehe..

Saya suka untuk membawa kembali cerita yang sahabat saya tulis di blognya berkenaan dengan kita memang tidak boleh untuk memuaskan setiap kehendak manusia.Ada sahaja yang tidak perkenan dekat hati masing-masing,bukannya tidak elok malahan ia adalah perkara yang sangat membawa manfaat kepada manusia.

Allah memang maha Mengetahui.Bayangkan lah kalau semua manusia mempunyai minat yang sama,perasaan yang sama,bentuk yang sama dan semuanya sama maka hidup kita tidak akan mengembang.Sehinggakan agama itu sendiri mengiktiraf kepelbagaian dalam segala hal, cuma yang mutlak kita sebagai muslim adalah akidah.Akidah muslim semuanya sama,iaitu mentauhidkan Allah dan mengakui bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Mazhab berbeza kerana Imam Mazhab berbeza method dan kaedah dalam berijtihad,tetapi mereka berpegang pada perkara pokok yang sama iaitu Quran dan Sunnah diatas landasan kefahaman pada sahabat,tabie’ dan tabien.Berbeza dalam mengistinbatkan hokum,berbeza ilmu dalam bidang hadis,berbeza tempat,berbeza uruf dan pelbagai lagi.Kerana berbezalah kita dapat kepelbagaian ilmu dan kepelbagaian manfaat yang datangnya kerana berbeza dan kerana berbeza itu kita dapat sedikit sebanyak memenuhi kehendak manusia.

Kini kita sudah memasuki bulan yang cukup mulia disisi kita iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak.Saya suka untuk menjoloki bulan ini dengan nama Madrasah Ramadhan(sekolah ramadhan),kenap ya saya jolokinya dengan nama sedemikian?

Kita pasti maklum bahawa sekolah adalah tempat mendidik manusia,membimbing dan memberi manfaat kepada manusia.Begitulah juga dengan Bulan Ramadhan,ia adalah bulan yang mendidik manusia bukan hanya mendidik dari segi ketahanan badan tetapi ia juga mendidik rohani.Menahan diri dari makan dan minum,memangkin diri untuk amalkan kebaikan dan meninggalkan perkara yang buruk yang acapkali kita lakukan.

Secara fitrah,manusia yang sejahat mana pun pasti akan terjaga dari lena maksiat,dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan atmosfera Madrasah ini.Memang benar yang jahat tidak boleh terus menjadi baik,tetapi langkah awal kearah kebaikan lagi mulia daripada langsung tidak ingin mencuba untuk melangkah kedalam garisan kebaikan.sesungguhnya Allah mencintai mereka yang bertaubat,dan Allah sendiri memberi jaminan untuk mengampuni dosa-dosa hambanya yang bertaubat.Mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini,maka sama-samalah kita berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan/kemaksiatan.Bagi mereka yang ingin bertaubat,masa inilah yang paling sesuai.

Dalam satu hadis yang cukup masyhur Nabi Muhammad SAW bersabda:

" Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan
mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu”[1]

Dan Allah berfirman:

“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya sendiri, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”[2]

Jelas dan terang dengan apa yang Nabi Muhammad SAW sebutkan diatas,dengan puasa dengan bersungguh dan ikhlas kerana Allah maka dosa-dosa yang lalu Allah akan ampunkan.Bertaubat kemudian berpuasa,insyAllah dengan janji Nabi diatas dosa-dosa yang lalu yang pernah kita lakukan pasti Allah ampunkan.Rebutlah peluang ini dengan segera,jangan abaikan janji-janji Allah.Allah tidak akan lupa dengan janji-janjinya kerana Dia sendiri sudah mengatakan didalam Quran: yang bermaksud “Dan tiadalah Tuhan-Mu itu lupa”[3].

Janji Syurga lepada mereka yang berpuasa dengan keimanan.Pasti ada yang berasa kalut dan jengkel dengan perkara diatas.Masakan saya tahu bahawa sesiapa yang berpuasa dengan keimanan dijanjikan syurga?Saya bukan bercakap atas dasar nafsu dan dusta tapi ia didasari dengan dalil iaitu saya memetik Sabda Nabi yang bermaksud:

“Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga,Nabi bersabda :"Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya "[4]

" Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan
berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga "[5]

Maka bergembiralah kita,kerana kita dijanjikan Syurga oleh Allah.[6] Dan peluang ini bukan selalu kita perolehi.Bolehkah anda memaastikan bulan Ramadhan pada tahun hadapan anda masih lagi hidup?Cerita pasal hidup dan mati ini,pada hari ini bersamaan dengan 13/09/07 satu ramadhan seorang pelajar MMU meninggal dunia dan dia juga merangkap Vice president UPG MMU Cyberjaya Campus.Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau,moga dia ditempatkan dengan orang-orang yang disayangi oleh Allah.Amin…HIdup dan mati kita semuanya ditangan-Nya maka bersiap sedialah dari Sekarang untuk menghadapinya agar kita mudah menghadapi hari tersebut dengan tenang.

Erm,sekali menulis tak perasan pula dah panjang saya tulis.Hehehe..Saya harap artikel kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.Kepada yang ingin bertaubat silakan,kepada mereka yang ingin meningkatkan pahala maka digalakkan,dan kepada mereka yang idamkan syurga maka waktu inilah anda perlu bersungguh-sungguh untuk dapatkannya dari Pemiliknya.Mari sama-sama kita memasuki Madrasah Ramadhan ini dengan semangat yang jitu dan penuh dengan keghairahan cinta pada Ramadhan,inysAllah segala amalan kita akan mendapat gamjaran yang setimpal dari-Nya.


Akhir sekali saya memetik dari kata-kata yang diucapkan oleh Syeikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jarullah[7] :

“Manfaatkan dan pergunakan masa hidup anda, kesihatan dan masa muda anda dengan amal kebaikan sebelum maut datang menj emput. Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dalam setiap waktu dari segala dosa dan perbuatan terlarang. Jagalah fardhu-fardhu Allah dan perintah-perintah-Nya serta jauhilah apa-apa yang diharamkan dan dilarang-Nya, baik pada bulan Ramadhan mahupun pada bulan lainnya.

Jangan sampai anda menunda-nunda taubat, lain anda pun mati dalam keadaan maksiat sebelum sempat bertaubat, kerana anda tidak tahu apakah anda dapat menjumpai lagi bulan Ramadhan mendatang atau tidak?

Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua untuk amal yang dicintai dan diridhai-Nya. Shalawat dan salam semoga juga dilimpahkan Allah kepada Nabi kita Muhammad, segenap keluarga dan para sahabatnya.”


[1] Sahih Bukhari dan Muslim

[2] Surah An-Nisa :10

[3] Surah Maryam 19:64)

[4] Sahih Sunan An-Nasai

[5] Sahih Riwayat Bukhari

[6] kerana setiap perkataan Nabi adalah datangnya dari Allah,Oleh itu saya katakan Allah janjikan walaupun itu datangnya dari Sabda Nabi.Ini bertepatan dengan Firman Allah yang bermaksud: “Dan dia tidak akan mengatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama) menurut kemahuan dan pandapatnya sendiri.Segala apa yang diperkatakan oleh dia adalah wahyu yang diwahyukan oleh Allah kepadanya.”.(Surah An-Najm)

[7] Risalah Ramadhan oleh Syeikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jarullah.Dialeh bahasa dari bahasa Arab ke Bahasa Malaysia.Jika terdapat kesalahan penterjemahan diharap dapat diberitahu saya dengan kadar segera.

Baca Artikel Penuh>>

Monday, September 10, 2007

Keutamaan Ramadhan dan beberapa perkara yang membatalkan puasa.


Keutamaan Ramadhan dan beberapa perkara yang membatalkan puasa.

Oleh:Yussamir yusof Aljohori
Timbalan Amir 1 Insititusi Usrah
Universiti Multimedia Cyberjaya

*Artikel ini ditulis untuk risalah jumaat pada minggu lepas tetapi disebabkan ada masalah teknikal,artikel ini boleh diperolehi pada hari jumaat ini.Harap maklum.

Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”[1]

Ramadhan sudah mendekati kita,kira-kira lagi seminggu semua umat islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia.Pada bulan Ramadhan terdapat satu kewajiban yang Umat Islam perlu laksanakan iaitu berpuasa selama satu bulan berturut-turut.Namun persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk mengharungi ujian dan cubaan pada bulan Ramadhan?

Ada yang bergembira dan tidak kurang juga yang mengeluh dengan kedatangan bulan Ramadhan ini.Namun perlulah kita ingatkan bahawa pada bulan Ramadhan ini terdapat pelbagai keutamaan yang Allah sediakan keatas hamba-hambanya yang mentaati perintahnya untuk berpuasa..Didalam bulan Ramadhan Allah telah menjanjikan akan membalas setiap kebaikan hambanya dengann 10 kali ganda pahala berbanding pada bulan-bulan yang lain.Selain itu Allah memuji-muji hambanya yang berpuasa semata-mata untuk Dia dengan mengatakan bahawa bau mulut-mulut hamba-Nya yang berpuasa sama dengan bau minyak Kasturi.[2]

Antara keistimewaan lain pada bulan Ramadhan adalah:

  1. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq dan yang bathil.
  1. Pada bulan ini disunatkan shalat tarawih, yakni shalat malam pada bulan Ramadhan, untuk mengikuti jejak Rasulullah, para sahabat dan Khulafaur Rasyidin.Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:

"Barangsiapa mendirikan shalat malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." [3]

  1. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.Berdasarkan Sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa mendirikan shalat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."[4]

  1. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para syaitan diikat.[5]

Disamping mengejar keutamaan-keutamaan tersebut,kita juga perlu menjaga beberapa perkara agar puasa kita tidak terbatal dengan sia-sia.Antara perkara yang telah jelas di dalam Quran adalah tidak boleh bersetubuh di siang hari,makan dan minum dari terbit sehingga terbenamnya matahari[6].Selain daripada 3 perkara tersebut para Ulama telah meluaskan perbahasannya kepada beberapa lagi perkara yang dapat membatalkan puasa,antaranya:

  1. Mengeluarkan mani dalam keadaan terjaga kerana onani, bersentuhan, ciuman atau sebab lainnya dengan sengaja. Adapun keluar mani kerana mimpi tidak membatalkan puasa kerana keluarya tanpa sengaja.
  2. Keluarya darah haid dan nifas. Apabila seorang wanita mendapati darah haid, atau nifas batallah puasanya, baik pada pagi hari atau petang hari sebelum terbenam matahari.[7]
  3. Sengaja muntah.[8]
  4. Murtad dari Islam (semoga Allah melindungi kita darinya,perbuatan ini menghapuskan segala amal kebaikan ).Ini berdasarkan Firman Allah :

“Seandainya mereka mempersekutukan Allah(murtad), niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.”[9]

Akhir sekali penulis memetik kata-kata Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz(mantan Mufti Arab Saudi) :

Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.

WaAllah Alam..



*Untuk keterangan lanjut tentang hukum mengorek telinga dan hidung serta mandi ketika berpuasa,bolehlah membacanya di: http://demipena.blogspot.com/2006/09/mengorek-telingahidungrongga-dan.html
Pendapat sahabat saya ini sama dengan pendapat dan kajian saya.Diharap mendapat faedah dari artikel sahabat saya itu.


[1] Surah Al-Baqarah 2:183

[2] Hadis Sahih:Telah diriwayatkan Bukhari didalam kitab Fathul Baari bab Puasa.

[3] Mutafaqun Alaih

[4] Mutafaqun Alaih

[5] Hadsi Sahih riwayat Bukhari dalam kitab Fathul Baari

[6] Surah Al-Baqarah 2:187

[7] Hadis Sahih:Riwayat Bukhari

[8] Hadis Riwayat Ahmad,Daud,Tirmidzi dan Ibnu Majah

[9] Surah Al-An’am 6:88

Baca Artikel Penuh>>

Alhamdulilah ibnuyusofaljohori sudah berpindah rumah ke yussamir.com


Alhamdulilah ibnuyusofaljohori sudah berpindah rumah ke yussamir.com

Assalamualaikom kepada semua rakan-rakan yang setia mengikuti setiapa apa yang dicoretkan di blog ini sejak awal tahun 2007 lagi.Pada saat ini,blog ibnuyusofaljohori telah berpindah ke alamat http://www.yussamir.com yang baru.Walaubagaimanapun kepada mereka yang sudah mengenali blog ini dengan nama ibnuyusofaljohori anda tetap boleh melayari dengan alamat yang lama.Alamat baru ini digunakan kerana saya mendapat hadiah dari seorang sahabat saya melalui pertandingan “kenapa saya perlu domain” yang dibuat oleh beliau.Terima kasih saya ucapkan kepada Hafreze (http://www.hafreze.com) yang sudi memilih kata-kata saya dan seterusnya menjadi 5 orang komennya yang dipilih.Dan saya harap dengan adanya domain yang baru ini,tiada lagi komen yang link blog saya terlalu panjang,saya harap anda semua akan mengikuti terus tulisan-tulisan saya dari semasa ke semasa.Sekian terima kasih.

Baca Artikel Penuh>>

Saturday, September 8, 2007

Kasih seorang ibu dan ayah pada anaknya



Kasih seorang ibu dan ayah pada anaknya

Oleh:Yussamir yusof aljohori

9/09/07

Ibu merajuk dengan aku sebab sudah sebulan aku tak balik jenguk dia.Bukan itu saja,aku pun sudah sebulan juga tidak menelefon dia.Aku sedih dan berasa sangat bersalah bila ibu merajuk dengan aku,aku anak derhaka!

“Adik balik jumaat ini ibu” terus saja aku berjanji dengan dia untuk balik rumah jumaat ini.

Sampai saja di rumah aku terus cari ibu kat dapur,aku peluk dia dan terus cium dia bertalu-talu sambil memohon maaf.Aku bukan sengaja tapi aku ada sebab yang tidak dapat dielakkan dan aku ada telefon tapi ayah tak angkat.Tapi dalam hal sebegini aku lebih sanggup menyalahkan diri aku daripada memberi seribu alasan pada insan yang aku sangat cintai ini.

“Hish!Takde apa-apa lah,ibu saja je cakap macam tu.Kamu tu tak balik sebulan dah,telefon pun tidak,itu yang ibu konon-konon merajuk..Ibu terus senyum dan ketawa.Sungguh tenang perasaan aku ketika itu,aku tak mahu dikatakan sebagai anak derhaka,.”Redha Allah keatas redha ibu bapa,kemurkaan Allah keatas kemurkaan ibubapa”.Aku tidak mahu termasuk dikalangan orang yang dimurka oleh Allah atas sebab aku membuatkan ibu aku marah dan berkecil hati pada aku.Tapi Alhamdulilah.tidak ada apa-apa.

Aku terus cium ibu aku berkali-kali,aku memang manja pada ibu,bagi aku ibu adalah segala-galanya.Aku kalau cerita bab-bab pasal ibu ini mesti aku akan meleleh.sebab aku mudah terasa kalau bicara tentang ibu.Malam itu aku borak-borak dengan ibu,semua benda aku ceritakan,aku memang tidak pandai simpan rahsia dengan ibu.Semuanya akan aku luahkan.kalau aku ada simpan sesuatu dari pengetahuan ibu aku akan berasa sangat bersalah.Ibu segala-galanya bagiku..

Ibu ada belikan aku gelang,gelang ini ibu beli sebab ada sepupu aku jual dekat dia.Kata sepupu aku gelang ini ada magnet dan boleh memudahkan peraliran darah dalam tubuh badan orang yang memakainya,kata dia pada ibu aku.Ibu aku pun belikan untuk aku,sebab ibu tahu aku ini ada masalah pengaliran darah kat kepala ini.Aku ada sejarah kesihatan “margin”,itu sebab ibu belikan untuk aku.Terima kasih ibu.

Malam itu akan makan puas-puas masakan ibu.Ibu masak kerang goreng,ikan masak pindang,sayur cendawan cili padi ngan ulam kesukaan aku iaitu kacang botol.Sedap sangat,sampai aku bertambah nasi dua kali.Pastu tengok tv sama dengan ibu,buatkan ibu dan ayah air.Hehehe…sedapkan ibu?

Ayah aku macam biasa,tak banyak cakap tapi borak-borak juga dengan dia.Seronok,ayah aku macam-macam bagi nasihat lagi-lagi bab ‘study’ ini.Aku rapat dengan ibu,dengan ayah tidak berapa rapat tapi aku cukup menghormati ayah aku.Dia seorang yang berpendirian dan tidak suka membuang masa.Ayah aku ini mudah belajar sesuatu,lagi-lagi dalam hal elektronik.

Ayah tidak ada pembelajaran secara formal dalam hal-hal elektronik,dia belajar pomen barang-barang elektirk dengan hanya melihat orang yang betulkan barang elektrik di kedai-kedai elektronik.Semalam aku terkejut sebab tv antik yang ada dekat ruang tamu depan rumah dah berbunyi dan radio lama pakcik aku pun dah dibetulkan oleh Ayah.Aku terkejut sangat bila Ayah kata dia yang betulkan.Satu lagi,ayah aku ini suka kepada barang-barang yang antik,lagi-lagi duit lama.

Sebelum balik aku,ibu dengan ayah makan sama-sama.Masa nak bertolak itu aku peluk ibu kuat-kuat dan cium dia berkali-kali,aku saying sangat kat dia,kemudia ibu pesan “lepas ini kamu kena call ibu setiap minggu,faham?” Ibu memberi arahan pada aku sambil senyum. “Baik mam!”aku menjawab sambil memeluknya balik.Ayah aku hantar ke stesyen bas,didalam kereta Ayah secara sepontan cakap “jangan sesekali kita sakitkan hati orang,biar orang sakitkan hati kita yang penting kita tak buat apa-apa kat orang”.

Ayah orangnya sangat berbudi bahasa dan sangat menghormati orang,dia penuh dengan pengajaran dan pedoman.Ibu kata aku punya perangai ada seakan dengan ayah iaitu berpendirian.Anak borek bapa rintik.

Sampai MMU jam 8 malam,kemudian jam 9.40 terus pergi latihan silat sebab esok ada demo dekat MPH.Ok lah itu saja aku nak cerita kat sini,moga dengan cerita aku ini kita semua dapat pengajarannya iaitu kita kena sentiasa menyayangi,menghormati dan menghubungi ibubapa kita agar mereka tidak risau.

*Ada seseorang itu,setiap hari call mama dia.So sweet…hehehe..

Baca Artikel Penuh>>

Thursday, September 6, 2007

Malaikat berdoa Rasullulah Mengaminkannya

Malaikat berdoa Rasullulah Mengaminkannya

Oleh:Yussamir Aljohori
September 6, 2007

Berkenaan dengan hadis yang mengatakan Malaikat Jibril berdoa yang sedang hangat disebar luas itu saya harap dapat dihentikan.Kerana hadis ini tidak dapat dipastikan lagi sumber periwayatannya,oleh itu lebih kita berdiam diri dalam hal ini.Ini bertepatan dengan satu peringatan dari Nabi iaitu:

اتقوا الحديث عنى الا ما علمتم(رواه ترمدذى و ابو شيبه)

takutlah(hati-hatilah) kamu didalam menyampaikan hadis daripada saya, kecuali apa-apa (hadis) yang engkau semua telah ketahuinya“[1]

Ini hadisnya yang sedang hangat disebar luas melalui pelbagai medium,terutama di Universiti saya dengan menggunakan Yahoo Messenger (YM) :

Doa Malaikat jibril Menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya." Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.[2]

Memang hadis itu tidak dapat diketahui lagi tentang kesahihannya,namun disebabkan ketidaktahuan kita tentang sumbernya maka perlu kita berdiam diri.

Saya telah mengadukan hal di atas kepada sahabat saya dan bertanyakan hal ini kepada beliau adakah beliau tahu mengenai hadis diatas .Dan beliau secara peribadi mengatakan beliau tidak pernah mengetahui adanya hadis diatas(beliau adalah seorang pelajar Timur Tengah yang mengambil bidang hadis).Namun menurut beliau hadis yang didalamnya terdapat Rasullulah mengaAminkan doa Malaikat adalah seperti dibawah ini:

عن كَعْب بن عُجْرَة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احْضُرُوا المنبَر، فَحضرْنَا، قلمَّا ارْتقَى درجَةً قَال: آمين، فلما ارتقى الدرجَة الثانية: قال آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.[3]

Oleh itu saya berharap semua orang dapat menghentikan menyebarkan hadis diatas yang tidak tahu asal-usulnya,dan dapat menggunakan hadis satu lagi yang sudah terang akan kesahihannya itu.

*Terima kasih kepada sahabat saya yang telah bersusah payah mencari hadis ini..Untuk memastikan penggunaan Hadis yang satu lagi itu tidak disebarluas.Moga ada manfaat untuk kita bersama.



[1] Riwayat imam tarmidzi dan Abu Syaibah didalam kitab Mubahas fi ulumul hadis oleh Manna’ Khalil Al-Qathan.

[2] Hadis ini tidak dapat dipastikan asal-usulnya oleh itu lebih baik kita berdiam diri dan tidak menyebar luaskannya.

[3] HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih)

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, September 4, 2007

Dengan Memberi Kita Akan Merasai


Dengan Memberi Kita Akan Merasai

Oleh:Yussamir aljohori
5 September 2007

Ada orang bertanya pada saya bagaimana saya membahagikan masa untuk belajar,berkarya,beraktiviti,menjaga Organisasi,menulis,pergi kuliah agama dan aktif dengan program-program luar.Jawapan saya adalah “Kebergantungan kita pada Allah perlu 100% dan kita kena pandai bahagikan masa”.Saya mengakui yang saya tidak ada jadual belajar sendiri dan saya tidak belajar secara ‘hard’ tetapi Alhamdulilah sehingga setakat ini saya punya CGPA atas 3 dan saya berharap ia akan terus naik hingga capai ‘dean list’.

Bukan mustahil untuk melakukan semua itu jika kita Tahu,Mahu dan Mampu melaksanakan semuanya itu.Perangai saya adalah saya suka sibuk dan mahu memberi,kerana erti hidup pada memberi dan dengan memberi kita akan merasai.Antara orang yang banyak mempengaruhi saya dalam hal ini adalah Ayah saya sendiri(yang tidak betah duduk di rumah sejak pencen dari menjawat jwatan sebagai Pegawai Polis),Yusuf Al-Qaradhawi(walaupun tidak pernah berjumpa dengannya) dan juga Ustaz Hasrizal (mentor saya).Terima kasih kepada orang-orang ini,salut saya berikan.

Berbalik kepada perkara diatas,kita perlu tahu kemampuan kita sebelum kita nak buat semua perkara.Jangan hanya mahu menjadi orang yang sibuk kita tertinggal jauh kebelakang dalam banyak hal dan pelajaran kita terganggu.Bagi seorang pelajar kita mesti utamakan pelajaran kita.Macam mana sekalipun pelajaran mesti pertama dalam jadual program kita,selepas itu barulah kita fikirkan perkara lain.Ada orang juga tanyakan pada saya mengapa saya suka menulis?Senang sahaja,saya suka menulis sebab saya mahu memberi,bak kata saya tadi dengan memberi kita akan merasai.

Rasa apa?Anda akan dapat rasa sendiri jika anda senantiasa memberi dan perasaan itu tidak akan dapat anda gambarkan.Kemanisan dalam memberi sangat besar,ternyata Sabda Nabi benar iaitu seperti mana didalam satu hadis yang sahih berbunyi “Dengan memberi kita akan berkasih sayang”.

Makna kasih sayang luas dan anda akan rasa kasih dan sayang itu apabila anda banyak berkorban untuk memberi.Biarlah sedikit asalkan memberi itu ikhlas dan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.Didalam satu hadis yang sahih yang terdapat didalam kita Riyad Solihin yang telah diriwayatkan oleh Bukhari, “Allah tidak melihat hambanya itu berdasarkan wajahnya atau tubuh badannya tapi Allah melihat hati kamu dan amalan kamu”.

Kehidupan ini adalah satu pinjaman yang Allah berikan kepada hambanya,kita kena gunakan pinjaman ini sebaik yang mungkin agar Tuan Miliknya berpuas hati dengan apa yang dipinjamkan.Semua ini adalah pinjaman,jagailah pinjaman ini sebaik mungkin dan sibukkanlah diri anda untuk menyumbang atau memberi kepada Agama Allah.Jika anda ada kebolehan menulis silalah tulis dan berkarya,dan kalau anda mahir dalam teknologi buatlah sesuatu teknologi yang dapat mengingatkan manusia kepada Allah dan buatlah sesuatu untuk Agama jangan hanya tahu duduk bersimpuh melihat orang lain lakukan.

Lupa nak beritahu,jadual hidup saya akan bertambah padat lagi selepas ini.Baru tadi saya diarahkan untuk mengendalikan dua slot radio MMU, iaitu slot Fitrah la beb(slot Agama secara santai) dan juga Santai Minda(slot motivasi).InsyAllah saya akan pikul amanah itu dengan baik.Oh!’Assigment’ masih ada lagi yang tertunggak tapi InsyAllah dapat siapkan sebelum tarikh untuk menghantarnya(assigment ini secara berkumpulan),dan InsyAllah saya akan mengambil siji Syariah anjuran Fakulti Pengajian Islam UM pada tahun depan bermula bulan 4.Kursus itu akan dijalan di beberapa tempat tapi saya memilih untuk mengikuti pengajian di Dewan Perniagaan Melayu Putrajaya,Rm 360 untuk 4 bulan dan kelas setiap minggu pada hari Sabtu dari jam 3-5 petang.

Doakan saya berjaya dalam semua perkara yang saya lakukan,doa seorang sahabat untuk sahabat adalah lambang kita saling memberi dan menerima.Lambang ‘menang-menang’ adalah lambang kehidupan sejagat,kerana lambang ‘menang-kalah’ adalah lambang mereka yang tidak menyetujui firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara”.Dan mereka yang tidak menyayangi saudaranya sepertimana mereka menyayangi dirinya bererti imannya tidak sempurna.Selaras dengan Sabda Nabi didalam satu hadis yang sahih “tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri”.

Akhir kata “Dengan Memberi Kita Akan Merasai”

Baca Artikel Penuh>>

Monday, September 3, 2007

Mungkinkah aku akan menjadi penulis ?


Mungkinkah aku akan menjadi penulis ?

Oleh:Yussamir Yusof Aljohori
3/9/2007

Sudah 3 hari tidak menulis apa-apa di ruangan ini,saya sibuk sejak 2-3 hari ini.Sibuk dengan assignment yang bakal dihantar khamis ini dan sibuk menghadiri bengkel penulisan anjuran PTS.Pada perancangan awalnya sepatutnya pada hari Sabtu dan Ahad lepas saya ada satu aktiviti luar yang dianjurkan oleh Institusi Usrah MMU Cyber.Tapi malangnya program itu terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan dan bakal dibuat pada masa hadapan yang belum ditetapkan.

Kawan saya saudara Firdaus mengajak saya untuk hadir ke Bengkel Penulisan anjuran PTS di Kuala Lumpur.Katanya program ini dapat memberikan sesuatu pada saya, dan saya menyetujuinya untuk hadir pada hari Sabtu.Saya merancang dan Allah juga merancang tapi rancangan Allah lagi sempurna,pada hari yang telah ditetapkan saya tidak dapat hadirkan diri kerana terlewat dek disebabkan bangun lewat.Memang sedih,tapi nak buat macam mana rezeki sudah tidak ada.

Kesedihan saya terubat apabila saudara Firdaus beritahu yang bengkel itu dilanjutkan lagi pada hari esoknya.Dan saya berpeluang untuk mengikutinya,Alhamdulilah.

Perjalanan dari MMU ke tempat tersebut mengambil masa 3 jam,bengkel pada hari ini lebih terarah mencari duit.Hehehe..bak kata Bos PTS Puan Ainon “mata saya sekarang nampak duit saja”.Ya memang betul pun,bengkel ini memberi satu wasilah untuk para penulis menambah duit poket mereka dengan cara yang amat mudah.


Dengan adanya kerjasama dengan METADOME para penulis boleh membukukan hasil karya mereka kedalam telefon bimbit dan ia dikenali dengan MOBO (Mobile Book) .Dan menurut Saudara Syaizal di Tokyo karya-karya penulisan di telefon bimbit ini menjadi terkenal dan apabila dicetak ke dalam bentuk buku ,karya-karya tersebut memasuki carta top 5 buku-buku yang diminati.Wah!sekarang para penulis sekarang sudah pusing mata memikirkan duit yang bakal mereka perolehi.Karya-karya penulis yang ada di MOBO dan juga dalam bentuk cetakan mereka ini akan memperolehi 2 kali royalty berbeza dengan penulis yang hanya membenarkan karya mereka dalam bentuk cetakan.


Selain dari pengajaran mencari duit ini,saya memperolehi sesuatu dari Bos PTS ketika kami sama-sama duduk semeja makan tengahari((terima kasih Puan Ainon kerana belanja kami makan tenghari,tidak sempat nak ucapkan terima kasih hari itu).Katanya,kita ini mahu memandaikan bangsa,untuk menulis kita bukan mahu memberitahu kita yang pandai tapi kita mahu memandaikan mereka.Selain daripada itu,saya banyak belajar daripadanya tentang perlunya kita bercita-cita dan berfikir secara besar.Jangan hanya memikirkan perkara remeh tetapi fikirkan apa yang boleh kita lakukan sebagai seorang penulis.

Kejujuran dan ketegasan beliau dalam memberi membuatkan saya kagum dengan cita-cita beliau iaitu mahu “memandaikan bangsaku”.Katanya lagi kalau kita tidak ada arah tujuan dalam melakukan sesuatu kita tidak akan sampai kearah matlamat.Begitu jugalah dengan menulis,apa tujuan kita menulis?Saya tertarik dengan katanya “orang sekarang menulis katanya itu adalah kerja seniman,bukan begitu sepatutnya.Kita menulis untuk memandaikan bangsa dan duit.Jangan hanya mahu digelar seniman tetapi tidak ada arah tujuan dalam menjadi seorang penulis.


Perbincangan kami ketika itu lebih kearah duit.Hehe..ya memang kita perlukan duit.Saya mahu tegaskan “tujuan jangan meninggalkan keperluan”.Maksudnya,tujuan kita sebagai penulis adalah untuk berkarya disamping memandaikan bangsa tapi tanpa duit kita tidak mungkin akan dapat terus dengan cita-cita dan tujuan itu.Oleh itu duit adalah penggerak kepada tujuan kita.Ya..menjadi penulis boleh jadi kaya,siapa kata tidak boleh?

Buktinya didepan mata,mudah saya ambil sahaja Puan Ainon sebagai tamsilannya.Beliau dulu,kini dan selamanya adalah seorang penulis dan sekarang beliau memperolehi Seratus Ribu Ringgit Malaysia setiap tahun melalui royalty karya-karya beliau sahaja.Nah,buktinya sudah diberikan,ayuh kita memandaikan bangsa dengan penghasilan-penghasilan karya yang bermutu.Ingat bahawa TUJUAN TIDAK MENINGGALKAN KEPERLUAN.

Terima kasih Puan Ainon kerana sudi membaca hasil tulisan saya yang bertajuk “Hadis Mauduk di bibir penasyid”.InsyAllah karya saya mungkin akan menjadi pilihan salah satu produk PTS,moga Allah perkenankannya.Terima kasih kerana memberi peluang saya menghadiri bengkel dan berkenalan dengan ramai penulis-penulis PTS yang ‘bersahaja’.

Berjumpa dengan Saudara Zamri “dukun palsu katanya Puan Ainon pada Zamri”.
Berjumpa dengan Saudara Imran editor PTS Islamika.

Dan ramai lagi,dan saya ucapkan terima kasih dengan tunjuk ajar semua.

Baca Artikel Penuh>>

Saturday, September 1, 2007

Negaraku Merdeka


Negaraku Merdeka

Oleh:yussamir yusof aljohori
1 /9/2007

“Cuba kau tengok budak-budak tu!” Suara sahabat saya tinggi dan mukanya merah sambil mulutnya tidak habis-habis beristigfar.Saya termenung seketika setelah melihat pemandangan yang membuatkan hati dan akal kawan saya pedih.Saya juga turut terasa apa yang dirasa oleh sahabat saya itu,memang cukup memedihkan dan menyedihkan apabila hari kemerdekaan di hiasi dengan pemandangan yang jelik sebegitu.Tapi haruskah saya menyalahkan 100% hasil kejelikan itu atas bahu mereka?

Berpegang tangan,meraba-raba.bercampur laki dan perempuan dan pelbagai lagi sudah menjadi biasa terhadap sebilangan anak muda kita sekarang.Si lelakinya tidak cukup tangan meraba dan merasai maruah dan mahkota wanita sesuka hati,si perempuannya pula merelakan sambil ketawa berdekah-dekah seakan-akan perkara itu ‘tidak mengapa’.Hati saya dan sahabat saya bertambah pedih apabila melihat si perempuan yang tegedik-gedik dan bersikap tidak kisah itu bertudung.Aduh!Perintah agama itu hanya dilihat sebagai tempelan di kepala sahaja tanpa dihayati menefistasi perintah yang Allah telah sebutkan di dalam Quran.Sangat menyedihkan.

Firman Allah:

Katakanlah kepada orang-orang mu'min laki-laki: hendaklah mereka itu menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya; kerana yang demikian itu lebih bersih bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha meneliti terhadap apa-apa yang kamu kerjakan. Dan katakanlah kepada orang-orang mu'min perempuan: hendaknya mereka itu menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya, dan jangan menampak-nampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa tampak daripadanya, dan hendaknya mereka itu melabuhkan tudung sampai ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya kecuali kepada suaminya atau kepada ayahnya atau kepada mertuanya atau kepada anak-anak laki-lakinya atau kepada anak-anak suaminya, atau kepada saudaranya atau anak-anak saudara laki-lakinya (keponakan) atau anak-anak saudara perempuannya atau kepada sesama perempuan atau kepada hamba sahayanya atau orang-orang yang mengikut (bujang) yang tidak mempunyai keinginan, iaitu orang laki-laki atau anak yang tidak suka memperhatikan aurat perempuan dan jangan memukul-mukulkan kakinya supaya diketahui apa-apa yang mereka rahasiakan dari perhiasannya.” (an-Nur: 30-31)

Merdeka dilaungkan tepat Jam 12 malam di Dataran Merdeka oleh Pak Lah,sejurus itu bunga api dibakar dan pemandangan itu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.Tapi saya tahu bahawa erti merdeka ini tidak ramai rasai,terutama para remaja yang tidak merasai perit jerihnya memerdekakan tanah air ini.Tapi adakah perkara ini juga mahu remaja disalahkan sedangkan nilai-nilai kemerdekaan itu tidak diterapkan keatas jiwa mereka dengan kukuh.

Bagi para remaja,kemerdekaan sudah tidak relevan lagi dengan generasi zaman ini.Bagi mereka Kemerdekaan yang kita sambut ini hanyalah sebuah catatan sejarah yang kaku dan bisu yang tidak bisa untuk menyumbang kepada pencapaian negara pada masa hadapan.Ia hanya sekada sejarah!Merdeka adalah cuti umum dan pada waktu inilah mereka boleh berfoya-foya bersama teman-teman mereka.Dan hari Merdeka hanya seperti hari-hari yang biasa tidak ada nilainya bagi mereka.

Jangan salahkan para remaja jika ini yang mereka fikirkan didalam kotak minda mereka.Ini semua disebabkan Negara kita hanya merdeka dari sudut zahir,yang sebetulnya kita masih lagi terjajah,Minda,budaya dan agama kita masih lagi dijajah,perkara ini memang tidak dapat kita nafikan selagi mana negara kita masih menumpukan kebendaan dalam membentuk indentiti bangsa Malaysia.(sila lihat artikel lepas saya berkenaan dengan tamadun di ).

Gejala-gejala yang saya sebutkan diatas tadi tidak akan terpadam jika kita hanya mengisi kemerdekaan ini dari sudut kebendaan,kerana ketamadunan manusia tidak akan tercapai hanya dengan kebendaan ia perlu diisi dengan Kerohanian agar keseimbangan berlaku.Gejala-gejala ini berlaku dek ketidakseimbangan yang negara telah wujudkan sejak dulu lagi.Bagai kotak yang disampul dengan cantik tapi malang isinya kosong.,begitulah yang boleh digambarkan terhadap negara ini.Merdeka tapi terjajah,bagaimana itu?Fikir-fikirkan...

Baca Artikel Penuh>>

Tuesday, August 28, 2007

Berbudi bahasa itu budaya Malaysia.


Berbudi bahasa itu budaya Malaysia.

Oleh:Yussamir yusof aljohori
28 Ogos 2007

Saya tertarik dengan perkataan yang diutarakan oleh Dato Dr Hassan Ahmad berkenaan dengan budi.Kata beliau “Makna perkataan budi ini luas,tidak terhad pada makna yang berkaitan dengan tingkah laku atau perkerti manusia sahaja,tetapi mencakup seluruh aspek tindakan,perbuatan dan pemikiran manusia yang melahirkan,mengaturkan dan menentukan peradaban atau tamadun manusia.Istilah lain yang boleh kita samakan maknanya dengan perkataan budi adalah adab atau budaya”.

Budi bahasa adalah salah satu intisari dalam aspek budi yang bakal diutarakan dalam penulisan kali ini.Budaya “kurang hajar” dalam masyarakat semakin lama semakin membesar dan membarah di kalangan semua lapisan masyarakat.Bukan hanya terhad pada golongan remaja yang acap kali bila hal ini dibangkitkan akan ditujukan pada mereka,tetapi ia juga telah meleret kepada golongan warga emas.Bukan omongan kosong atau dongengan tetapi ia adalah satu kenyataan yang tidak boleh tidak kita semua perlu telan kebenarannya.Bagaimana mahu membentuk masyarakat berbudi bahasa kalau yang diharapkan bagai pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.Peristiwa ini dialami penulis sendiri ketika perjalanan balik dari Genting Highland ke KL Sentral.


------------------------------------------------------------------------------------------------

“Uncle, can i ask u this bus go to Gombak or Kl Central.And is it, this bus for those buy the ticket at 6.30 pm?”. Tanya seorang pemuda India yang dianggarkan dalam lingkungan 30-an pada pemandu bas. “No,no…go,go….” Ringkas dan betapa ‘kurang hajar’ bahasa yang diucapkan oleh pemandu bas tersebut.Sambil mengarahkan penumpang-penumpang lain naik dengan segera secara kasar.Pemuda India itu cuba bertanya lagi,tapi jawapan yang diterima amat menghampakan,herdikan pula yang dia dapat dari si pemandu bas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Begitulah serba sedikit peristiwa yang masih lagi saya rakamkan di kota minda ini,sedih dengan kejadian itu saya terus bangun dan cuba membantu beliau dengan sedaya upaya yang ada.Pemuda itu dari India dan datang ke Genting Highland untuk bercuti bersama keluarga,dan pasti cerita ini akan dijaja di Negara dia kelak.Malu bila imej Negara ini dicacar-merbakan oleh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saya harap beliau tidak mengambil hati,dan yang membuatkan saya kagum pada pemuda itu,dia tetap senyum walaupun dilayan sebegitu oleh pemandu bas tadi.Kalaulah saya,memang sudah meradang dengan sikap sebegitu,tapi itulah manusia ada pelbagai ragam dan gaya yang sukar untuk kita selami.Rambut sama hitam tapi hati lain-lain,siapa tahu?Betul kan.

Itulah sedikit peristiwa yang membawa saya untuk menulis artikel ini agar kita dapat satu pengajaran bahawa bukan remaja saja yang perlu diajarkan tetapi para warga emas perlu juga diingatkan.Kita bukan masyarakat barat yang mendasari budaya tidak sopan dalam berbahasa,misalnya antara anak dengan ibu yang berkomunikasi dengan bahasa yang tidak sopan dan jauh dari nilai-nilai moral.Kita tidak salahkan mereka kerana budaya bahasa mereka itu lahir dari ideologi tentang hak dan kebebesan individu yang mendasari kemajuan materialistik semata.Namun apabila budaya ini mula mahu diadaptasikan didalam budaya Malaysia yang bersopan santun dan mempunyai warisan tamadun yang tinggi,kesannya amat besar terhadap budaya terutama dari segi fungsinya dalam pembentukan sosial ,moral dan akhlak manusia.

Perhatian kita didalam pembangunan budaya kini ditutupi oleh sistem dan nilai pembangunan yang makin lama makin diserahkan kepada kuasa-kuasa ‘pasaran bebas’,tidak sahaja pasaran bebas ekonomi kapatalisme tetapi juga pasaran bebas budaya dan moral yang membentuk dan mengajar masyarakat kita menjadi pengikut-pengikut si ‘kurang hajar’.

Harap kita sama-sama memikirkan cara dan kaedah untuk masyarakat kita kembali kepada identiti ‘masyarakat Malaysia yang penuh dengan budi bahasa yang tinggi’ dan seterusnya kita menjadi model untuk memasyarakatkan masyarakat yang rosak.

Baca Artikel Penuh>>

Monday, August 27, 2007

Need A Domain Name Competition

Need A Domain Name Competition

Posted In: By hafreze..(kawan aku ni.Jom la masuk competition ni ramai2,aku dah masuk dah)


In conjunction with the 50th Merdeka celebration, I would like to give away 5 free domain names to those people that give the best comment about 'Why Do I Need A Domain Name?'. Basically, this is a way to create the fun and excitement between Malaysian bloggers. The duration of this competition will start from 27 August until 4 September. I hope all my visitors especially the bloggers will take this opportunity to win a domain name for your beloved blog.

Rules and Regulation

  1. You can post as many comments as you want, but each person will only win one domain name.
  2. You have to give a comment on 'Why Do I Need A Domain Name?' in less than 30 words.
  3. Participants can comment either in English or Malay languange, Mandarin also applicable since I can understand the language.
  4. Each commentators must have a blog such as blogger and wordpress.
  5. For those that using the blogspot, it is much easier for you. But, for those that using the worpdress, make sure you own a hosting.
  6. All participants must agree to join Namecheap.com as I will push the domain name to you if you win so.
  7. You can choose any type of domain name that you prefer, but make sure it is still available in the net.
  8. You can choose only these type of TLD's, such as Dot Com, Dot Net and Dot Info. Other than that not applicable. All prize worth Rm 150.00..sape nak kasi bai..
  9. Only comments that appeared in 'Need A Domain Name Competition' will be reviewed.
  10. The winner will be announced on 6 of September, any type of bodek-bodek will not be entertained.
Finally, I hope all of you guys will enjoy and show our love to Malaysia by entering this competition. Merdeka!!

Kenape Kita Perlu Ada Domain Name Sendiri?
  1. Mencipta identiti sendiri, contohnya seperti MohdIsmail.com dan Khai.Scukz.Com
  2. Sebagai benchmark untuk menjadi blogger yang profesional dan serius.
  3. Agar pada Rumpun akan datang, anda tak payah nak sebut nama blog panjang-panjang seperti 'Url blog saya adalah http://www.aku-suke-nama-panjang-panjang.blogspot.com.. kan ke susah tu
Apa lagi, tinggalkan komen anda dan menangi percutian ke New Zealand pergi tak balik2..opss..menangi domain name khas untuk blog anda..

Baca Artikel Penuh>>

Sunday, August 26, 2007

DRAMA YANG BERTAJUK “ RUMPUN”


DRAMA YANG BERTAJUK “ RUMPUN”

Oleh:Yussamir yusof Aljohori
26 Ogos 2007

RUMPUN? Ada apa dengan Rumpun sehinggakan ramai para penulis blog Melayu atau lebih dikenali sebagai ‘Blogger Melayu’ mencoretkan pelbagai cerita tentangnya.Bagaikan cerita sebesar Gunung Berapi Danau Toba yang diuar-uarkan didalam novel Bila Tuhan Berbicara gamaknya.Suspen dan penuh dengan coret-maret di dada-dada blog blogger masa kini.

Aku pun turut merasa dan menjiwai watak dalam plot drama Rumpun yang Allah iaini sebagai Pengarah wujudkan bagi menghimpunkan watak-watak ciptaannya dalam dimensi yang berbagai untuk wadah yang sama iaitu berkongsi cerita sama sebagai blogger.Teruja,terkesima dan bermacam perasaan yang bergaul enak di hati ini,aku cukup gembira dengan himpunan watak dalam drama Rumpun.Watak aku disokong oleh Hafrez yang wataknya Pengarah wujudkan sebagai seorang rakan yang sudi memperlawa aku naiki keretanya untuk pergi ke Restoran Nasi Kandar Pelita.Dimana lokasi ini adalah lokasi penggambaran Drama Rumpun dijalankan.

Drama ini dimulakan dengan plot yang cukup menarik iaitu dimulakan dengan proses penyesuaian dikalangan blogger ataupun dalam istilah yang lebih popular adalah sessi Taaruf.Aku menjadi watak kedua yang diletakkan sebagai Protagonis dalam drama ini.

“My name Yussamir yusof,from MMU and my blog name is ibnuyusofaljohori.blogspot.com”.Aku mulakan dialog yang Pengarah siapkan,alhamudilah lancar dan kartika itu juga aku lihat ramai watak-watak lain mengerutkan muka apabila aku menyebutkan nama blog aku.Dan ada juga yang aku rasa sudah tahu akan kewujudan blog aku yang tidak seberapa itu,dengan memaparkan anggukan kepala.

Setelah itu drama ini memaparkan satu gaya suspen iaitu dengan menyelitkan cerita tentang watak utama menghadapi masalah bas yang dinaikinya mengalami kerosakan.Sementalahan menghasilkan babak suspen yang besar di kalangan watak-watak pembantu dalam drama ini,dengan memaparkan kegelisahan,kerisauan,ketidakselesaan dan kebuntuan melalui air muka mereka.Memang menarik dan cukup menggemparkan.

Babak seterusnya diteruskan setelah pengarah Drama ini telah memudahkan watak utama selamat sampai ke lokasi utama.Oh lupa nak kenalkan nama watak utama ini,nama beliau adalah Muhammad Ismail.

Ni lah watak utama drama ni..


Aku memainkan watak yang berlainan atau juga boleh dikatakan sebagai watak serpihan yang menjalankan aktiviti sendiri pada waktu itu.Aku berkenalan dengan beberapa blogger melayu dari UIA yang handal-handal seperti Bro Fahmi yang menghulurkan aku sekeping kad pengenalan diri atau lebih dikenali sebagai ‘Busines card’,Kak Mira seorang penulis buku yang bertajuk “Akrab dengan Tuhan” yang membuatkan aku segan dengan nama “Yus the Novelis” (moga aku betul menjadi novelis yang pantas disebut sebegitu),dan juga Kak Along seorang peminat novel yang senang bertukar-tukar idea dengan aku tentang novel-novel yang pernah kami baca dan Nazri aka Tekong yang tak habis-habis mempromosikan produk dia (PSP for Quran leh masuk website dia di http://nazri.flavert.com) yang membuatkan aku sebagai warga MMU bangga dan secara tak langsung dia juga adalah kawan aku(Tekong aku dah mention dah,jgn marah yer..hehehe).Tidak semua nama yang dapat aku titipkan disini dan coretkan peristiwa yang berlaku antara aku dan mereka,kerana Pengarah Drama sudah tuliskan begitu didalam jalan penceritaan aku.Terima sahaja,itukan sudah tercatat di dalam Rukun Iman yang Dia sudah catatkan sejak lama dulu iaitu percaya kepada Qada’ dan Qadar.

Kemudia,plot drama ini diteruskan dengan babak tangkap-tangkap gambar dikalangan peserta,dan juga sessi berborak terakhir juga diselitkan agar drama ini nampak santai dan mudah dicerna oleh penonton.
Dan Alhamdulilah.drama ini tamat tepat jam 7.30 malam.Setelah solat aku dan rakan aku (yang wataknya Pengarah wujudkan sebagai orang yang sudi memperlawa aku naiki kereta dia ) pulang ke MMU iaitu lokasi terakhir kami dalam cerita ini.Alhamdulilah,drama ini aku rasakan pasti membuahkan pelbagai manfaat di kalangan pelakon-pelakon yang lain.Moga kita akan dapat bersama dalam drama yang seterusnya.

Oh aku lupa untuk menyatakan siapa Penaja untuk Drama ini,penaja Drama ini dari Syarikat Adverlets yang dimiliki oleh Josh Lim..

Aku,hafrezz and Josh Lim

-TAMAT-

Baca Artikel Penuh>>

Friday, August 24, 2007

Takrif dan Jumlah Sahabat Nabi Muhammad SAW


Takrif dan Jumlah Sahabat Nabi Muhammad SAW

Oleh : Yussamir Yusof aljohori
25 Ogos 2007 : 2:47 pagi

Perjuangan Nabi Muhammad SAW sentiasa disokong dan didokong para sahabat baginda yang mulia.Tidak boleh tidak,kita sebagai umat Islam perlu mengakui tentang pengorbanan dan kehebatan para sahabat baginda dalam meninggikan Kalimah Tauhid pada sebelum dan selepas kewafatan Nabi.Para sahabat adalah insan yang istimewa di mana mereka dididik secara terus daripada Nabi Muhammad SAW dan sentiasa berada disisi Nabi sama ada ketika senang atau susah.Para sahabat sanggup berkorban apa sahaja,berkorban harta,meninggalkan keluarga untuk berjihad,dan pelbagai lagi.Dan pengorbanan mereka itu terus diperlihatkan walaupun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Sahabat menurut bahasa di dalam kalimah الصحابة (assihabah) ataupun الصحابة (assahabah) imbuhan dari الصحبة (As-suhbah).Ahli bahasa yang terkenal iaitu Al-Fairuzabadi[1] menerangkan: Sahabat memberi maksud berkawan atau mengajaknya untuk bersama dan berserta dengannnya sebagai teman.Selain itu Al-Qadhi Abu Bakar A-Baqilani[2] menakrifkannya: Tidak menjadi perselisihan di kalangan ahli bahasa dalam menjelaskan bahawa kalimah sahabat adalah imbuhan dari الصحبة (as-suhbah) yang tidak menjurus kepada bentuk persahabatan yang khusus malah ia mencakupi kepada bentuk yang sedikit ataupun banyak.Apabila diletakkan nama berkawan ia tidak tertakluk kepada sedikit ataupun banyaknya rakan tersebut.[3].

Namun kalau kita melihat pula takrif di sisi Muhadisin ia terdapat beberapa kelainan dalam menakrifkannya makna sahabat ini.Antara ulama hadis yang memberi takrif ini adalah Imam Bukhari secara ringkas:

من صحب النبى صلى الله عليه وسلم أو رآه من المسلمين فهو من أصحابه

Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi SAW ataupun melihatnya dari kalangan muslim,maka dia adalah di kalangan para sahabat Baginda.[4].

Selain itu ada sesetengah ulama menetapkan seseorang itu layak menjadi sahabat Nabi dengan kadar lamanya mereka bersama dengan Nabi serta sering menghadiri majlis ilmu Baginda.Namun ada sebilangan para ulama mengatakan bahawa mereka yang hanya bertemu serta melihat Baginda sekadar sebentar atau cuma sesaat pun sudah dikira sebagai sahabat Nabi.Ini disandarkan kepada kata-kata Ibnu Hanbal(iaini Ahmad bin Hanbal) yang telah diriwayatkan oleh Al-Khatib dengan sanadnya kepada Abdus bin Malik al-Atthar bahawa beliau berkata :Aku mendengar Ibnu Hanbal menerangkan mengenai para sahahat Nabi yang terdiri dari kalangan Ahlu Badar ,beliau berkata :

ثم افضل الناس بعد هؤلاء اصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم القن الذى بعث فيهم كل من صحبه سنة أو شهر أو يوما أو ساعة أو رآه من أصحابه له من الصحبةعلى قدر ما صحبه وكانت سابقة معه ونظر اليه

Sebaik-baik manusia adalah ahlu badar dari kalangan para sahabat Nabi adalah mereka yang hidup di kurun itu dan merasai zaman risalah.Setiap dari mereka yang berdampingan dengan Baginda sama ada setahun,sebulan,sehari atau sesaat atau sekadar melihatnya sahaja,maka mereka tergolong dari kalangan sahabatnya.Mereka berhak mendapat hak persahabatan sekadar perdampingan mereka bersama Baginda,mendengar perkataannya dan melihat kearahnya.


Manakala Ali Ibn Al-Madini menejelaskan pengertian sahabat sebagai :

من صحب النبى صلى الله عليه وسلم أو رآه ولو ساعة من نهار فهو من اصحاب النبى صلى الله عليه وسلم

Sesiapa yang sering berdampingan dengan Nabi,melihatnya sekalipun sekadar satu saat pada suatu hari,maka dia tergolong dari kalangan sahabat Nabi SAW.

Berdasarkan beberapa takrif yang dibawa maka bolehlah dapat disimpulkan adalah :

من لاقى رسول الله صلى الله عليه وسلم ملاقاة عرفية في حال الحياة حال كونه مسلما ومؤمنا به

Mereka yang bertemu dengan RasullAllah SAW dengan pertemuan yang wajar sewaktu baginda masih hidup dalam keadaan Islam dan beriman dengannya.[5].

Kalau kita lihat rumusan ini terdapat perkataan “dalam keadaan Islam dan beriman dengannya”.Ini disebabkan gelaran sahabat itu terlucut serta merta apabila mereka tidak mempercayai risalah kenabian dan apabila mereka tidak beriman setelah nabi wafat.Selain itu,mereka yang sudah beriman tetapi tidak pernah atau tidak sempat mememui baginda tidaklah layak digelar sebagai sahabat.Seperti mana Raja Najasyi[6].


Ini bertepatan dengan rumusan yang dibawa oleh Ibnu Hajar As-qolani :

الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام

Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim.[7]

Ibnu hajar menegaskan persoalan iaitu mati mesti dalam keadaan beriman adalah kerana terdapat sesetengah sahabat yang pernah bertemu dan beriman dengan Nabi kembali murtad dan mati dalam keadaan kufur.Perkara ini berlaku pada Abdullah bin Khatal yang melarikan diri ke kota Makkah uintuk meminta perlindungan kaum Quraisy setelah murtad dari Islam.Akhirnya beliau dihukum bunuh oleh Nabi Muhammad.
Akan tetapi jika para sahabat yang murtad kemudian kembali semula kepada agama Islam maka ia tetap mendapat hak sebagai sahabat Nabi.Sama ada ketika adanya Nabi ataupun setelah kewafatan Nabi.Ulama Hadis secara jumhur tidak membantah persahabatan mereka dan periwayatan mereka sebagaimana termuat dalam kitab-kitab hadis.


Bilangan para sahabat adalah amat ramai dan mereka meriwayatkan maklumat yang banyak kepada kita semua.Kerana mereka kita Alhamdulilah dapat mengamalkan Islam dengan lengkap tanpa ada apa-apa yang tertinggal daripadanya.
Kaab bin Malik ra iaitu salah seorang sahabat besar Nabi pernah menyebut :

والمسلمون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم كثير

Kaum muslimin bersama Rasullah SAW terlalu ramai(semasa menyertai peperangan Tabuk).[8].

Al-Hafiz Al-Iraqi[9] berpendapat bahawa jumlah para sahabat tidak boleh dibataskan dengan jumlah tertentu,kerana jumlah para sahabat terlalu ramai dan tidak ada satu riwayat pun yang menentukan jumlah sahabat.Beliau berkata:

Tidak boleh dibataskan pada jumlah angka tersebut sahaja.Bagaimana boleh timbul sesetengah pihak yang berpendapat begitu dan menuliskannya didalam kitab mereka.Sedangkan masih ramai lagi para sahabat Nabi SAW yang bertebaran di segenap ceruk kota,kampung dan desa.

Oleh itu jumlah sebenar para sahabat tidak dapat ditentukan kerana tidak ada satu sumber sahih yang merekodkannya.Dan yang penting kita menghargai jasa mereka kerana sanggup berkorban masa dan tenaga dalam mengumpulkan maklumat dan kemudian menyampaikanya sehingga tidak ada satu pun yang tertinggal daripada Nabi Muhammad SAW.

Artikel kali ini saya hanya menerangkan siapa itu sahabat dan jumlah para sahabat,insyAllah pada artikel yang lain mungkin saya akan meneruskannya dengan beberapa point yang menarik.Dan saya harap pendedahan mengenai sahabat ini dapat menambahkan cinta dan penghargaan kita pada mereka yang sangat dekat dengan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW sangat mencintai para sahabatnya sehinggakan beliau bersabda :

لا تسبّوا اصحابي لعن الله من سبّ اصحابي

Janganlah kamu mencela sahabatku,Allah akan melaknat sesiapa yang mencela para sahabatku.[10].

Oleh itu,kita berkewajipan menjaga nama para sahabat Nabi dari dicela dan diputar belitkan oleh golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab.Antara golongan yang jelas dan nyata dalam hal cela-mencela para sahabat ini adalah golongan Syiah Rafidah.Dan kita berharap golongan ini dilaknat oleh Allah SWT seperti mana hadis Nabi diatas.

InsyaAllah artikel ini akan bersambung..............


[1] Al-Fairuzabadi-Kamus al-Muhith

[2] Al-Qadhi Abu Bakar A-Baqilani – Muhammad bin At-Taiyib bin Muhammad bin Jaafar(338-403H).Beliau adalah seorang pakar dalam menginstibatkan hokum dan pintar menjawa persoalan yang ditujukannya secara sepontan.Antara karya beliau adalah kitab DAqaia al-kalam.Al-Zahabi-Suyar A’lam An-nubala(muasasah Risalah Beirut 1414H).

[3] Khatib al-Baghdadi – alkifayah

[4] Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani – Fathul baari.Jil 7,ms 5

[5] Fathur Rahman – Ikhtisar Mustahalul hadis.

[6] Raja Najasyi adalah seorang pemerintah Habsyah yang memeluk Islam dan menerima muhajirin pertama di sana,beliau dikenali dibarat dengan nama ‘Negus’.

[7] Al-hafiz Ibn Hajar – Nukhbat al-Fikar (dar ihya,Beirut) jil 1,ms 230 dan As-suyuti – tadrib al-Rawi(maktabah Ruyad al-Haadisah) jil 2,ms 209.

[8] Sahih.Dikeluarkan oleh Bukhari didalam sahihnya.

[9] Al-Hafis Al-Iraqi adalah Muhadis yang berasal dari Iraq dan membesar di Kaherah.

[10] Sahih : Dinukul oleh Haitami dalam kitabnya Majma Azzawaid.Beliau berkata bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Thabari di dalam Majmu Al-Ausath dan para perawinya adalah perawi yang sahih kecuali Ali bin Sahl kerana dia adalah perawi yang tsiqah(terpecaya).

Baca Artikel Penuh>>